Selasa, 28 Jun 2011

Pautan Semasa 45 : Salam Israk wal Mi'raj.


Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam

Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah keMadinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailidmeninggal dunia. 

Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis

Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina

Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allahdi Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . 

Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunyaHalimatun Saadiah. Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagiNabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. 

Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.



Isnin, 27 Jun 2011

Bedah Filem 2 : Karak...


Cerita Karak arahan Yusry KRU boleh dikategorikan 4 bintang jika cerita itu diklafikasikan cerita "keagamaan". Malangnya berdasarkan tajuk "Karak" ini telah membuatkan cerita ini kurang ditonton orang.

Ini kerana plot permulaan cerita yang bermula dengan lebuhraya Karak itu, hanya sebagai pembukaan dan lagenda hantu volkswagen kuning itu tidak diuraikan dalam cerita Karak ini. Maka penonton tertanya-tanya apakah yang sebenarnya hendak disampaikan dalam cerita ini.

Berdasarkan pemahaman aku, di dalam cerita ini mengisahkan sebuah remaja perempuan yang sudah jauh meninggalkan kehidupan ugamanya, yang dari dahulu terkenal sebagai seorang qariah yang handal membaca al-Quran.

Apa yang boleh dijadikan pengajaran, kehidupan disekeliling kita melahirkan siapa kita pada masa akan datang. Di antara dialog yang acap kali digunakan dalam filem tersebut " mereka semua sudah sesat ".

Dan dialog yang paling aku sukai " jangan dihafal sahaja ayat Kursi itu, pahamkan dan yakini maknanya ". Sebab itulah aku gemari cerita ini pada sudut keagamaan. 

Ini jelas menunjukkan kepada kita kelebihan hidup berpandukan syariat Islam, memahami isi kandung al-Quran. Agar hidup tidak tersasar jauh dari garis panduan yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta. Allahual'lam..

aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.10am
27-6-2011
Shah Alam

p/s : Sorry na Yusry, ni hanya pendapat aku sahaja, sejujurnya aku takde ilmu mengarah dan menerbit filem. Apa-apa pun tahniah, anda mampu menerbitkan filem yang berunsur keagamaan.. ;-))

Ahad, 26 Jun 2011

Coretan Yang Berkelana 113 : Tiada penghormatan buatmu....!

Sebagai seorang insan yang dilahirkan lemah, kita diutuskan dengan beberapa sifat antaranya : marah, sedih, riang, kecewa, baran dan sebagainya. Dan lebih banyak lagi sifat yang terlalu banyak untuk disebutkan satu-persatu.

Sudah menjadi sejak azali lagi, jiwa manusia itu paling pantang dengan "kutukan belakang" @ mengumpat. Seiring dengan turun Nabi Muhammad membawa syariat yang terselit salah  satunya larangan mengumpat. Kerana perbuatan mengumpat ini merupakan suatu yang paling keji sehingga disebut dalam al-Quran si pengumpat akan memakan daging saudara sendiri.

Apa yang paling menyedihkan, sebagai jiwa manusia yang lemah ini, kalau kita mendengar orang mengumpat dan mengkeji dibelakang kita, walau sebesar mana pangkat si pengumpat itu, selabuh mana jubahnya, sebesar mana serban dikepalanya, semewah mana keretanya, semahal mana banglonya, mangsa yang diumpat akan merasa benci yang amat sangat.

Walaupun kita sering mendengar pernah orang berkata, " alah, dia tu kat mulut jer, hati dia baik, ". Macam-mana mahu kita kata hatinya baik, jika luaran (mulutnya) sudah mengambarkan dalamnya. 

Mahukah kita membeli sebuah kereta BMW 7S, yang diluarnya sport-rim bengkong, pintu kemek, side mirror pecah, tinted calar, tapi si penjual kereta berkata kepada kita, " alah bang, luar je nampak buruk gila, tapi enjin tip-top bang"..

Nah pikirkanlah tentang gambaran luaran dan dalaman. Benarlah sabda junjungan kita yang tercinta, " tidak akan dikasihi (dihormati), bagi sesiapa yang tidak mengasihi (menghormati)" -al-hadis-..

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.06am
29-6-2011
Shah Alam

Isnin, 20 Jun 2011

Jom Baca Hadis 34 : Larangan Menyembunyikan Ilmu...


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Selasa, 14 Jun 2011

Coretan Yang Berkelana 112 : Salam Takziah Kak Hani...

Jam 3.26am pagi tadi, mataku sudah hampir terlelap. Tiba-tiba terdengar sms masuk. Lalu aku membuka sms dan mendapati msg tersebut dari kakak saudaraku Kak Hani.

" Alfatihah untuk allahyarham ayahanda tercinta, haji jamaluddin ahmad yang kembali ke rahmatullah malam tadi. Jenazah akan disemadikan pd jam 10 pagi ini (14.6.2011) di kg raja musa, kuala selangor. Al fatihah. 

Aku terus menelefon Pak Cik Atan dan yang lain-lain lagi untuk menyampaikan khabar dukacita tersebut. Buat kak Hani, salam takziah ku ucapkan. Dan buat ayahandanya Haji Jamaluddin ku doakan agar rohnya dalam ketenangan menuju Sang Pencipta. Al-fatihah.. 


aL-Fatihah buat Haji Jamaluddin....

aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
8.11pm
14-6-2011
Shah Alam

Rabu, 8 Jun 2011

Mistik Melayu 1 : Khufarat Si Puyu..


Mungkin ada sesetengah dari kita yang pabila pulang ke kampung akan melihat di rumah-rumah kampung kebiasaanya ada memelihara ikan puyu dalam balang kecil walaupun seekor sahaja.

Pernah aku bertanya pada seorang mak cik, kenapa dia memelihara ikan puyu tersebut. Ini kerana aku perasaan ingin tahu terlalu kuat, kerna aku sering melihat dikampung-kampung berlaku keadaan sedemikian.

Mak cik itu menjawab, " Nak elak kena pukau,". Lalu aku, bertanya semula, " Macam mana boleh elak pukau pulak ? ".

Dia menjawab, " Ilmu pukau ini akan memukau orang yang ada di dalam rumah itu jika semuanya telah tidur, dan jika kedapatan ada yang tidak tidur walaupun seekor ikan puyu, maka pukau tersebut tidak menjadi ".

Dia menambah lagi, ikan puyu merupakan ikan yang tidak pernah berkedip mata apatah lagi tidur ". Dalam benak hati aku berkata sendiri, mak cik, nak elak kena pukau baca 3 Qul, Ayat Kursi sebelum tidur, baru malaikat datang jaga kita, Allah pelihara kita sampai subuh. Bukan ikan puyu jaga kita.

Begitulah antara amalan mengarut orang melayu yang tiada asas. Boleh terjatuh ke dalam amalan khurafat yang membawa kepada gejala syirik secara tidak sengaja.  Nau'zubillahi min zalik.. Allahua'lam...

aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.35pm
8-6-2011
Shah Alam

Selasa, 7 Jun 2011

Produk Muslim 2 : Pen Digital aL-Quran...

  

Kepada sahabat-sahabat yang di luar sana tu, yang cintakan al-Quran, cintakan membaca al-Quran dan cintakan bacaan al-Quran yang indah serta bertajwid bolehlah dapatkan Pen Digital aL-Quran seperti gambar di atas ini. 

Pen digital tersebut boleh mendendangkan bacaan 30 juzuk al-Quran, ini memudahkan kita untuk menyemak bacaan dengan tepat. Lebih-lebih lagi di dalam al-Quran terdapat beberapa tempat bacaan pelik yang harus kita dengar dari lisan orang arab.
Kita perlu mengaji al-Quran dengan cara sebutan (loghat )orang arab yakni dari huruf Alif sampai Ya. Pendapat ini dikuatkan lagi, bertetapan dengan peribadi Rasullah itu sendiri yang lahir dari bangsa Arab Quraish. Maka lebih afdhal untuk kita meniru bacaan seperti mana diturunkan.

Antara yang terkandung dalam set di atas ini :
1. Pen Digital
2. Al- Quran Resam Usmani
3. Bacaan Imam Sudais, Shuraim, Ghamidi dan Manshawi
4. Bacaan Untuk Manasik Haji dan Umrah
5. Bacaan Doa Seharian
6. Secara Automatik Menyumbang kepada Yayasan Al-Ijabah
7. Baucer Pembelian Cermin Mata
8. Bateri Percuma
9. Waranti 90 Hari

Dapatkan segera dengan harga RM399.00.. Jika anda berminat boleh menghubungi saya di Facebook. Cuma klik "like" dan anda boleh bertanya tentang apa sahaja. Atau diruangan "Chat Box" di bawah.

P/s : Untuk makluman tentang kenyataan Jakim baru-baru ini di surat khabar yang menyatakan ada kesalahan pada Pen Digital tersebut. Pihak kami (Alcc Training & Consultancy Sdn Bhd)  telah berbincang dan mendapati itu bukan kesalahan, cuma teknikal bacaan para imam yang ada dalam Pen Digital tersebut.  Jika anda ingin mendapatkannya, saya akan  menerangkan dengan jelas cara penggunaannya agar tidak wujud permasalahan teknikal itu. Allahua'lam.

Khamis, 2 Jun 2011

Sekilas Pandang 2 : Semangat Kepatungan....




Gambar di atas aku peroleh petang tadi sewaktu solat asar di sebuah surau yang ada di Shah Alam. Selak pintu surau itu menggunakan selak yang berukiran patung katak.

Memang dah jadi kelaziman manusia suka bebenor mengukir patung walaupun terdapat larangan dari Rasullah
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
2.40am
2-6-2011
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails