Khamis, 26 Jun 2008

Pautan Semasa 1 : Minyak....

Ramai yang mula mengeluh akibat dari kenaikan minyak yang begitu mendadak..
tidak kurang hangatnya, hampir kemana sahaja yang aku pergi yang asyik kedengaran 'minyak', 'minyak'... aku tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak.. mungkin pihak kerajaan menaikkan minyak mempunyai alasan yang tertentu, antaranya seperti kenaikkan harga minyak dipasaran dunia dan sebagainya.

Tiba-tiba aku merenung sebentar, setelah aku mendengar luahan hati dari cerita kawanku yang berkerja dengan bergajikan Rm 700 sahaja sebulan.. Hatiku mula terdetik, mengapa minyak dinaikkan...??? Mengapa tidak dinaikkan cukai rokok, duti hiburan, cukai/ lesen perjudian dan sebagainya.. Dengan menaikkan cukai-cukai tersebut ini mungkin tidak membabitkan orang-orang kampung atau pelajar-pelajar IPTA/IPTS...

Mungkin sesetengah orang mudah berkata 'alah naik sikit je'... Ataupun mungkin ada sesetengah golongan yang berpendapatan RM10000 keatas hanya mudah mengucapkan 'kita kena berjimat'.. Ah, semudah itu saja untuk dilafazkan.. Cubalah rasa bergajikan RM 700 / RM 800 seperti golongan yang berpendapatan rendah.. Barulah itu dikatakan 'cakap serupa bikin'..
WsLm...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails