Khamis, 27 November 2008

Pecah Perut 6 : Orang buta dan isterinya.


Pada suatu ketika ada seorang wanita yang bersuamikan seorang buta. Kemudian wanita itu berkata kepada suaminya yang buta : “ Ah, seandainya engkau dapat melihat cantiknya wajahku dan putihnya kulitku, pasti engkau kagum”.
Setelah mendengar perkataan isterinya suaminyaitu menjawab : “ Sekiranya kata-katamu itu benar, tentulah lelaki yang hensem tidak akan membiarkan engkau menjadi isteriku.

Isnin, 24 November 2008

Pecah Perut 5 : Pencuri Biskut.....


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.
Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.



Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas/ keretapi/ kapalterbang... makan benda lain.
Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan....hahahahaha
Paling penting : Jangan buruk sangka dengan orang

Isnin, 17 November 2008

Betul Juga 8 : Membaca dalam masyarakat melayu dan umat ISLAM?

Assalamualaikum sahabat2 yg dikasihi oleh ALLAH sekalian.. Diharapakan kalian semua sihat2 lah hendaknya.. Amin ya robbal alamin..
Ingatkah kita pada surah al-Alaq pada ayat yg pertama iaitu “Iqra”. Yg bermaksud ‘maka bacalah’.. Wahyu yg pertamanya adalah ‘membaca’. Terdetik juga dlm sanubari kita, erm kenapa tidak diturunkan wahyu yg pertama berkaitan dgn suruhan solat tak pun pasal puasa ke, tak pon kenapa wahyu pertama tidak mengajar pasal rukun ISLAM lima yg wajib tu..
Kalau nak diukur dgn kewajiban dan keimanan, sebenarnye kita tak boleh nak persoalkan mana-mana wahyu yg turun dulu dan kenapa turun lambat dan sebagainya. Kewajiban kita hanya perlu beriman sahaja..
Tapi dari satu sudut pandangan, apa yg kita dapat perhatikan, tujuan wahyu pertama berkenaan dgn ‘baca’, apa yg dapat kita simpulkan mengikut perpatah bahasa melayu ‘membaca jambatan ilmu’. Cuba kita perhatikan, sejauh manakah minat membaca dlm masyarakat kita..??
Apa yg kita dapati pd masyarakat kita hari ini, cuba kita salami bersama2.. Ramai anak2 muda lebih suka membaca novel yg bermuka surat hampir 700 helai, boleh habis 2 hari sahaja. Al-quran yg mempunyai 604 halaman tu, susah jugak nak baca setahun sekali. Kadang2 tu, khatam pun seumur hidup sekali, tu pun mase nak nikah le..huhuhu ha tu fesyen orang muda, kalau orang tua pulak satu hari tak baca surat khabar tak sah. Macam tak tenang hidup, mengalahkan baca al-Quran..huhuhu
Tu semua tak campur, mereka2 yg baca majalah2 atau magazine2 yg bermacam2 jenis.. Tak pun, buku2 gosip ke, majalah yg gambar artis pakai bikini kat swimming pool..huhu gossip artis nak kahwin le, gossip artis bercerai le, aris bersalin le, artis jatuh bilik air le.. erm, macam2 kan
Tu belum tanya masyarakat kita lagi, ada tak baca buku sirah nabi, sejarah para sahabat, riwayat hidup alim ulama’ tak pun pernahkah baca buku sejarah Malaysia, pengetahuan am dan sebagainya.. Cuba kita renungi kisah ulama’2 dulu, kalau tak silap aku macam imam Nawawi, sorry ya ustaz kalau salah..huhu Imam Nawawi ni, sebelum tidur akan baca 12 kitab, dah habis baca baru tidur.. Amacam kita?? Boleh tiru tak??huhu
Akhir kalam, kalau kita tidak membaca masyarakat akan menjadi mundur.. ;p kalau kita membaca seminggu satu buku, cukup setahun kita sudah membaca 39 buku, kalau tak silap aku le..huhu Jadi sama2 lah kita bermuhasabah diri kita.. InsyALLAH.. Oleh itu, berfikirlah wahai insan yg mempunyai akal… ALLAHUA’LAM.. Wassalam….. ;p

Jumaat, 14 November 2008

Coretan Yang Berkelana 4 : Teman, kawan dan sahabat….


Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Apa kabar? Moga2 sihat la hendaknye, amin.Bagaimana dgn hari yg dilalui? insyALLAH moga perjalanan hidup kita dirahmati oleh ALLAH, amin.. Teman, kawan dan sahabat?? Erm, kalian mesti selalu mendengar perkataan ini right. Huhu cakap omputih la pulak. Apakah bezanya diantara 3 perkataan tersebut.. Seorang sahabat aku pernah tanya begitu kepada aku. Poning jugak kopalo eden ni ha..
Mungkin dari segi bahasa ia memang sama, betul tak? Tetapi kalau kita mendalami maknanya secara pengalaman hidup, kita akan dapat menemui apakah perbezaanya diantara ketiga-tiganya.
Tetapi dlm tulisan kali ini, aku tak nak membahaskan maksud tersurat dan tersirat kalimah tersebut, nanti ade orang kata aku ni cikgu bahasa melayu la pulak..huhuhu Apa yg pentingnya, aku nak sampaikan kat sini, pernahkah kalian mempunyai teman, kawan dan sahabat? Jawapannya tentu ya, bukan.
Pernahkah kita menghubungi member kita tu?? Selalukah kita pergi menziarahinya?? Adakah kita selalu bertanya tentang keadaan & kesihatannya? Bagaimanakah keadaan keluarganya? Hehe, pasti ramai yg jarang berbuat demikian bukan..
Rata2nya, yg aku perhatikan dlm kehidupan aku dan member2 aku, manusia hanya mencari teman, kawan dan sahabat ketika susah je, betul tak??? Contohnya, ketika sakit tak pun ketika kereta accident.. Ade jugak yg time mintak tolong je, macam telepon member ketika sesat arah jalan, telepon member ketika nak tumpang tidur rumah walaupun tak berapa rapat, ada jugak yg baru telepon member ketika bergaduh sampai dah nak kena pukul oleh geng yg ramai dan sebagainya..
Jadi, seharusnya kita bermuhasabah kpd diri kita tentang sifat ukhwah yg kita sendiri bina dan kita sendiri yg memusnahkannya.. Bagaimana kita mahu menjadi ummat ISLAM yg bersatu, kalau telepon member hanya cari geng untuk bergaduh sahaja????
Akhir kata, ini hanyalah sebahagian dari analisa kehidupan yg berada disekelilingku sahaja. Mungkin kalian mempunyai pengalaman yg lebih banyak lagi dahsyat daripadaku, maka dipersilakan…
Akhir kalam, berpikirlah wahai insan yg mempunyai akal.. Wassalam…… ;p

Pecah Perut 4 : Kisah keluarga pembohong ....

Terdapat dua beranak, yang sorang bapak,dan sorang lagi tu anaknya. Mereka berdua ni selalu berbohong apabila mengatakan sesuatu. udah ramai la penduduk sekampung yang jadik mangsa pembohongan mereka berdua.
Lama kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat burok mereka tuh. Bomoh pon bagitau la mereka supaya menuju ke satu bukit, dan naik ke puncak air terjun, kemudian terjunlah ke bawah, moga-moga ia dapat menyembuhkan penyakit mereka.
Mereka berdua pun menuju la ke air terjun. Sampai di tempat berkenaan, masing-masing takut untuk terjun ke bawah...setelah hampir 10 minit, si bapak pon sanggup untuk terjun dahulu. lalu terjunlah dia. Si anak mula panik kerana bapaknya tak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah bapaknya naik dan menghampiri anaknya.
Anak : Kenapa lama sangat pak?
Bapak : Bapak jumpa kawan kat bawah, dia ajak minum kopi dulu kat warung tu. Apa lagi kamu tunggu tuh, terjun jer lah.
Si anak pon terjunlah, dan sekejap saja timbul ke permukaan dan menghampiri bapaknya.
Bapak : Hah,kenapa dengan benjol dahi kamu tu?
Anak : ini semua bapak punya pasal la. Bapak minum kopi tadi tak bayar. Dah tu saya pulak yang kena pukul.

Pecah Perut 3 : Kisah Susu Lembu.

Di dalam sebuah kelas,seorang guru bertanya, "Apakah cara yang paling baik untuk mengelakkan susu lembu daripada masam dan tahan lama ?," Berdiri seorang murid dengan penuh keyakinan menjawab soalan gurunya tadi "mudah jer cikgu, Biarkan susu itu berada di dalam perut lembu.

Rabu, 5 November 2008

Renungan Sejenak 7 : Anjing - Anjing Neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
+
Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu (muslimin).
+
Bacalah Al-Qur'an
+
Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
+
Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
+
Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
+
Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
+
Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
+
Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
+
Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
+
Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Renungan Sejenak 6 : Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong....

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails