Jumaat, 30 Januari 2009

Coretan Yang Berkelana 6 : Naluri Beragama..........

Assalamualaikum.... Apa khabar sidang pembaca sekalian... kali ini, aku nak kongsi sedikit cerita la... hari ni, lepas Jumaat tadi aku pergi ke bank kemudian aku masuk dan tengok ramai orang.. memang dah jadi lumrah hidup aku, aku tak boleh pergi tempat yang ramai orang, bukan apa nanti aku jadi serabut.. Lantaran itu, aku terus pulang walaupun aku pergi dengan teman aku.. Alhamdulilah, teman aku sungguh memahami perangai aku...

Setelah aku menghantar temanku pulang, terus aku pulang ke rumah untuk mengambil adik aku dan menghantarnya ke kedai cermin mata.. Bukan apa, nak buat cermin mata barulah.. pasal yang lama tu dah hilang...

Kemudian setelah sampai di kedai itu, aku pun meletakkan keretaku di tempat parkir.. Setelah memarkirkan kereta aku dan adikku turun untuk berjalan ke kedai tersebut sambil itu melintasi beberapa kedai yang ada di situ... Secara tidak langsung, aku terpandang...........

Siaran tV yang ada di kedai makan tersebut, dan siaran tV itu sedang menyiarkan rancangan agama iaitu "Al-Kuliyyah"... Sebuah program rancangan agama untuk memberi ilmu kepada masyarakat berkaitan dengan ISLAM...

Apa yang memeranjatkan aku, selang 2 kedai ada kedai saloon rambut sedang membuka siaran "Al-Kuliyyah"... Dalam masa yang sama, terdapat pelanggan perempuan yang sedang melakukan rebonding... Dan apa yang aku perhatikan, kesemua pekerja didalam saloon itu tidak memakai tudung dan tidak menutup aurat bahkan memakai seluar jeans ketat dan t-shirt ketat... Termagu aku sebentar............. Hmmm.....................

Benak hatiku mula berkata,"hebatnya ALLAH menjadikan insan, walau hambanya itu tidak mengikut suruhan ALLAH dan melanggar larangan ALLAH, akan tetapi sudah menjadi fitrah manusia kembali kepada agama..."

Sekian itu saja, coretanku.. Insyallah kita bertemu lagi dalam coretan Yang Berkelana...
Akhir kalam, wassalam........

Rabu, 28 Januari 2009

Renungan Sejenak 12 : Sebebas burung yang terbang di awan...

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian... erm, dah lama aku tak menulis pasal pertama sibuk sikit, lepas tu modal pun tak banyak..he2... pernah tak kalian melihat burung-burung yang terbang di awan.... Bestnya mereka terbangkan, kerana tidak ada halangan.. Tapi yang paling malang, kalau kita tengok burung kena kurung dalam sangkar.. Kesian kat dia...



Sebenarnya aku teringat sebuah petikan kata-kata ulama', "hidup manusia di atas dunia ini ibarat seekor burung yang terkurung di dalam sangkar".. Cuba kita letakkan diri kita dalam keadaan seperti burung itu tadi.. Hidup kita kat dunia ni, memang membosankan.. Subuh dah kena bangun untuk solat subuh, agama lain sibuk tidur lagi.. lepas tu, bagi yang nak pi kuliah ke pi kerja ke pi sekolah ke, kena pakai pakaian yang menutup aurat..

Nanti bila dah masuk zuhur, kena solat zuhur... lepas tu, kalau ada jiran kita kena ambil tahu keadaa jiran kita... kena berbakti pada ibu bapa.. kena bayar zakat, kena puasa dan bermacam lagi lah larangan dan suruhan dari ALLAH S.W.T kepada kita sebagai hambanya...

Tapi perasan tak kita, setiap apa yang dilarang oleh ALLAH sebenarnya banyak memberikan impak kebaikan kepada kita... Contohnya, kita disuruh solat, supaya secara automatik kita sudah bersenam untuk kesihatan kita... Kita disuruh mengaji untuk mengelokkan sistem pernafasan kita... kita disuruh berpuasa, untuk merehatkan perut kita bekerja selama 11 bulan... dan supaya kita merasa keperitan hidup orang miskin... kita disuruh berzakat untuk membantu golongan orang miskin... kita disuruh menutup aurat bagi jangan menimbulkan nafsu syahwat, lagi-lagi kalau perempuan pakai seksi nampak lurah2 kan boleh mengoyangkan iman seseorang... Jadi apa yang ALLAH larang dan suruh sebenarnya, terdapat kebaikkan yang kita perlu hayati dengan fikiran dan akal yang waras...

Dan kalau boleh, setiap apa yang ALLAH dan Nabi suruh tu, janganlah kita suka sangat dok bangkang... ALLAH S.W.T tahu bagaimana hambanya, kerana dia yang ciptakan kita yang lemah ini...

Sekian, ini saja tulisan aku... tu pun masa aku pi rumah bapa angkat aku kemudian aku lihat burung dalam sangkar.. Akir kalam, aku hanya meluahkan pendapat aku mungkin kalian lebih banyak ilmu dan pengalaman dari aku... ALLAHUA'LAM...
Wassalam...


Sabtu, 24 Januari 2009

Renungan Sejenak 11 : Hudud ... Undang-Undang Paling Rasional.

Hudud: Peraturan Allah yang mutlak
Adaptasi daripada buku as-Syahid Sayyid Al-Qutb

Hanya Allah sahaja berhak menunjukkan sistem dan peraturan bagi kehidupan manusia. Oleh itu manusia seharusnya mengimplikasikan sistem ini ke dalam dunia realiti. Jika diteliti, sistem ini sebenarnya menjaga dan memelihara sifat kemuliaan insan dengan memberikan kemerdekaan serta mengelak manusia daripada diperkotak-katikkan oleh taraf kehidupan. Kemerdekaan bermaksud menjauhkan manusia daripada menjadi hamba hawa nafsu, kelemahan jiwa, ketamakan dan ketidakadilan yang seterusnya akan membawa kepada kemenangan dalam erti kata sebenarnya iaitu ketaatan dan kepatuhan kepada agama.


Sesungguhnya sistem Allah adalah sesuai sepanjang zaman dan universal berbanding sistem yang dicipta oleh manusia yang terbatas daripada segi akal dan pemikiran. Ketiadaan tujuan hidup hanya akan membawa kepada kesengsaraan, ketakutan dan kegelisahan di mana mereka menjadikan wang, kelazatan dunia sebagai Tuhan. Ini jelas menunjukkan kebanyakan manusia sekarang menjadi hamba kepada dunia materialistik bukan lagi kepada Tuhan yang Maha Esa di mana itu bukanlah erti ketamadunan yang sebenar bahkan mereka benar-benar telah kembali ke era jahiliyah di zaman moden. Ketamadunan bukan hanya diukur melalui materialistik dan kemodenan semata-mata tetapi ia juga perlu diselitkan dengan kebersihan hati nurani dan nilai-nilai spiritual.


Orang yang menentang syariat Islam adalah sebenarnya orang yang merasakan bahawa peraturan tersebut akan mengikat dan membelenggu manusia daripada mengikuti hawa nafsunya walhal pada hakikatnya di sebalik kekangannya ada terselit kebebasan. Sebagai contoh, perbuatan zina adalah haram untuk membebaskan manusia daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu dan mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri adalah untuk membebaskan manusia daripada sikap kedekut dan tamak. Namun tanpa disedari oleh manusia, dosa dan kejahatan yang sebenarnya merupakan belenggu yang mengikat jiwa manusia dan menjadi beban serta menjerumus manusia ke dalam lembah kesesatan. Kita menjadi hina kerana mengikut sistem ciptaan manusia yang sentiasa terburu-buru untuk melihat hasilnya dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah apabila munculnya sistem atau peraturan manusia yang baru akan muncul pula masalah baru. Kesimpulanya, sistem Islam yang diwahyukan Allah kepada rasul-rasulnya adalah sistem yang paling efektif kerana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Sumber isuhangat.blogspot.com

Sabtu, 17 Januari 2009

Renungan Sejenak 10 : Golongan yang terpedaya.......

"Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya". -Surah al-Hadid ayat 20.

Siapakah dia golongan yang terpedaya :

1. Apabila seseorang merasa cukup dengan ilmunya.

2. Apabila seseorang merasa banyak pada amalnya.

3. Apabila seseorang menggangap kecil pada dosanya.

4. Apabila amanah dianggap keuntungan.

5. Apabila nasihat dianggap sindiran.

6. Apabila sesuatu nikmat dirasakan kekal.

7. Apabila hilangnya sabar di dalam musibah.

8. Apabila merasa selesa pada aib yang ditutup ALLAH..

Selasa, 13 Januari 2009

Pautan Semasa 4 : Palestin oh Palestin....

Assalamualaikum sahabatku sekalian.. Apa kabar?? arap-arap sihatlah semuanya... maaflah aku dah lama tak menulis pasal tengah sibuk exam...he3 poyo betulah aku ni kan.. macam aku seorang je yang exam... ;p

Sekarang ni, tengah sibuk tentang isu Palestin.. Marilah kita sama-sama berdoa untuk tentera, askar-askar fi sabillilah moga Islam mendapatkan kemenangan...Amin... Banyak ruang media yang boleh kita gunakan untuk menonton tentang kekejaman tentera zionis ni... mereka membunuh anak-anak kecil, membunuh orang tua yang lemah, merogol wanita-wanita samada yang dara atau janda.... layaklah mereka ini digelar Israel LAKNATULLAH...

Kalau kita mengaji sejarah. kita akan nampak sebenarnya puak-puak Israel ni memang dasar keras kepala, sampai nabi dari kalangan mereka pun dibunuh... Ops, sebelum tu mesti ada yang bertanya, apa beza Yahudi & Israel..?? Yahudi tu keturunannya, dan Israel tu pulak bangsanya.. kalau Yahudi ade jugak yang beriman, dan mereka digelar 'ahli kitab'... Tapi untuk zaman sekarang nie, rasenye memang susah nak cari ahli kitab... Allahua'lam...

Aku secara jujur memuji tindakan kerajaan kerana sanggup membuat sidang parlimen khas bagi membincangkan masalah serangan zionis terhadap Palestin... dan juga aku memuji tindakan rakyat Malaysia yang berdemontrasi bagi mengutuk serta mengecam kezaliman yang dibuat oleh zionis...

Tetapi kadang-kadang perasaan tak kita, kita dok sibuk boikot barangan Israel lepas tu pergi berdemontrasi di depan Masjid Negara, depan Kedutaan Amerika, membakar bendera Israel dan memijak gambar Bush dan sebagainya.... Perasan tak kita, yang pergi berdemontrasi tu sibuk menjerit "Yahudi Laknatullah" tapi dalam poket ada rokok buatan Israel, pastu pakai seluar jeans buatan Israel, dah abis berdemontrasi balik makan KFC, Mc D, pastu telefon bimbit pakai buatan Israel... Rase-rasenye lawak tak....???

Tapi apa-apa pun aku mengucapkan tahniah dan berbangga atas semangat rakyat Malaysia atas keprihatinan kasih sayang terhadap rakyat Palestin.. Sambil itu jangan lupa untuk berdoa Qunut Nazilah terhadap kekejaman Israel LAKNATULLAH...

Jadi aku rase setakat ini sajalah, apa yang aku tulis adalah sekadar pendapat aku sahaja, kalian di luar sana, lebih banyak ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsikan....
Sekian, wassalam..........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails