Khamis, 24 November 2011

Peringatan Bagi Orang Yang Lalai 4 : Pengharapan dari rahmat Allah.



Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a beliau berkata :

" Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda ; ' Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat, satu daripadanya Allah telah turunkan dan dibagi-bagikan kepada jin, manusia, binatang dan serangga. Dengan rahmatNya yang satu itu juga, para makhluq saling mencintai dan menyayangi, dan dengan rahmatNya yang satu itu juga haiwan liar mahu menyayangi anaknya. Adapun 99 rahmat lagi , Allah akan berikan kepada hamba pilihanNya nanti "..

Maksud rahmat?

~ rahmat @ rahmah bermakna kasih-sayang.

Allah s.w.t amat menyayangi kita. Telah dijelaskan dalam al-Quran al-A'raf : 56, " Sesunguhnya rahmat (kasih sayang) Allah sangat dekat bagi orang yang berlaku baik.

Rahmat Allah meliputi segenap pelusuk dalam kehidupan manusia. Bisa kita fahami pada sudut :

1. Rahmat  Allah memberi rezeki
2. Rahmat Allah memberi sakit
3. Rahmat Allah memberi kesempatan hidup
4. Rahmat Allah memberi ilmu

Dan banyak lagi yang tidak bisa kita rungkaikan satu persatu. Ketahuilah setiap yang ditentukan Allah ada rahmat (kasih sayangNya) kepada kita. Cuma akal kita tidak bisa memikir setiap hikmah yang berlaku.

Apa-apa pun, rahmat Allah yang paling besar adalah memberikan kesempatan hidup untuk kita. Kerna Allah tahu yang kita ini terlalu banyak dosa dan diberi ruang untuk bertaubat. Allahu'lam..

Rabu, 23 November 2011

Pautan Semasa 50 : Peminta sedekah dilampu isyarat...!








Gambar di atas ku rakamkan pagi tadi sekitar 9.30am di jambatan Batu 3 menuju ke Tol Batu 3. Pak cik tua ini sudah acap kali ku lihat setiap pagi dan kadang-kala waktu petang.

Kedapatan seorang lagi pemuda india yang memakai kopiah dan seorang wanita india separa usia memegang anak kecil turut meminta sedekah. 

Aku harapkan "pihak berkuasa" boleh mengambil tindakan atas kejadian yang berlaku ini. Acara meminta sedekah ini meraih simpati pemandu kereta dan boleh merbahayakan lalu lintas. Apa yang paling aku khuatiri, takut-takut mereka ini adalah sindiket peminta sedekah. Allahua'lam..

Selasa, 22 November 2011

Coretan Yang Berkelana 122 : Alhamdulillah, walimahku...


Sejak akhir-akhir ini aku sedikit sibuk, ini berikutan agenda yang begitu besar dan ia sebuah sejarah mengubah kehidupan aku. Jadi tak dapat sangatlah aku nak update entri-entri yang terbaru. 

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada yang kalian yang sudi menjenguk ke blog ku ini yang tidak seberapa.

Di sini aku tampalkan beberapa gambar sempena majlis walimahku. Terima kasih kepada famili aku, Ibunda, Ayahanda, Ajat, Ameer dan adek. 

Serta sahabat-sahabat seperjuangan @ adik-beradikku di dalam gerakan usroh kita iaitu Zaki, Afham, Azim dan isteri, Amir, Nik, Pullah, Fizan, Ayol, Nazri dan semua sekali..

Tidak lupa juga kepada semua anak-anak muridku yang telah menyumbangkan hadiah serta sumbangan yang tidak terkira.

Terima kasih yang terlalu besar kepada sahabatku Hilmi @ Mok dan ayahandanya sekeluarga yang telah menyediakan beberapa perkakas rumah untuk aku dan isteri.


Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada isteriku yang tercinta Farah, terima kasih kerana hadir dalam hidupku ini. Insyallah akan ku hargai kurniaan Tuhan kepadaku. 

Akan ku jaga amanah yang telah dititipkan oleh Sang Pencipta kepadaku ini.. Insyallah... Amin..








~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
11.50pm
22-11-2011
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails