Selasa, 31 Mei 2011

Sekilas Pandang 1 : Vandalisme...






Lokasi Seksyen 17, Shah Alam. Pengkuatkuasa sila ambil perhatian.!!!

aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.40am
31-5-2011
Shah Alam

Ahad, 29 Mei 2011

Coretan Yang Berkelana 111 : Transformasi Sham Kamikaze dan Bob Lokman.....



Semakin hari semakin ramai dari kalangan artis yang mengambil jalan untuk berubah. Ini kerana terdapat banyak faktor, seperti faktor umur, sekeliling dan hidayah dari Allah. 

Seperti yang berlaku pada baru-baru ini, antaranya Bob Lokman, Sham Kamikaze, yang dicampakkan Allah hidayah untuk mengambil jalan berubah sedikit demi sedikit.

Sebab itulah, acap kali aku sering mengingatkan teman-temanku, agar jangan mudah mengatakan tentang perbuatan maksiat orang lain.

Mungkin pada hari ini, orang itu dalam keadaan bermaksiat dan dia hina dari kita. Esok lusa, dia bertaubat maka dia lebih suci dari kita.

Maka setiap hari apa yang perlu kita renungkan adalah kesudahan kehidupan kita serta lubang kubur kita. Jangan sering-sering menceritakan tentang lubang neraka orang lain.

Apa-apa pun, aku mendoakan agar Sham Kamikaze, Bob Lokman istiqomah dalam melakukan transformasi yang sedang dilalui ini. Insyallah kita semua berada dalam penutup yang bahagia. Amin...


aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.44am
29-5-2011
Shah Alam

Jumaat, 27 Mei 2011

Peringatan Bagi Orang Yang Lalai 3 : Kubur dan Penderitaannya..


" Wahai Jiwa yang tenang, pulanglah ke hadrat Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai Allah " (aL-Fajr 27-28).. 

Jalan kematian adalah suatu perkara yang pasti dan wajib dilewati oleh setiap insan yang hidup dimuka bumi yang fana' ini. Setelah menghembuskan nafas yang terakhir, kita akan dimandikan, dikafankan disolatkan dan disemadikan di dalam tanah @ kubur.

Kubur adalah suatu tempat yang mengerikan. Ini tidak seorang pun tahu nasibnya kelak setelah berada di dalam kubur. Mungkin yang selalu kita dengar adalah tentang persoalan kubur itu sendiri. Antaranya :

1. Siapa Tuhanmu?
2. Apa agamamu?
3. Siapa Nabimu?
4. Siapa saudaramu?
5. Apakah ikutanmu?

Ini adalah sebahagian dari soalan-soalan yang sering kita dengar pabila kita rajin mendengar talkin yang sering dibacakan oleh imam-imam sewaktu selepas jenazah dikebumikan.

Selepas kita dikambus maka kita akan ditinggalkan, maka datanglah 2 malaikat yang digelar Munkar dan Nakir yang akan menyoal persoalan yang di atas ini tadi. Seandainya jika kita berjaya menjawabnya, maka berbahagialah kita sehingga hari kiamat..Mudah-mudahan..Amin..

Dan jika kita tidak berjaya, alamatnya dukacita yang amat sangat. Nauzubillah.. Dan yang paling penting, jangan dok sibuk pikirkan kubur orang lain, pikirkanlah bagaimana kubur kita nanti.. Allahua'lam...

aL-Haqir Ila Robbihi
ibnumaulub
4.40am
27-5-2011
Shah Alam

Khamis, 26 Mei 2011

Jom Baca Hadis 33 : Kezuhudan....


Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Ketika Rasulullah wafat, di almariku tidak ada sesuatu yang dapat dimakan manusia, kecuali setengah roti gandum yang berada dalam sebuah almari milikku lalu aku memakan sebagian untuk beberapa lama, kemudian aku timbang ternyata telah habis. (Shahih Muslim No.5281)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya. Belum pernah Rasulullah membuat keluarganya kenyang selama tiga hari berturut-turut dengan roti gandum sampai beliau wafat. (Shahih Muslim No.5286)

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Sejak berpindah ke Madinah, keluarga Muhammad tidak pernah merasa kenyang karena makan gandum selama tiga malam berturut-turut sampai beliau wafat. (Shahih Muslim No.5274)

Khamis, 5 Mei 2011

Coretan Yang Berkelana 110 : Selamat Hari Lahir Adindaku...


Selamat hari lahir Adindaku yang tersayang, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki yang berkat lagi halal. Belajar rajin-rajin. Pabila bertambah umur maka haruslah bertambah amalannya.. Amin..

aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.27pm
5-5-2011
Shah Alam

Rabu, 4 Mei 2011

Nukilan Yang Berkelana 1 : Untaian Rasa...


Ku Luahkan Rasa Hati Ini,
Di Atas Kertas Bertemankan Pena,
Yang Menjadi Senjata,
Yang Bisa Menghancurkan Sebuah Negara.

Melalui Tinta Pena Ini,
Ku Menyampaikan Sebuah Ketulusan Hati Yang Bergelora,
Yang Di Buak Rasa Gundah,
Yang Membiarkan Seribu Satu Halusinasi,
Yang Tiada Terperi.

Menjadi Sebuah Lapangan Abadi,
Kehidupan Ini,
Kadang-kala Kita Di Zalimi.

Sebuah Keperitan Yang Menjadi Saksi,
Dikala Hati Diundang Sepi,
Bagaimanakah Akan Ku Tempuhi,
Sebuah Kehidupan Yang Dipenuhi,
Beribu Ranjau,
Onak Dan Duri.

Wahai Yang Mengetahui Hati Ini,
Mampukah Aku Untuk Menerusi,
Perjuangan,
Melangkah Ke Alam Abadi...

aL-Haqir Ila Robbihi
Nukilan Yang Berkelana,
3.55pm
3-5-2011
Shah Alam

Isnin, 2 Mei 2011

Coretan Yang Berkelana 109 : Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ayahanda & Ibunda...


Sempena 1 Mei yang berlalu semalam, aku ini mengucapkan Selamat Hari Buruh dan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ayah dan Ibu ku yang ke 30.. Terima kasih kerana menjaga kami dan mendidik kami selama dari kecil hingga besar.

Moga ayah dan ibu bahagia meniti hari-hari senja yang mendatang ini. Insyallah doakanlah kami adik-beradik cepat bertemu jodoh supaya ayah dan ibu boleh menimang cucu..ha..ha..ha..

aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.53pm
2-5-2011
Shah Alam

Ahad, 1 Mei 2011

Coretan Yang Berkelana 108 : Kembara Makam Tuan Tulis...


Alhamdulillah kira-kira jam 2.19pm aku, Afham dan Zaki tiba dimakam Tuan Tulis di Kuala Pilah. Ini berikutan ada beberapa urusan yang perlu aku selesaikan di Pedas, maka untuk tidak membazirkan masa yang ada setelah selesai urusan tersebut kami terus pergi menziarahi makam Tuan Tulis..

Menurut sejarah Tuan Tulis ini merupakan seorang guru agama yang terkenal di Negeri Sembilan. Lebih-lebih lagi di daerah Kuala Pilah. Beliau merupakan seorang tokoh agama, guru agama dan pendakwah juga terkenal pada sudut pengamal perubatan Islam. 

Sesetengah pendapat mengatakan beliau adalah wali Allah kerana pernah dikurniakan karamah yang disaksikan oleh masyarakat setempat.

Apa yang menarik perhatian aku untuk menziarahi makam beliau, kerana aku pernah mendengar riwayat cerita kehidupan beliau dari seorang guruku. Tuan Tulis diberi gelaran sedemikian kerana perangainya yang suka menyalin kitab-kitab agama.

Diceritakan pada kala Tuan Tulis sedang menelusuri zaman pembelajaran, beliau adalah seorang anak yang miskin. Jadi beliau tidak mampu membeli buku pembelajaran beliau.

Tetapi dikurniakan Allah kecerdikan dan kerajinan yang membolehkan beliau menyalin setiap kitab pada malam hari untuk pembelajaran yang akan dipelajarinya pada esok hari. Jadi kerana kerajinan beliau menyalin atau menulis kitab itulah beliau digelar "Tuan Tulis"..

Teringat aku akan syair dan disiplin ilmu Imam as-Syafie yang pernah mengatakan syarat untuk menuntut ilmu memerlukan duit. Ini kerana duit merupakan asas untuk membeli alat tulis dan kitab-kitab..

Antara karamahnya Tuan Tulis beliau pernah mengubati Yang Dipertuan Besar N.9 di London padahal beliau sudah pun meninggal dunia 3 tahun yang sudah. Beliau memelihara kerbau dan beliau berpesan kepada kerbau-kerbaunya agar tidak memakan padi dan tanaman orang kampung, kerbau-kerbau tersebut seolah-olah memahami arahan beliau. 

Beliau amat cintakan binatang dan kebebasan. Sehingga pada suatu hari beliau membeli banyak burung-burung yang dikurung orang dan setelah membeli burung-burung itu beliau pun melepaskannya.

Tuan Tulis lebih terkenal dengan sikap pendakwahnya secara tidak formal. Beliau lebih gemar mendekati masyarakat dengan cara bergaul dan menasihati masyarakat tanpa mereka terasa hati. Beliau pandai bergaul dengan kanak-kanak.

Begitulah kehidupan para ulama' yang dikasihi oleh Allah. Mereka secara tidak langsung mengajak masyarakat untuk mencintai Allah dengan cara yang paling hikmah. Allahua'lam.












aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.43am
1-5-2011
Kg. Kuala Talang, N.9

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails