Khamis, 2 April 2009

Coretan Yang berkelana 16 : Mahkamah ALLAH yang paling sempurna.

Ingatkah kita kisah baju besi Saidina Ali yang dicuri oleh seorang Yahudi, kisah Nabi Sulaiman menghakimi masalah perkelahian seorang petani dengan seorang pengembala kambing.. Kisah Nabi Yusuf merengkok dalam penjara dan sejarah Datuk Seri Anwar dihukum ke dalam penjara serta As-syahid Ibrahim Memali yang ditembak mati..


Semua ini mengaitkan dengan permasalahan penghakiman serta ijtihad seseorang hakim. Samada dia menjatuhkan hukuman berdasarkan keimanan dan ilmunya mahupun berdasarkan tuntutan hawa nafsunya.. Semalam alhamdulilah, aku dan sahabat sekuliah yang lain telah membuat praktikel di Peradilan Negeri Medan. Di sana aku mendapati berbagai kes yang melanda di dalam masyarakat Indonesia khususnya penduduk Medan.


Alhamdulilah, aku dapat mengikuti 2 kes secara live secara automatik ia dapat menambah pengalaman aku.. Setelah selesai mengikuti pratikel tersebut, kami diterangkan fungsi-fungsi seorang hakim, seorang peguam bela dan sebagainya. Apa yang bezanya di sini, Republik Indonesia menggunakan perundangan Kolonial Belanda antaranya ( Kitab Hukum Undang-Undang Perdata, Kitab Hukum Undang- Undang Pidana dan sebagainya), tidak seperti di Malaysia yang menggunakan Common Law yang dibuat oleh penjajah Inggeris..


Apa yang menariknya, kalau kita di Malaysia mempunyai Mahkamah Syariah, ia juga terdapat di Banda Acheh Darus Salam.. Di Acheh mereka menggunakan perundangan Islam kerna mendapat persetujuan dari Republik Indonesia, iaitu selagi mana mengikuti Perundangan al-Quran dan Hadis.. Apa yang aku dapati semalam, ciri-ciri seorang hakim itu perlu ;
  1. Mempunyai ilmu perundangan dan ilmu agama yang mantap.
  2. Mempunyai akhlaq yang tinggi.
  3. Mempunyai keimanan yang mantap agar tidak terjerumus ke dalam kancah korupsi serta keputusannya tidak boleh takut dengan mana-mana pihak.
Keadaan Peradilan Negeri Medan.

Penulis yang berangan konon jadi Hakim Ketua.

Akhirkalam, wassalam..
ibnumaulub
09.07pm
2-3-2009
Medan.

1 ulasan:

Ustaz Amin berkata...

teruskan menulis mengenai tempatan. syabas..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails