Sabtu, 4 April 2009

Renungan Sejenak 17 : ALLAH Mendidik Manusiawi Dengan Azan ...


Allah swt adalah al khaliq yang maha penyayang dan pengasih. Diciptanya manusia dengan secukup sempurna.Dibekalkan dengan didikan agar terarah kehidupan di dunia.Jika kita peka dan menghayati konsep ibadat kita dapati ibadat adalah satu tarbiyyah yang mencakupi keseluruhan tuntutan manusia.Sebelum itu mari kita lihat kepada azan iaitu syiar islam yang memberitahu masuknya waktu solat.Betapa kasihnya Allah pada kita.


Bermula segalanya dengan KEBESARAN Tuhan,
Disusuli pula dengan KEESAAN ALlah,
Dipasakkan dengan KENABIAN Rasulullah s.a.w,
Dikukuhkan dengan PENGABDIAN Manusiawi (Solah),
Matlamat manusiawi adalah KEJAYAAN Dunia & Akhirat (Falah)
Diakhiri riwayat manusiawi dgn KEBESARAN Tuhan,
Dikhatamkan jiwa mereka dgn penyaksian KEESAAN Tauhid.

1 ulasan:

Ustaz Amin berkata...

Teruskan menulis, kerja menaip quran tu tolong hantar kat email saya muhamadbinabdullah@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails