Ahad, 29 Ogos 2010

Renungan Sejenak 34 : Perbahasan Lailatul Qadr.



Dalam surah ini perkataan Lailatul Qadr telah diulangi sebanyak 3 kali. Jumlah huruf dalam perkataan ialah sebanyak 9 huruf. Kalau kita darabkan jumlah huruf (9) dengan kekerapannya (3) bersamaan dengan 27. ( 9 X 3 = 27 ).

Perkataan "Hiya" adalah gantinama yang bermaksud Dia. Di sini merujuk kepada Lailatul Qadr. Ajaibnya perkataan "Hiya" dalam surah ini berada dalam kedudukan ke 27 iaitu sama dengan jumlah perkataan "Lailatul Qadr" didarabkan dengan kekerapannya seperti yang diterangkan di atas.

Di samping itu, apabila kita melihat kepada perkataan yang diulang sebanyak 3 kali dalam surah ini terletak dalam kedudukan ke 5, 10 dan 12. Ajaibnya bila campur ketiga-tiganya ( 5+10+12 ) juga bersamaan dengan 27.

Kesimpulannya, dengan 3 keadaan yang menunjukkan angka 27 dalam surah al-Qadr ini, menyebabkan ramai orang berkeyakinan bahawa Lailatul Qadr akan terjadi pada malam ke 27.

Dalam surah ini juga terdapat perkataan yang bermaksud bulan. Jumlah semua perkataan dalam surah ini dalam 30. Ini menyamai jumlah hari dalam sebulan iaitu 30 hari.

Sumber : http://tayibah.com/eIslam/alQadr.htm 

Isnin, 23 Ogos 2010

Coretan Yang Berkelana 82 : Kisah 5 pondan, seorang pak cik buta dan melayu yang ingin tahu.


Pada hari Sabtu yang lalu, seorang temanku meminta aku menemaninya untuk mencari sedikit barang peribadinya. Maka sudah menjadi sifat fitrah ku sejak azali, aku senang dan mudah untuk menolong orang dan lebih berasa tenang jika dapat membantu orang yang inginkan bantuan dari kita.

Nak dijadikan cerita, kami berjalan dari lepas zohor sampai ke waktu menjelang asar. Kira-kira jam hampir ke jam 5 aku dan sahabatku mula mencari masjid untuk menunaikan solat asar dan merancang untuk pulang berbuka dirumah. 

Setelah selesai solat, aku menunggu diluar kerana sahabatku belum lagi selesai solat. Sambil menunggu dia kira-kira 15 minit ditangga masjid. Aku beroleh 3 cerita yang bisa aku bawa pulang dan boleh dijadikan sebagai pengalaman dalam hidup.

Sedang aku menunggu sahabatku itu tadi, tiba-tiba datang 5 orang lelaki yang hensem secantik ciptaan Allah dan putih kulitnya tetapi.... Ya Allah pondan dalam keadaan berpakaian lelaki. 

Kemudian, seorang sahabatnya pergi ke dalam masjid menunaikan solat, dan yang 4 lagi hanya berborak ditangga tanpa merasakan perasaan bersalah. Dalam benakku berkata, Ya Allah dia orang ni dah la hensem, kalau la taat beribadat lagi beriman, mesti menjadi kegilaan wanita.

Kemudian sedang aku memerhatikan 4 orang pondang itu, tiba-tiba seorang pak cik buta sedang mahu menuruni tangga masjid, aku memerhatikan tiada seorang pun yang mahu membantu pak cik buta itu. 

Aku berasa bersalah dan dengan segera aku membantu pak cik buta itu. Argh.. Lega rasanya. Benarlah kata orang, hati akan menjadi lapang jika membantu orang.

Selesai aku membantu pak cik tersebut, tiba-tiba aku mendapati selang 6 kaki dari depan pintu masjid dikerumuni orang ramai. Pada mulanya, aku tidak mengendahkannya. Tetapi lama-kelamaan aku makin menjadi penasaran (perasaan ingin tahu). 

Aku pun menghampiri ke tempat orang ramai tersebut, aku mendapati ada seorang mak cik terjatuh maka ramai yang datang menengok dari membantu. Aku hanya tersenyum seorang diri. Dalam benakku berkata, " kuat betul perasaan ingin tahu itu dalam perangai orang melayu". Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.08am
23-08-2010
Shah Alam

Khamis, 19 Ogos 2010

Produk Muslim 1 : Inginkan daging ayam tanpa ragu-ragu dan syubhah.


Hadis Nabi mafhumnya, " Halal itu jelas, dan haram itu jelas, dan barang yang diantara keduanya itu terdapat syubhah, dan barang siapa yang berada dalam keadaan syubhah maka dalam keadaan haram". ( hadis sohih)

Seseorang muslim itu dituntut untuk mencari makanan yang halal lagi suci. Dewasa ini terdapat banyak kemusykilan dalam penternakan ayam sehingga kepada cara penyembelihannya. Lebih menyedihkan, jika tukang penyembelih itu tadi bukan dari golongan muslim maka ayam yang dimakan itu lebih mudah untuk disebut daging yang haram.

 

Pihak kami ada menyediakan ayam kampung serta ayam daging ia turut disembelih orang orang muslim dan melalui proses pembersihan yang diyakini pembersihannya. Peluang ini lebih terbuka kepada empunya kedai makan dan tidak terkecuali bagi mereka yang ingin dihantar kerumah (dengan syarat kuantiti ayam 5 ekor ke atas & khusus kawasan Subang Jaya dan Shah Alam).

Jika anda berminat, sila hubungi : Am 0136364639

Jom Baca Hadis 24 : Hadis berkaitan Puasa.

Hadis riwayat Anas ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. bersabda: Makan sahurlah kalian, karena pada makan sahur itu terdapat keberkahan. (Shahih Muslim No.1835)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu. (Shahih Muslim No.1793)

Hadis riwayat Umar bin Abu Salamah ra.:
Bahwa ia bertanya kepada Rasulullah saw.: Bolehkah orang yang sedang berpuasa itu berciuman (dengan istrinya)? Rasulullah saw. menjawab: Tanyakan saja kepada Ummu Salamah. Kemudian ia (Ummu Salamah) memberitahukan kepadanya bahwa Rasulullah saw. melakukannya. Umar bin Abu Salamah lalu berkata: Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah mengampuni dosa baginda yang lalu dan yang akan datang? Rasulullah saw. bersabda padanya: Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takwa kepada Allah dari kalian. (Shahih Muslim No.1863)

Hadis riwayat Aisyah ra. dan Ummu Salamah ra. berkata: 
Rasulullah saw. pernah bangun pagi hari dalam keadaan junub bukan karena mimpi kemudian beliau terus berpuasa. (Shahih Muslim No.1864)

Pecah Perut 9 : Gambar kelas masa akan datang.



Biasalah tiap-tiap tahun sekolah akan ambil gambar kelas. Oleh kerana gambar sekarang ni dah bersaiz 4R harga dah mahal sikit , RM10 sekeping. Jadi murid-murid darjah 6 Bunga Raya di sebuah sekolah dimanantah sgt berkira nak beli gambar kelas tersebut.RM10 boleh buat topup 2-3 minggu tu .
Lagi pun diaorang tunggu seseorang yang akan upload gambar kelas diaorang ke Facebook baru masing-masing nak save. Biasalah skrg ni zaman digital, gambar-gambar bersaiz besar ni pun tak muat nak masuk dalam album.


Kecewa sebab tak dapat komisyen dari menjual gambar kelas tu, Cikgu Radin memujuk anak muridnya membeli gambar kelas tersebut: 
Cikgu Radin : Kamu semua tak faham lagi kegunaan gambar kelas ni pada masa sekarang tapi gambar ni amat bermakna dan menjadi kenangan manis di masa hadapan bila kamu dah bekerja.

Sorang pun takde yang menyahut, lalu Cikgu Radin sambung lagi..
Cuba kamu bayangkan 10 tahun dari sekarang semasa kamu tgk gambar ni dan berkata: ni Siti dah jadi Doktor, ni Sumardy dah jadi engineer , ni Faris dah jadi artis…
Tiba-tiba Ajoi menyampuk dari belakang…..”Ni Cikgu Radin, dah meninggal…”
Dan apa lagi, Ajoi pun didenda lari mengundur keliling padang sebanyak lapan round…
p/s : Terkenang zaman sekolah dulu... Kawan-kawan ramai dah kawen... ;-)

Rabu, 18 Ogos 2010

Coretan Yang Berkelana 81 : Bahana fitnah.



Siang berjuang mencari rezki dan malam berjuang mencari lailatul qadr. Mungkin itu adalah rutin jadual seorang yang bernama mukmin sejati. Seperti yang diuntaikan menurut bidalan arab, " Dunia umpama penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir". 

Bertitik-tolak dari kemunculan Ramadan yang baru tiba ini, ia seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Dan ia boleh juga dijadikan sebagai sebuah landasan untuk meletakkan tapak istiqomah dalam beramal. Bayangkan, kalau hari yang biasa begitu sukar untuk kita bangun pagi lebih-lebih lagi untuk bertahajud.

Sama juga witir selepas tarawih. Kadang-kala kalau hari yang biasa selepas Isyak itu adalah cukup sukar untuk kita melakukan witir walaupun dengan hanya 1 rakaat. Nah, jadikanlah Ramadan kali ini sebagai sebuah landasan untuk meniti tangga-tangga ke syurga. 

Tapi dalam kita meniti arus Ramadan yang sedang dilimpahi dengan keberkatan dari Allah, pada minggu lepas kira-kira lagi 20 minit sedang waktu hampir buka, tiba-tiba aku menerima sebuah sms. 

Sms itu datangnya dari salah seorang anak muridku yang menceritakan tentang keadaan keluarganya sedang goyah dan hampir ke lembah penceraian kerana bahana dari sebuah fitnah.

Beliau meminta aku berdoa akan kedudukan rumah tangganya itu. Kemudian besok harinya pada waktu yang sama seperti semalam aku menerima sms dari "dia" lagi. Cuma kali ini sms nya berbunyi begini, 

" Salam ustaz dgn berat hati akak perlu berundur dr kelas, tanpa izin hubby akak tak blh nak teruskan, doakan yang terbaik untuk akak dan famili, sedih sgt sbb hajat hati nak jd pandai dan faham al-Quran tak kesampaian. T.kasih byk2 diatas tnjuk ajar ustaz, maaf kalau akak ada salah dan silap ;-( 

Aku terkesima pabila membaca sms itu, apa yang terfikir dibenakku apa yang hanyalah hasil dari sebuah fitnah yang menyebabkan pembelajaraan ilmu agama seseorang itu terhenti. Mungkin kita tidak menyalahkan sebelah pihak sahaja. 

Mungkin kedua-dua pihak ada silap dan kurangnya. Cuma, aku mendoakan semoga akak itu dan suaminya dilimpahi rahmat Allah, dan apa yang berlaku semuanya itu ada hikmah disebaliknya. Allahualam.

"para pencari Tuhan"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.07pm
18-8-2010
Shah Alam

Jumaat, 13 Ogos 2010

Coretan Yang Berkelana 80 : Ramadhan menjelma kembali.


Alhamdulillah, semuga kita diberi kekuatan dan dilimpahi dengan rahmat Allah bagi melaksanakan syariat Islam yang ketiga ini. Insyallah, jika dikurniakan umur yang panjang maka dapatlah kita berpuasa selama sebulan. Jika umur tidak panjang, maka berpuasalah kita selama-lamanya.

Mungkin penafsiran yang lebih tepat boleh dikatakan ibadah puasa ini terbahagi kepada 2:

1. Puasa zahir : Puasa zahir ialah menahan lapar dan dahaga serta mendatangkan kebaikan kepada kesihatan kita khususnya bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

2. Puasa batin : Puasa batin ialah menahan diri dari melakukan maksiat yang melibatkan 7 anggota yang zahir dan lebih-lebih lagi penyakit hati (riak, sumaah, takbur dan sebagainya). Puasa batin mengajar untuk menjaga mata dari melihat yang bukan-bukan, menjauhi dari bergosip, menyemai sikap penyabar dan sebagainya.

Di kesempatan bulan puasa ini, bisa juga kita semaikan perasaan cintakan al-Quran. Mulakanlan dengan suatu tapak untuk membaca al-Quran dan menyintai al-Quran. Pembacaan yang sedikit tetapi berterusan itu lebih disukai oleh Rasullah dari pembacaan al-Quran yang tergesa-gesa dan nak cepat khatam kemudian terhenti sampai Ramadan sahaja.

Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan sebuah ladang untuk menyemai benih-benih istana disyurga kelak. Cari keampunan disisi Allah sempena bulan Ramadan ini. Belajar sesali perbuatan yang telah lalu, agar kita tidak kecundang untuk mengulanginya lagi. Allahua'alam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.14am
13-8-2010
Shah Alam

Rabu, 4 Ogos 2010

Jom Baca Hadis 23 : Ciri - ciri munafiq.


Daripada Abdullah bin Amr bin al-A's r.a, sesungguhnya Rasullah s.a.w bersabda :

" Empat perkara yang jika ada pada seseorang maka dia adalah seorang munafi tulen. Dan seseorang yang bersifat dengan salah satu daripada sifat-sifat itu, maka sebenarnya terdapat padanya sifat munafiq sehinggalah dia meninggalkannya. Iaitu bila diberi amanah dia khianat dan bila bercakap dia berbohong dan bila berjanji dia mungkir dan bila bertengkar dia melampau ".

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Isnin, 2 Ogos 2010

Coretan Yang Berkelana 79 : Berdakwah bukan hanya dengan berceramah.


Pada minggu lepas 29-7-2010 aku dan ahli usroh yang mengadakan sebuah program perlawanan futsal di seksyen 15 Shah Alam. Perlawanan tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturhim bagi sesama ahli dan untuk mengajak lebih ramai lagi ahli dan memperkenalkan kepada yang lain tentang perjalanan usroh kami.

Alhamdulillah, perlawanan ini dibiaya penuh oleh dana dari team usroh kami dan siap belanja makan lagi. Perlawanan berjalan dengan jayanya dan lebih membanggakan lagi, seluruh pemain mengenakan pakaian yang menurut etika pemakaian Islam. Ini berikutan pada sejak mula lagi, kami sudah mengariskan etika pemakaian. 

Walaupun kelihatan pemain sudah banyak yang pancit, lebih-lebih lagi aku itu menjadikan keadaan bertambah meriah dan kami mula menyedari bahawa umur sudah makin meningkat dan ini mengingatkan kami bahawa riadah itu penting dan ia dituntut dalam Islam. Seperti hadis dari Rasullah s.a.w " Mukmin yang kuat itu lebih dikasih Allah dari mukmin yang lemah".








"mukmin yang kuat itu lebih dicintai Allah"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.48pm
2-8-2010
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails