Rabu, 28 Ogos 2013

Lirik Puitis 34 : Tobat Maksiat.




Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

By : Wali Band


Isnin, 26 Ogos 2013

Coretan Yang Berkelana 181 : Tsunami di Kuala Muda, Kedah.



Pengembaraan di Kedah ku teruskan lagi. Kali ini aku berkesempatan melawati Kuala Muda Kedah. Sebelum itu untuk pengetahuan kalian, Kuala Muda ini ada dua. Kuala Muda Kedah dan Kuala Muda Penang yang memisahkan kedua tempat itu hanyalah sebatang sungai.


Di sana aku dibawa menaiki bot yang memisahkan antara Kedah dan Penang. Dikatakan sungai itu terlalu dalam. Dan menurut riwayat masyarakat setempat sewaktu berlakunya tsunami itu, sungai yang menjadi pemisah itu kering pada peringkat awal.


Sehinggalah datangnya ombak yang pertama yang naik ke darat dan menghancurkan rumah-rumah yang ada dipesisir pantai saat itu.


Seperkara lagi, jarak antara pantai dan rumah nelayan-nelayan itu kira-kira beberapa ratus meter. Semenjak dari tragedi tersebut, nelayan-nelayan telah membina rumah yang lebih jauh sedikit dari pantai. 


Tidak ketinggalan pihak kerajaan juga telah membuat tembok dari batu-batu dan pasir sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku tsunami  kali kedua.


Dikatakan masyarakat setempat, tempat pengumpulan bot dan sampan-sampan yang pecah yang dijadikan sebagai lambang tempat bersejarah sering mengalami kejadian misteri dan aneh. Antaranya penduduk kampung sering ternampak kelibat orang dan ada juga yang mengatakan rupa seperti pocong. Allahua'lam.


~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
9.32pm
26-8-2013
Shah Alam

Ahad, 25 Ogos 2013

Coretan Yang Berkelana 180 : Ziarah Ke Perkuburan Syuhada' Memali.



Alhamdulillah pada kesempatan awal Syawal yang lalu, kami pulang beraya di kampung isteri di Kulim, Kedah. Pada kali ini, percutian kami agak lama sedikit dari biasa kerana semenjak dari isteriku bersalin kami tidak pulang lagi kesana.

Beberapa hari ada disana, aku mengambil kesempatan untuk menziarahi tempat-tempat yang dikatakan bersejarah dan menarik. Antaranya sempat aku menziarahi pusara jenazah syuhada' Memali.

Sahabat lama Ustaz Asri sewaktu kuliah di Medan.

Sebenarnya perkampungan Memali dari Parit Panjang adalah agak jauh. Aku difahamkan jenazah-jenazah ini dikebumikan di sini atas arahan Sultan Kedah ketika itu.


Bagi yang minat membaca sejarah pasti akan tahu kisah atau Tragedi Memali ini. Antara mayyit yang dikebumikan di situ adalah al-Marhum Ustaz Ibrahim Libya.

Terjadinya pertempuran yang sampai menumpahkan darah orang kampung dan anggota polis dikatakan ada unsur-unsur politik. Tidak kurang ada yang mengatakan kerana ada gerakan komunis dikampung tersebut. Sejujurnya aku tidak mahu mengulas apa-apa. Aku lebih berlapang dada.


Kerana aku lebih suka meminjam kata-kata Ustaz Saifulislam " Jangan dicela sirah mereka yang telah mati kerana mereka telah bertemu dengan Allah ". ( Lebih kurang begitulah ).

Aku tidak mahu menuding jari pada sesiapa. Cuma pastikan tragedi begini tidak berlaku lagi. Amin. Saranan aku kalian boleh baca tragedi Memali ini di http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Memali_1985 dan ulasan dari seorang mantan polis Kamal Affendi Hashim di blognya  http://kamalfndhashim.blogspot.com/2010/04/memali.html ... 

Cuma apa yang aku ingin kongsikan sepanjang pemerhatian aku di sana, kubur-kubur mereka tidak ada kepok yakni batu simen disekeliling kubur. 

Mereka hanya meletakkan batu nisan untuk menjadi tanda, ini sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang melarang untuk membina bangunan di atas kubur. Kalau ada pun hanya batu bata merah yang disusun tanpa diikat dengan simpan.

Dan kalau kita perhatikan, di sana ada beberapa kubur yang diletakkan pagar hijau dan putih. Aku difahamkan kubur yang berpagar itu kebanyakkan milik tok-tok guru yang ada dipondok-pondok berdekatan. 

Antara tujuan mereka meletakkan pagar adalah untuk menghindari dari amalan pemujaan kubur keramat milik wali-wali Allah. Allahua'lam.

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
6.22pm
25-8-2013
Shah Alam

Jumaat, 16 Ogos 2013

Coretan Yang Berkelana 179 : Mohon Bantu Adik Adam...



Beberapa hari sebelum menjelang I'dilfitri aku sekeluarga direzekikan Allah untuk menziarahi seorang sahabat kepada isteriku sewaktu sekolah dulu. Kami difahamkan anak lelakinya Rafiq Adam menghidapi penyakit leukimia.

Adik Adam kini berusia 3 tahun. Yang dahulunya ceria, periang dan aktif kini menjadi lemah, pendiam dan mudah menangis. Ibu dan ayahnya menyedari sakit adik Adam setelah beberapa hari adik Adam demam tidak sembuh dan membawanya ke klinik dan terus ke hospital. Di hospitallah mereka baru mengetahui adik Adam sudah menghidapi penyakit leukimia.

Untuk pengetahuan kalian semua, ayah adik Adam bekerja di Johor Bharu. Kini adik Adam dan ibunya terpaksa menyewa di Subang Bestari dengan kadar sewa rumah sebanyak RM800 sebulan.

Pada asalnya ibu dan adik Adam tinggal di Kedah, keadaan memaksa mereka untuk menyewa di Subang Bestari kerana di Malaysia hospital yang hanya mempunyai pakar leukimia hanyalah di SDMC atau dulu dikenali sebagai Subang Jaya Medical Centre.

Kepada sahabat-sahabat sekalian bolehlah menghulurkan bantuan bagi membantu memulihkan keadaan adik Adam, semestinya kita semua tahu kos rawatan bagi penyakit leukimia adalah sangat tinggi lantaran hanya ayah Adam sahaja yang terpaksa bekerja seorang diri, dan ibunya terpaksa sepenuh masa merawat keadaan adik Adam. 

Kepada sahabat semua boleh menghulurkan bantuan di akaun ibunya dan rujuk FB Rafiq Adam Rohaizam :

Maybank
152108028949
Nor Hasyimah binti Ibrahim






~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.21pm
16-8-2013
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails