Isnin, 31 Januari 2011

Coretan Yang Berkelana 100 : Membaca al-Quran itu juga rezki...


Pada Khamis lepas aku menelefon Ustaz Ibrahim dan menanyakan khabar. Ini berikutan kerana sudah terlalu lama kami tidak berhubung antara satu sama lain. Dengan ringannya mulut ust menjemput kami ke rumah beliau. Aku yang sedang minum petang bersama zaki ketika itu dengan pantas menyahut jemputan ustaz..

Seperti biasa, Pullah, Afham dan Azim ku roger untuk program pada malam ini. Kami berkumpul kira-kira pada jam 9.30pm. Dan mula bertolak menuju ke Kuala Kubu Bharu. 

Selepas ustaz berhenti dari sekolah kami, ustaz menerima jemputan menjadi pensyarah Qiraat di Darul Quran. Bangga gila kot, bila tengok ustaz sendiri keluar Akademi al-Quran mengajar peserta-peserta membaca qiraat.

Kira-kira jam 10.35pm kami tiba di rumah ustaz. Kelihatan ustaz begitu teruja menyambut kehadiran kami. Pergh bangga beb. Kami saling bertanya khabar dan bertanya perjalanan ustaz selepas ustaz keluar dari sekolah kami.

Ustaz bangga melihat Azim membawa isterinya Nurul Hashimah yang baru melangsungkan pernikahan. Kami saling bertanya dan berbual di antara satu sama lain. Sambil itu ustaz menghidangkan kami bihun goreng. Gila lapar beb.. Licin habis, ustaz tengok dengan senang hati.

Kira-kira jam 12am kami meminta izin untuk pulang ke Shah Alam, tiba-tiba dalam perjalanan Pullah mengeluarkan cadangan untuk pergi ke Bukit Fraser. Kami pun dengan "selambenya" tanpa banyak berfikir memacu kereta ke Bukit Fraser. Kami menaiki puncak kira-kira jam 3.25am.

Pabila naik dipuncak, apalagi macam biasa kami cari port baik dan bersembang tentang apa yang ada disekeliling kita. Perbahasan untuk ilmu tauhid dengan cara begini lebih mudah. Kami terkenang seketika pabila mengenangkan nasihat ustaz sebentar tadi. 

Beliau secara spontan mengingatkan kami, bahwa kekuatan untuk membaca al-Quran dan belajar ilmu al-Quran ini adalah "sebuah rezki dari Allah". Kadang-kala kita tersilap paham dengan mengatakan kekuatan untuk membaca al-Quran itu dari kita sendiri. Yang sebenarnya "usaha" dari kita, "rezki" dari Allah.

Kira-kira jam 9.30am kami bertolak menuju pulang ke Shah Alam. Setelah kepenatan tidur sebentar di dalam kereta beramai-ramai. Allalhua'lam.






al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.54pm
31-1-2011
Shah Alam

Khamis, 27 Januari 2011

Coretan Yang Berkelana 99 : Bacalah kitab walau semuka...

Jam tepat 8.33pm, Pullah terpacul dimuka rumahku. Seperti yang dirancangkan aku dan Pullah bergerak menuju ke rumah Afham. Setelah tiba di rumah Afham, seronok aku melihat anak-anak kecil yang mengaji dirumah Afham. Terbit dibenak hatiku, "banyak saham Afham besok diakhirat"...

Selepas menunaikan solat Isyak berjemaah, kami dengan pantas memandu kereta menuju ke rumah Ustaz Hamdan. Beliau merupakan guru kami masa di sekolah dahulu. Perjalanan pada malam ini, Azim dan Zaki tidak dapat turut serta kerana ada amanah yang seharusnya diselesaikan.

Kira-kira jam 9.45pm, kami sampai di depan pintu rumah Ustaz Hamdan, beliau menyambut kami dengan muka yang begitu terkesima dan teruja. Kami melangkah masuk ke dalam rumahnya. Sunyi sahaja, ini berikutan ustaz sekarang tinggal bersendirian lantaran perginya arwah isteri ustaz yang meninggal akibat kanser setahun lalu.

Kami lihat ustaz begitu sebak pabila menceritakan perjuangan saat-saat akhir arwah isterinya sebelum meninggal dunia, kelihatan ustaz begitu mencintai arwah isterinya. Perbualan kami semakin rancak dengan menceritakan perjalanan kami selepas habis dari sekolah dan sudah terlalu lama tidak bertemu dengan beliau. Kini aku dan sahabat-sahabat yang lain ingin menyambung kembali silaturahim yang pernah ada antara seorang guru dan murid.

Ustaz bertanya kepada kami tentang apakah yang sedang kami lakukan sekarang. Bermula dari Pullah, aku dan Afham. Disamping itu ustaz sering mengingatkan agar jangan sesekali tidak membaca kitab. Lazimkan membaca kitab walaupun hanya semuka pada satu hari.

Dia menceritakan ramai pelajar pada masa sekarang ini, kurang mengenali ulama'-ulama' yang hebat. Tidak ramai yang  mendalami ilmu agama secara istiqomah. Dan dia juga mengingatkan agar kami jangan cepat menerima sesuatu ilmu dengan secara membabi buta atau kaji sedalam mana kesahihan sesebuah ilmu itu.

Jam merangkap hampir jam 12.00am, aku dan sahabat yang lain meminta izin kepada ustaz untuk mengundurkan diri. Di akhir pertemuan, kami bersalam dan meminta ustaz mendoakan perjalanan kami di dunai dan akhirat. Amin... Wassalam...



al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
6.55am
27-1-2011
Shah Alam

Rabu, 26 Januari 2011

Coretan Berkelana 98 : Hati ini hauskan "tazkirah"...


Dalam sebulan dua ini aku mengalami stress dan kepenatan yang amat meletihkan. Ditambah pula memikirkan masalah kewangan, masa depan, pembelajaran dan tentang kerja. Dan dalam masalah dakwah pula kadang-kala mengalami kekurangan semangat yang jitu.

Semalam selepas dari balik mengajar, aku merasa kesunyian dan kepenatan. Tiba-tiba aku teringat akan seorang guruku yang pernah mengajar aku dahulu. Rasa rindu dihati terkenangkan "mereka". 

Aku dengan segera mendail nombor Pullah untuk mengajaknya bertemu dengan guru kami. Dalam setengah jam kemudian Pullah sampai di rumah aku, dan kami terus bergerak.

Alhamdulilah, sampai sahaja disekolah, aku dan Pullah terus mencari ustaz kami dan bersalaman dengannya. Alangkah terkejutnya beliau pabila melihat kami yang sudah lama tidak menziarahinya.

Aku dengan pantas menceritakan keadaan kami semua yang sibuk dan banyak komitmen.. Cuma aku mengatakan yang aku  "terlalu rindu" untuk bertemu dengan ustaz. Ustaz banyak  memberikan nasihat dan teguran kepada aku dan Pullah. 

Dan beliau memberikan 3 amalan yang berguna dan agar kami istiqomah :

1. Jangan tinggalkan tahajud walapun dah hampir subuh.
2. Jangan tinggalkan solat dhuha..
3. Rajinkan membaca "selawat Kamilah".

Di penghujung pertemuan, ku kucup tangan beliau dan meminta halal segala ilmu yang pernah beliau ajari kepadaku. Wassalam...





aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.23pm
26-1-2011
Shah Alam

Selasa, 18 Januari 2011

Coretan Yang Berkelana 97 : Najis setinggi gunung...




Minggu yang berlalu ini, terlalu memenatkan diri ini. Berikutan dengan amanah yang telah dibebankan di atas bahu ini. Dan dalam minggu ini, Allah telah menghantar kepadaku beberapa orang insan yang sedang kehausan dalam mendengar bisikan agama.

Ini merupakan suatu cabaran dalam hidupku, kerna mereka yang datang kepadaku dari kalangan mualaf dan mereka yang sosial. Aku lebih berhati-hati dalam menyampaikan setiap patah kata agar tidak ada pihak yang terguris hati. 

Apakan dayaku, mereka yang hadir ini, bukan dari golongan yang memakai tudung, mereka yang memperlekehkan solat. Mereka yang memandang enteng pada agama. Aku lebih menggunakan kaedah tasawuf.

Aku teringat akan pesan guruku dulu, jika mereka itu sudah lembut hatinya untuk mendengar ceramah agama, jauhi dari menyebut hukum halal dan haram. Tautilah hati mereka dengan akhlaq dalam bertasawuf. Kerana seseorang itu dinilai bagaimana dia menterjemahkan agama dalam kehidupannya.

Sewaktu aku bersama mereka, aku hanya menyampai sedikit peringatan yang begitu santai tapi perlu direnungi. Inilah pesan guruku dahulu, ketika mula-mula aku menceburi ilmu mengenal Allah..

" Bagaimanakah zikir dan amalan sunat kita saban hari?" " Kalau dihimpunkan najis kita dari mula kita hidup sampai kita menghembus nafas, najis kita mencecah melebihi gunung.." Najis itu terjadi dari kunyahan makanan yang direzkikan oleh Allah kepada kita".. 

Tapi.... Adakah kita bersyukur dengan apa yang telah direzkikan kepada kita? Bagaimana dengan zikir kita? Bagaimana dengan cara kita mengucapkan kesyukuran kita??? Allahua'lam..

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.10am
18-1-2011
Shah Alam

Jumaat, 14 Januari 2011

Lirik Puitis 18 : Hukum Karma


Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga
Dosa 'kan sensgara
Ini hukum karma


By : Wings

Rabu, 12 Januari 2011

Pecah Perut 12 : Terlepas Hukuman....



Ada tga orang lelaki.. salah seorangnya ahli falsafah, pakar matematik dan pelawak ditangkap atas kesalahan menangkap seekor itik untuk mmbuat projek..(tak tau projek pe)..
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan 1 soalan kepada saya, dan jika saya boleh jawab, awk ditahan, dan jika sebaliknya, awk dibebaskan.."
Ahli falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yg lengkap dari socrates.. jika dapat membawanya ke sini, saya rela dihukum.."
Lalu hakim menyuruh pekerjanya mencari buku yang diperkatakan..lalu buku itu diberikan kepada falsafah untuk disahkan..
ya, bnr skli yg arif,, inilh bukunya..
lalu ahli falsafah di penjarakan..
kemudian giliran pakar matematik mengajukn soalan,
"cuba jawab nie, 1223997643224832333+1234541234-(33677322976-4456674345) dalam lima saat..
sambil menekan kalkulator dengan pantasnya, hakim memberikan jawapannya.. lalu pakar matematik dipenjarakan juga..
giliran terakhir ialah si pelawak..
"berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang di tempat duduknya.."kata si pelawak.
apabila kerusi diberikan, si pelawak pun melepaskan kentut..
dia pon berkata,"yg arif, dari lubang mana kentut saya  tadi keluar??"
setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggungnya,
dia pon berkata,
" kentutmu keluar dari luar disbelah kanan ini!" dgn yakinnya..
lalu dgn selambanya pelawak itu berkata, "salah, ia keluar dari lubang punggungku ini"
lalu si pelawak dibebaskn..

Isnin, 10 Januari 2011

Jom Baca Hadis 30 : Setiap baik dan buruk bukan datang dari makhluk...


Dari Abul Abbas Abdulloh bin Abbas rodhiallohu ‘anhuma beliau berkata: Suatu hari aku berada di belakang Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam Lalu beliau bersabda,

“Nak, aku akan ajarkan kepadamu beberapa patah kata: Jagalah Alloh, Niscaya Dia akan senantiasa menjagamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Alloh, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Alloh. Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Alloh bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Alloh bagimu. Pena telah diangkat dan catatan-catatan telah mengering.” 

(HR Tirmidzi Dia berkata , “Hadits ini hasan shohih”) 

Rabu, 5 Januari 2011

Coretan Yang Berkelana 96 : Selamat Pengantin Baru Sahabatku...


Selepas operasi " Amar Makruf Nahi Mungkar " bersama Jais. Kami kembali ke Shah Alam kira-kira jam 4.30am. Dan kami terus mencari kedai minum untuk mengisi perut sambil menanti subuh agar subuh tidak hanyut. Yelah sibuk dok cegah orang bikin maksiat karang kita sendiri yang tinggal solat.

Setelah selesai mengisi perut dan solat subuh kami pulang ke rumah untuk berehat dan bangun lewat sedikit atas faktor keletihan. Kira-kira jam 2pm aku dan sahabat yang lain bergerak menuju ke Sungai Dorani (Kuala Selangor). Kerana ingin memberi sokongan kepada sahabat kami Azim Fatah yang akan melangsungkan pernikahan pada jam 5.30pm.

Acara berlangsung pada jam 5.30pm, alhamdulilah dengan sekali lafaz Azim dengan sahnya menjadi suami kepada Nurul Hashimah. Selamat pengantin baru dan tahniah sahabatku.... 










al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.43am
5-1-2011
Shah Alam

Isnin, 3 Januari 2011

Coretan Yang Berkelana 95 : Jom Dakwah Ambang Tahun Baru 2011....

Jam menunjukkan kira-kira 6pm, satu sms sampai ke hp ku.. " Alif nanti jangan lupa bawak kawan malam ni kumpul kat masjid negeri.. Kira-kira 9pm kami sampai di masjid negeri. Sesi taklimat bermula.

Penerangan dari Jais dan Yang Berhormat tentang operasi dakwah malam ini. Kumpul aku bersama Kak Hani ditugaskan untuk ke The Curve, Damansara. 

Kira-kira jam 11.30pm kami mula bertolak bersama dengan beberapa NGO antaranya, Pemadam, Abim, Unit Amal serta Pengkuatkuasa Jais dan Bandaraya. 

Banyak pengalaman yang boleh kita bawa pulang hasil dari program ini. Melihat keruntuhan akhlak dan masyarakat. Anak-anak muda minum arak, berjoget tanpa menghiraukan tempat awam.

Perkara yang paling penting adalah tanggungjawab kerajaan, ibubapa dan masyarakat setempat. Dan kerajaan perlu menimbang balik, setiap lesen konsert yang diluluskan balik. Apakah anak-anak muda yang sebegini akan memimpin negara kita pada 10 tahun akan datang?

Dan pada malam itu, sebanyak 6 pasangan yang ditahan oleh penguatkuasa Jais dan satu pasangan ada bersamanya beberapa bungkusan syahbu. Nilailah sendiri dari hasil gambar di bawah ini :















al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.25pm
3-1-2011
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails