Khamis, 30 April 2009

Pautan Semasa 6 : Selsema babi???

"Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang zalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahwa ALLAH amat keras siksaanya". Surah al-Anfal 25.
Firman Allah S.W.T di atas mengingatkan kepada kita tentang
suatu siksaan yang ALLAH Taala turunkan kepada manusia yang tidak hanya berlaku kepada mereka yang berbuat zalim, akan tetapi kepada semua yang terdapat disekitarnya.

Cuba kita lihat, baru-baru ini suatu wabak yang sedang melanda iaitu wabak selsema babi atau "Flu Babi". Dulunya kecoh dengan gejala selsema burung dan sekarang munculnya pula selsema babi ini.

Teringat aku akan kata-kata Ustaz Ismail Kamus didalam ceramahnya; bahwa sesungguhnya musibah itu terdapat 3 kategori :
1. Musibatul Bala'
Iaitu musibah yang didatangkan oleh ALLAH kepada manusia sebagai bala bencana.

2. Musibatut Tarbiyyah

Iaitu musibah yang ALLAH turunkan kepada manusia sebagai pengajaran dan pendidikan agar manusia berubah dari bebuat dosa lalu bertaubat.

3. Musibatul Jaza'
Iaitu musibah yang ALLAH turunkan kepada manusia sebagai balasan di atas kesalahan yang manusia lakukan sendiri

Jadi, dapatlah kita renungkan sebenarnya setiap apa jua yang datang kepada kita mungkin ada hikmah disebaliknya. ALLAHUA'LAM.

ibnumaulub
2.47pm
30-04-2009
Medan

Renungan Sejenak 19 : 10 wasiat as- Syahid Hassan Al-Banna.


1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dlm keadaan apa sekalipun.

2. Bacalah al-quran, pergilah mendengar perkara² yg baik, amalkan zikrullah.

3. Berusahalah sedaya upaya utk bertutur dlm bahasa Arab yg betul krn bhs arab yg betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak membawa kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa kerana ketawa itu menggelapkan hati.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yg sedang berjuang itu mestilah sentiasa tegas dan bersungguh² dlm setiap perkara.


7. Banyakkan membaca buku agama kerana itu akan menajamkan fikiran.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi org dan jangan bercakap melainkan perkara yg memberi kebaikan.

9. Berkenal-kenalanlah dgn setiap ikhwan muslimin yg ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya. Asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang & berkenal-kenalan.

10. Hargai masa. Jika kita tidak memotong masa, masa akan memotong kita.

Wallahua'lam.

Ahad, 26 April 2009

Coretan Yang berkelana 21 : Sama aje dengan tempat kita...

Maaf sikit je gambar yang dapat diambil..hehe... Nie keadaan waktu petang di shoping kompleks..

Ada sekumpulan yang berlatih tae kwon do...

Sama je dengan Malaysia, pantang ada shoping komplek mesti ada budak melepak..

ibnumaulub
6.30pm
26-04-2009
Medan

Renungan Sejenak 18 : 10 Perkara Yang Membatalkan Syahadah...


1- Syirik dalam beribadah kepada Allah SWT.

2- Bertawasul kepada makhluk.

3- Mengkafirkan orang yang telah nyata keislamannya.

4- Mereka yang lebih berkeyakinan bahawa idealogi di dunia ini lebih baik dari apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

5- Membenci apa yang dikatakan sebagai Sunnah Rasulullah s.a.w.

6- Agama dan hukum Islam menjadi bahan sendaan atau mainan.

7- Menilik nasib dan bermain sihir.

8- Membantu orang kafir dalam menentang Islam.

9- Percaya bahawa keluar dari agama Islam dan memasuki agama lain tidak menjadi kesalahan kerana semua agama adalah sama.

10- Menolak sebahagian daripada hukum agama Islam.

Pecah Perut 7 : Kereta Kemik...

Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala..

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula..

Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"

Sabtu, 18 April 2009

Coretan Yang berkelana 20 : Susahnya menuntut ilmu..

Baru-baru ni, teman aku berkenalan dengan seorang pelajar di kampus. Maka, aku pun berkenalan dengan pelajar tersebut nama dia Sarah.. Pelajar ni, orang Acheh yang berketuruan Jawa. Salah satu tujuannya, apabila kita berkenalan dengan orang sini secara tidak langsung kita akan lebih pandai berkomunikasi.. aku hairan dengan pelajar-pelajar disini yang hanya berkawan dengan pelajar Malaysia sahaja..

Pelajar nie tinggal amat jauh dari kampus.. perjalanan dari rumah ke kampus memakan waktu lebih kurang 2 jam.. Jadi beliau akan keluar ke rumah seawal jam 6.30am dan akan sampai ke kampus jam 8.30am.. Tambang untuk dia ke kampus dan pulang adalah sebanyak Rp 20000. Kira-kira dalam duit kita RM 6.oo. Tapi apa yang sedihnya, dia ini anak yatim dan hanya ditangungg oleh maknya sahaja. Dan jika dalam seminggu itu, maknya tidak dapat memberi wang tambang ke kampus, maka dia tidak dapat pergi kampus.

Mungkin dari cerita di atas ni, kalian boleh percaya atau tidak. Pada minggu lepas, aku dan sahabatku pergi ke rumahnya untuk melawat keluarganya. Memang jauh perjalanan, aku sendiri merasainya. erm...

Sarah seorang mahasiswi IAIN, studi dalam Strata 1, Fakulti Syariah (Jurusan Ekonomi Islam).

ibnumaulub
6.18pm
18-4-2009
Medan

Coretan Yang berkelana 19 : Yang tiada kat tempat kita..

Benda ni, dah lama aku nak post kat blog nie.. Tapi cuma masa tak berkesempatan... Apa yang menarik di Medan ni... Kalau setiap hari Jumaat, ditengah-tengah surat khabar akan ada senarai nama khatib bagi pembaca khutbah di setiap masjid di Medan..

Jadi untungnya bagi kita, kalau mahu dengar khutbah yang berbeza ataupun mahu mengetahui khatib yang lantang berkhutbah dengan mengikut suasana keadaan semasa.. Alangkah bagusnya kalau ditempat kita ada macam ni jugakkan...

ibnumaulub
5.36pm
18-4-2009
Medan

Sabtu, 11 April 2009

Coretan Yang Berkelana 18 : Sebuah Negara Demokrasi.

Alhmadulilah, telah selesai peralihan kuasa di Malaysia. Kini kita mempunyai Perdana Menteri yang baru Dato' Seri Najib. Semoga amanah yang ALLAH berikan kepada beliau dapat dilaksanakan sebaiknya. Seandainya tidak dapat dilaksana menurut sepatutnya amat berat keadaannya pabila di Padang Mahsyar nanti. Nauzubillah.

Pada tanggal 9 April 2009 yang lepas, Republik Indonesia telah mengadakan Pemilihan Umum (Pemilu), (kalau kat Malaysia pilihan raya la) untuk mencari wakil Ahli Parlimen dan anggota Dewan Rakyat, tapi belum lagi Pemilihan Presiden. Alhamdulilah, Partai Demokrat menang, kerna rakyat percaya dengan pimpinan Presiden Republik Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY). Sepanjang aku kuliah di sini, dan kebetulan ada pulak Pilihan Raya, maka bertambahlah pengalaman dalam hidup aku dan kini, aku lebih mengenal erti demokrasi.


Salah satu parti yang bertanding.


Para penyokong parti yang sibuk berkempen.. Polis tidak menahan mereka, bahkan mengawal lalu lintas serta menjaga keselamatan para penyokong parti.



Kereta penyokong Parti HANURA (Hati Nurani Rakyat).



Penulis bergambar dihadapan Partai PDI, yang dinaungi oleh Megawati.



Tidak kira apa parti pun, bebas berkempen dan keluar didalam surat khabar kerajaan. Indahnya demokrasi sebegini.



Surat khabar sebagai jalan bagi berkempen tanpa memilih bulu samada pembangkang ataupun tidak..

ibnumaulub
4.00pm
11-04-2009
Medan

Coretan Yang berkelana 17 : Jauh perjalanan luas permandangan.

Pada Jumaat yang lalu, aku bersama teman-teman sengaja untuk pergi solat Jumaat jauh dari rumah kami. Sekadar untuk melihat suasana di sini. Kami ke Masjid Agung di bandar Medan. Kalau kat ShahAlam tu, kiranya Masjid Negeri la.. Apa yang menariknya, khutbah di sini lebih mengikut suasana permasalahan setempat. Dan yang menariknya, ramai dari para pensyarah IAIN dan mahasiswa IAIN.

Anak-anak yang mengambil upah menjaga selipar dan kasut.


Kalau datang lewat kena solat kat luar tanpa ada sejadah atau tikar.


Kanak-kanak yang menjual surat khabar untuk dijadikan sejadah, harga surat khabar itu adalah seikhlas kita untuk memberinya.


Keadaan selepas solat Jumaat.

ibnumaulub
3.17pm
11-04-2009
Medan

Sabtu, 4 April 2009

Renungan Sejenak 17 : ALLAH Mendidik Manusiawi Dengan Azan ...


Allah swt adalah al khaliq yang maha penyayang dan pengasih. Diciptanya manusia dengan secukup sempurna.Dibekalkan dengan didikan agar terarah kehidupan di dunia.Jika kita peka dan menghayati konsep ibadat kita dapati ibadat adalah satu tarbiyyah yang mencakupi keseluruhan tuntutan manusia.Sebelum itu mari kita lihat kepada azan iaitu syiar islam yang memberitahu masuknya waktu solat.Betapa kasihnya Allah pada kita.


Bermula segalanya dengan KEBESARAN Tuhan,
Disusuli pula dengan KEESAAN ALlah,
Dipasakkan dengan KENABIAN Rasulullah s.a.w,
Dikukuhkan dengan PENGABDIAN Manusiawi (Solah),
Matlamat manusiawi adalah KEJAYAAN Dunia & Akhirat (Falah)
Diakhiri riwayat manusiawi dgn KEBESARAN Tuhan,
Dikhatamkan jiwa mereka dgn penyaksian KEESAAN Tauhid.

Khamis, 2 April 2009

Coretan Yang berkelana 16 : Mahkamah ALLAH yang paling sempurna.

Ingatkah kita kisah baju besi Saidina Ali yang dicuri oleh seorang Yahudi, kisah Nabi Sulaiman menghakimi masalah perkelahian seorang petani dengan seorang pengembala kambing.. Kisah Nabi Yusuf merengkok dalam penjara dan sejarah Datuk Seri Anwar dihukum ke dalam penjara serta As-syahid Ibrahim Memali yang ditembak mati..


Semua ini mengaitkan dengan permasalahan penghakiman serta ijtihad seseorang hakim. Samada dia menjatuhkan hukuman berdasarkan keimanan dan ilmunya mahupun berdasarkan tuntutan hawa nafsunya.. Semalam alhamdulilah, aku dan sahabat sekuliah yang lain telah membuat praktikel di Peradilan Negeri Medan. Di sana aku mendapati berbagai kes yang melanda di dalam masyarakat Indonesia khususnya penduduk Medan.


Alhamdulilah, aku dapat mengikuti 2 kes secara live secara automatik ia dapat menambah pengalaman aku.. Setelah selesai mengikuti pratikel tersebut, kami diterangkan fungsi-fungsi seorang hakim, seorang peguam bela dan sebagainya. Apa yang bezanya di sini, Republik Indonesia menggunakan perundangan Kolonial Belanda antaranya ( Kitab Hukum Undang-Undang Perdata, Kitab Hukum Undang- Undang Pidana dan sebagainya), tidak seperti di Malaysia yang menggunakan Common Law yang dibuat oleh penjajah Inggeris..


Apa yang menariknya, kalau kita di Malaysia mempunyai Mahkamah Syariah, ia juga terdapat di Banda Acheh Darus Salam.. Di Acheh mereka menggunakan perundangan Islam kerna mendapat persetujuan dari Republik Indonesia, iaitu selagi mana mengikuti Perundangan al-Quran dan Hadis.. Apa yang aku dapati semalam, ciri-ciri seorang hakim itu perlu ;
  1. Mempunyai ilmu perundangan dan ilmu agama yang mantap.
  2. Mempunyai akhlaq yang tinggi.
  3. Mempunyai keimanan yang mantap agar tidak terjerumus ke dalam kancah korupsi serta keputusannya tidak boleh takut dengan mana-mana pihak.
Keadaan Peradilan Negeri Medan.

Penulis yang berangan konon jadi Hakim Ketua.

Akhirkalam, wassalam..
ibnumaulub
09.07pm
2-3-2009
Medan.

Renungan Sejenak 16 : Ambilah sejenak....


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails