Sabtu, 28 Februari 2009

Betul Juga 10 : Eh, Rasullah tak ajar pon..

Assalamualaikum. Baru-baru ni seorang sahabatku telah meminta untuk aku mengupas sedikit permasalahan yang berkaitan dengan SALAFI & WAHABI. Jadi aku akan cuba membantu beliau dengan ilmu aku yang sedikit ni...

Salaf beerti (orang-orang yang terdahulu) berdasarkan kamus -Lisan al-arab,ibn Manzhur-. Apabila menyebut tentang salaf, maka kita akan tertanya-tanya siapakah dia golongan salaf itu? Imam Ibrahim al- Banjuri mendefinisikan ;"al-Salaf ialah orang-orang yang terdahulu, yang diketuai oleh Rasullah s.a.w, para sahabat, tabi'e, tabi'e tabi'en, khususnya para imam yang empat ( Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'e).

Khalaf beerti (orang- orang yang terkemudian) berdasarkan kamus -Lisan al-arab,ibn Manzhur dan lihat juga kamus al-Marbawi. Pendapat yang kukuh mengatakan aliran khalaf ini wujud selepas 500 tahun hijrah.

Wahabi..??? Pada asalnya wahabi ini adalah sebuah GERAKAN bukan mazhab, iaitu yang dipelopori oleh Muhammad bin Abd Wahab. Pada asalnya gerakan ini bertujuan untuk membuang segala khurafat dan amalan syirik serta amalan bidaah di Mekah.

Bezanya wahabi dan salafi ini adalah dari segi menjatuh hukum sesuatu perkara. Para imam salaf tidak mudah untuk menjatuhkan sesuatu amalan umat Islam itu bidaah, akan tetapi para pengikut wahabi YANG SEKARANG INI banyak memeningkan masyarakat umat Islam. Antara contohnya, larangan membaca qunut, larangan ziarah qubur, larangan membaca tahli dan talkin.. Mereka ini terlalu EKSTRIM... Tidak semualah begitu, akan tetapi segelintirnya..

Untuk perbahasan lebih lanjut. bolehlah lihat blog:

  1. http://mukhlis101.multiply.com/
  2. http://al-ghari.blogspot.com/
  3. http://bahrusshofa.blogspot.com/
Ok, tu saje yg dapat aku sampaikan... Kita jumpa lagi dalam coretan berkelana..
Wassalam.....

Khamis, 26 Februari 2009

Betul Juga 9 : Budak Syariah vs Quranisme

Assalamualaikum, erm malam tadi aku pi la lepak dengan member lama.. Bukan ape, hari ahad nie aku akan pulang ke Medan untuk meneruskan perjuangan aku yang belum selesai. Diharap kalian doakan lah aku supaya berjaya dunia & akhirat. Amin..

Maka meriahlah malam tadi sambil minum di restoran mamak, kami berbual-bual dari cerita cinta (ala biaselahkan budak bujang), terus ke masalah ummat berkaitan dengan gejala sosial budak-budak sekarang sampai ke cerita politik Malaysia hatta sehingga ke topik bab-bab agama.. Begitulah keadaan aku dan member-member bila dah jumpa, sampai waktu berlalu berjam-jam pon tak sedar...

Bila masuk je bab agama, member aku startlah bertanya pelbagai masalah dan ingin mengetahui hukum dan jawapannya.. Setakat ini dalam hidup aku, setiap kali aku diaju permasalahan aku akan cuba membantu mereka, akan tetapi jika aku TAK TAHU, maka secara jujur aku akan berkata "AKU TAK TAHU". Tapi tidaklah aku meninggalkan begitu saja, aku akan bertanya kepada mereka yang lebih arif untuk mengetahui jawapanya dan kemudian aku akan memberitahu jawapannya kepada sahabatku tadi...

Sedang rancak berborak, tiba-tiba sahabatku bertanya "wei macam mana nak jawab hah, kalau ada orang tanya, tinggalkan puasa dengan sengaja tak berdosakan? pastu orang yang tanya tu dia pakai dalil Quran & dalam Quran tak cakap pun dosa"..

Kemudian aku bertanya kepada member aku tadi, " habis tu, kau cakap tak dalam hadis ada sebut pasal dosa". "Aku dah cakap dah kat dia, tapi dia kata mane yang lebih kuat Quran ke hadis?" jawab member aku. "Lah kalau macam tu, dia tu anti hadis lah",balas aku. Member aku menyambung," aku dah cakap yang dia tu anti hadis, tapi dia cakap dia beriman dengan hadis akan tetapi dia lebih mengikut sumber yang terkuat iaitu al-Quran".

Maka aku pun cakaplah kat member aku, "senang macam ni lah, kau cakap kat dia kalau abang ikut sumber yang paling kuat (iaitu al-Quran) tanpa mengambil hadis sebagai sandaran dan tafsiran bagi al-Quran, 'cuba cari dalam Quran macam mana nak kapankan orang mati??'....
Sahabat aku pun tenang dengan mendengar jawaban itu.

Jadi kita sebagai insan yang muslim, mukmin dan insyALLAH akan cuba menjadi seorang yang muhsi, maka setiap amalan dalam kehidupan kita haruslah berdasarkan ;

  1. al-Quran
  2. al-Sunnah / al- Hadis
  3. Ijma' ulama'
  4. Qias
Sekian sahaja coretan yang berkelana setakat ni.
Ok, wassalam..

Selasa, 17 Februari 2009

Renungan Sejenak 13 : Hudud... Undang-undang paling rasional...

Assalamualaikum... Kali ini, aku akan menceritakan lebih lanjut berkaitan dengan hukum hudud.. Ini kerna kita selaku seorang muslim harus tahu selok belok apa yang dikatakan hukum hudud itu.. Jangan nanti orang non muslim tanya, kita menjawab "entah la, yang aku tahu hukum hudud tu potong tangan je.."

Yang pertamanya, perlu kita ketahui bahwa maksud hudud itu berasal dari kalimah "had", yang di dalam bahasa arab membawa erti "sempadan".. ini berdasarkan ayat2 al-Quran.. Untuk lebih lanjut boleh kalian buka kamus dewan ke, kamus marbawi atau pun kamus2 arab ok...

Hudud adalah sebuah aturan yang diturunkan oleh ALLAH kepada manusia melalui Rasullah seperti yang tercatat oleh al-Quran & hadis.. Hudud adalah sebuah aturan yang tidak boleh ditokok tambah mahupun dikurangi.. Apabila kita menyebut tentang hudud, apa yang kita perlu tahu bahwa hudud ada 9 perkara, iaitu :

  1. Murtad (keluar dari agama Islam)
  2. Zina
  3. Qazaf (tuduhan zina)
  4. Mencuri
  5. Rompakkan
  6. Pemberontakan
  7. Minum minuman yang memabukkan
  8. Liwat
  9. Hubungan sex dengan haiwan
Jadi apa yang dapat disimpulkan, apabila kita menyebut tentang hudud secara langsung akan mengingatkan kita kepada 9 perkara di atas.

Murtad.
Hukuman dipancung sampai mati bagi mereka yang keluar dari agama Islam. Secara pandangan mata kasar mungkin zalim, akan tetapi cuba kita teliti dengan lebih halus lagi, bahwa seseorang itu dibenarkan berfikir dan bertanya tentang Tuhannya selama dia belum masuk Islam. dan seharusnya dia benar2 yakin bahwa tidak ada agama yang benar selain Islam. Ini kerna, apabila seseorang itu telah masuk Islam dia akan terbela seluruh hidupnya hatta hartanya dan sebagainya. Dan seseorang yang murtad itu tidak akan dipancung terus, akan tetapi diberi nasihat dan bertanya mengapa mahu meninggalkan Islam. Allahua'lam.

Zina.
Hukuman zina terbahagi kepada 2 :
1. Yang belum bernikah, disebat 100 kali DIKHALAYAK RAMAI, dan rotannya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Cara merotan pesalah itu dibahagian belakang dan ketika MENGHAYUN TIDAK BOLEH NAMPAK KETIAK.

2. Yang sudah bernikah, harus ditanam separuh badannya DIKHALAYAK RAMAI dan direjam dengan BATU YANG TIDAK TERLALU KECIL dan TIDAK TERLALU BESAR, sehingga pesalah itu mati.

Tujuan dirotan dan direjam dikhalayak ramai adalah untuk memberi pengajaran kepada muslim lain supaya jangan buat. Mengikut sejarah zaman nabi, hukuman rotan dan rejam ini hanya berlaku 2 atau 3 kali sahaja. Ini pun KERANA PENGAKUAN PESALAH itu. Kalau kita mahu mengikut teori, yakni bukti untuk mengatakan seseorang itu berzina adalah dengan melihat kepala zakar itu tenggelam dalam faraj wanita dengan disaksikan oleh 4 orang saksi. Apakah mungkin kita dapat melaksanakan teori tersebut. Sebab itu, pesalah dizaman Nabi mengaku dengan jujur berdasarkan iman yang tersemat di dalam hati mereka.

Qazaf (Tuduhan Zina).
Seseorang yang menuduh orang lain berzina mahupun berliwat harus membawa 4 orang saksi yang menyaksikan perbuatan tersebut. Jika si penuduh tidak dapat membawa saksi, maka dia akan dikena sebatan sebanyak 80 kali kerana menjatuhkan maruah seorang muslim.

Mencuri.
Kalau seseorang itu mencuri, akan dikenakan tindakan atau hukuman iaitu dipotong pergelangan tangan kanan sahaja, kalau mencuri lagi dipotong pergelangan kaki kiri dan seterusnya. Seseorang itu akan dijatuhkan hukuman jika benar-benar mencuri dengan sengaja dan tidak akan dipotong tangannya jika tuan empunya barang yang dicuri itu memaafkan kesalahannya.

Jadi aku rasa setakat ini sahaja kot yang dapat aku terangkan, ini disebabkan aku merasakan hanya masalah-masalah ini yang hanya berputar disekeliling masyarakat kita. Kalau kalian nak maklumat lebih lanjut bolehlah membaca buku-buku berkaitan dengan hukum hudud. Akhirkalam, maafkan aku seandainya maklumat di atas terdapat kesilapan dan kalau boleh tegurlah aku ek.. Ok, jumpa lagi dalam coretan yang berkelana.
Wassalam.

Jumaat, 13 Februari 2009

Coretan Yang Berkelana 7 : Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Assalamualaikum, apa khabar sidang pembaca sekalian.. Baru2 ni, masa cuti Thaipusam tu la kan, pagi tu aku pi teman member daftar kolej untuk menduduki exam final.. Ala kat Darul Quran je, Kuala Kubu Bahru... Sampai je di sana, selepas member aku pi daftar aku terus bawa mereka pi sarapan pagi dekat area situ jugak la...

Sampai di suatu warung tu, member aku tu pun order la makanan.. kemudian sampai dia terus makan... Yang aku bengangnye, aku pun order gak sama dengan dia tapi dari mula member aku makan sampai habis makan, aku punya makanan tak sampai2... Aku pun ade rase jugak la sedikit begang... Dalam hati kecil aku berkata, "patut la melayu susah nak maju".. Ini adalah kenyataan.. kerana peniaga melayu kurang mengutamakan pelanggan, dan jarang menggunakan "customer is always right".. Amacam betul tak.... Tapi taklah semua peniaga melayu, adalah sikit2 yang camtu...

Sedang member aku makan dan berborak, yang sorang ni saja lah bercakap dalam loghat Kedah.. Yang member aku pulak boleh tegur dia dan berkata, "wei, sini bukan utara kalau nak cakap pon gunalah loghat Perak.." Tetiba je tak pasal2, ada lah sorang brother nie tegur kite orang, dia dengan slumber je cakap kamu kalau orang KL cakap la KL, tak yah sibuk2 nak cakap bahasa negeri orang.. Tengok macam aku ni, aku pi mana pon cakap cara aku, biala dorang tak paham pon... Lagi satu, cuba tengok orang Kelantan, depa pi mana pon cakap Kelantan.." ujar brother tadi tu...

Aku hanye diam saja... Tapi dalam hati aku, ade jugak kebenaran yang dicakap oleh brother tu tadi.. Tiba-tiba aku terpikir jugak, kalau kita asyik dengan negeri dan budaya kita, apakah nilaian perumpamaan "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak".. erm................

Jadi kalian, boleh la pikir sendiri ek...
ok, jumpa lagi dalam coretan yang berkelana... Wassalam... ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails