Selasa, 16 Mac 2010

Coretan Yang Berkelana 62 : Realiti sebuah persahabatan.

Sudah hampir 4 minggu aku mengalami keuzuran. Mula-mula dah nak baik, tapi ujian Allah datang menduga kembali. Ini menyebabkan aku sudah tidak mampu untuk memandu kereta. Nak pergi ke bilik air pun harus dipapah. Tapi aku menganggap semua itu hanyalah ujian Allah untuk menduga keimananku kepada-Nya. 

Aku ingin meminta maaf kepada seluruh pihak yang meminta aku untuk mengajar samada disurau, dirumah, dikelas-kelas yang telah dirancang sebelum ini. Aku terpaksa membatal serta menolak buat sementara waktu. Hanya ada beberapa kelas sahaja yang masih aku mengajar, itu pun dengan bantuan sahabat-sahabatku yang sudi menghantarkan aku.

Di dalam aku melewati kesakitanku ini, teringat daku akan pesan guruku dahulu iaitu Syeikh Muhammad Abd Nabi, beliau mengingatkan bahwa jika kita ditimpa sakit, ingatlah ada 3 hikmah yang dapat kita renungkan :

1. Menghapuskan dosa
2. Menambah pahala
3. Menaikkan darjat seseorang hamba

Dengan berbekal peringtan di atas, ia membuat aku lebih tabah dan kuat semangat dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Semenjak 4 minggu yang berlalu ini, aku hampir kerap ke Rembau pada tiap malam untuk berubat di sana. Alhamdulillah, Allah datangkan beberapa sahabat yang membantu menghantar aku sana, antaranya Azim Fatah, Pullah, Afham, Fizan dan Zakirin.

Yang bertopi Pullah, Zakirin, Azim dan aku.

Kadang-kala timbul dalam benak pemikiranku, mengapa mereka sanggup menyusahkan diri untuk datang ziarahku, menghantar aku berubat dan pelbagainya. Aku lebih suka menggunakan teori ustazku iaitu Ustaz Amin , "kita memang dipertemukan oleh Allah dalam kehidupan di dunia ini". Pertemuan ini bukanlah suatu kebetulan, tetapi ia sudah dirancang oleh Allah s.w.t. 

Apa-apa pun, aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan kesihatanku setiap kali lepas solat. Serta mereka-mereka yang alert dengan penulisanku di warkah yang tidak seberapa ini. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.15am
16-3-2010
Shah Alam

Sabtu, 13 Mac 2010

Lirik Puitis 9 : Semangat Perjuangan Harmoni.


Sememangnya aku rindukan
Kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu
Dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala
Mengatasi segala yang dijuang

Sebenarnya hidup disini
Arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba
Entah bilakah masanya
Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus diperjalanan

Manusia punya hakikat
Punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan Yang Maha Esa
Kejujuran pada diri sendiri
Untuk apa dipersembahkan kepada

Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada

Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-ronta

Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada

Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta

By : XPDC

Sabtu, 6 Mac 2010

Renungan Sejenak 26 : RM 2 vs RM 20000.



Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?
Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat? Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.

Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya “Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. 
Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?
Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.” 

Kemudian dia sambung lagi: “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.” Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda? Wallahualam. 
Sumber : isuhangat.net

Khamis, 4 Mac 2010

Jom Baca Hadis : Siri 19 ; Haramnya mengumpat dan suruhan menjaga lidah.

Dari Abi Musa r.a katanya : Aku bertanya, wahai Rasullah, "Siapakah muslim yang terbaik?" Baginda menjawab : "Sesiapa sahaja yang selamat (memelihara) orang-orang Islam yang lain dari kejahatan lidah dan tangannya.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Selasa, 2 Mac 2010

Riwayat ulama tersohor 3 : Tok Kenali yang kurang dikenali kini.

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. 

Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Qurandisamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar). 


Beliau dilahirkan di Kampung KenaliKubang KerianKota BharuKelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.


Bapanya mencritakan bahawa pada suatu ketika,di sebuah kampung di Kelantan,terdapatnya beberapa masyarakat Melayu Kelantan lama yang suka menyabung ayam dan menyabung lembu,keadaan pesta menyabung itu sangat bising dan hiruk pikuk lantaran keasyikan masyarakat yang suka pada perbuatan menyabung haiwan,(pada kebiasaannya perbuatan menyabung haiwan dapat menyebabkan masyarakat penyabung terdedah dengan kegiatan judi dan pergaduhan).

Oleh demikian,Tok Kenali dan beberapa orang kampung telah terganggu akan kebisingan pesta sehinggakan Tok Kenali pada waktu itu beranggapan dan melafazkan bahawa terdapatnya rumah terbakar dikampung itu.Dengan kuasa Allah, pada petang hari pesta menyabung itu juga,kebanyakan dari rumah-rumah penyabung haiwan itu telah dijilat api keseluruhannya.Maka begitulah kekuasaan Allah SWT terhadap hambanya yang beriman dan ingkar.


Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.

Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Ililah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat. Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.


Melihatkan peribadi dana sikap hidupnya, nyatakan bahawa Tuk kenali adalah terpengaruh oleh ajaran-ajaran Failasuf islam Iman Ghazali, seorang alhi Tasauf yang sampai kepada darjat “hakikat” mengenal diri dan Tuhannya, ingin mencapai kebahagiaan dan kesucian yang setinggi-tingginya dalam penghidupan yang singkat ini, kemewahan hidup yang terhad dan sifat tidak membesar diri adalah nyata sekali dalam penghidupannya. 

Meninjau kepada beberapa segi yang telah dikemukakan di atas, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa Tuk kenali adalah salah seorang tokoh ulama terkenal dan pembangun fikiran Umat Islam di dunia sebelah juga tidaklah salah jika dikatakan bahawa selagi terbitnya majalah pengasuh ke alam persuratan melayu, maka selama itulah Tuk Kenali dikenangan, seterusnya tidaklah merupakan suatu penonjolan jika dikatakan bahawa selagi wujudnya majlis Agama islam dan Adat istiadat melayu kelantan” maka selama itulah ?Tuk Kenali masih disebut dan dikenali. 


Sumber : wikipedia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails