Rabu, 31 Ogos 2011

Pautan Semasa 49 : Salam Kemerdekaan 2011...




Salam Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia.. 
Merdeka bermaksud " Bebas ".. 
Jadikan diri anda bebas untuk menerima kritikan 
dan teguran serta nasihat. 
Paling penting belajar memerdekakan diri
 dengan menerima maklumat
 yang tidak berat sebelah.. 
Merdeka..!! Merdeka...!! Merdeka...!!

Selasa, 30 Ogos 2011

Pautan Semasa 48 : Salam I'dilfitri 1432...



Aku dengan ini mengucapkan Salam I'dilfitri kepada
 semua muslimin dan muslimat.. 
Semoga kehidupan kalian dirahmati dan sentiasa 
di bawah naungan Allah S.W.T.. Amin.... 

Isnin, 29 Ogos 2011

Pecah Perut 14 : Buang Anak...



Di tangga opis aku ada orang buang kucing dan anak-anaknya.. Tapi yang pelik dia tulis 
sekeping nota yang bertulis...


Ha..ha...ha..... Aneh ini orang... ha..ha..ha...

Rabu, 24 Ogos 2011

Sekadar Berkongsi 8 : Hukum Kain Putih Di Batu Nisan..




Baru-baru ada orang bertanya kepada aku tentang meletakkan kain putih pada batu nisan.. Perbuatan ini acap kali sering dilakukan pabila menjelang bulan ramadhan. Mereka bertanya tentang hukum meletakkan kain tersebut..

Sekadar berkongsi :

Fatwa Negeri Johor telah menyatakan bahawa kain putih adalah dilarang untuk diletakkan di batu nisan bagi setiap kubur atau makam di kawasan perkuburan Islam seluruh Negeri Johor.


Ada juga aku rujuk kepada orang-orang yang tua dan bertanyakan mengapa diletakkan kain putih tersebut? Mereka menjawab sekadar memaklumkan kepada orang lain, bahwasanya waris simati masih hidup dan ada menziarahi simati. Allahua'lam.

Dan ada aku rujuk beberapa orang yang lebih arif, mereka berkata " Adapun meletakkan kain putih di batu nisan tidak ada dalil dan nas dari al-Quran mahupun hadis. Lebih baik dihindari amalan tersebut. Maka adalah lebih baik, kain putih itu disedekah kepada mereka yang lebih memerlukan ".. Allahua'lam.

P/s : Fatwa tersebut kalian semak la sendiri ya dan rujuklah kepada yang lebih arif dan faqih. Sekadar memaklumkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Kalau boleh jangan jadikan blog aku ni ruangan berdebat ye.. Aku ni bukan pandai sangat. Lemah sangat adalah.. Allahualam..

Selasa, 23 Ogos 2011

Lirik Puitis 22 : Ramadhan...


Ramadhan ku Nantikan Ramadhan 
Kemuliaan Ramadhan 
Yang Turunnya Al-Quran 
Bulanku… Ramadhan… 

Ramadhan Pelepasan Seksaan 
Ibadah Berpuasa Ujian Kesabaran 
Ganjaran Ramadhan 

Bulan Seribu Bulan 
Hanyalah Sebulan 
Siang Malam Keberkatan 

Akhirnya Ramadhan, Syawal Pun Menjelang 
Tasbih Tahmid Berkumandang 

Bergema Takbir di Satu Syawal 
Bergema Suatu Lambang 
Kekuatan Amalan 
Kemenangan… Kemenangan… 

Yang Keruh Bersama Dijernihkan 
Yang Jauh Didekatkan 
Yang Hitam Diputihkan 
Bersalam… Salaman… 

Bermaaf Maafan 
Jadikan Amalan 
Tulus Ikhlas Berzaman 
Syawal Menyaksikan 
Amalan Ramadhan… 

- Ramli Sarip - 

Isnin, 22 Ogos 2011

Coretan Yang Berkelana 118 : Kali Terakhir Sujud Syukur...?


Pada Sabtu kelmarin aku diundang oleh pihak surau Desa Mentari, Petaling Jaya untuk menghadiri program berbuka puasa dan memberikan sedikit tazkirah yang ringkas selepas tarawih. 

Ini bertepatan dengan cara dakwah pihak surau tersebut yang ingin mengalakkan orang ramai mengimarahkan surau.

Selepas tarawih 4 rakaat, pengerusi menjemputku untuk menyampaikan sedikit tazkirah yg serba ringkas. Masa yang diperuntukkan hanya sekitar 20 minit. 

Aku membicarakan tentang nikmat Allah yang sering kita alpakan dengan cara tidak sengaja. Nikmat dalam erti kata lain bermaksud kurniaan Allah kepada kita.

Banyak nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita, antaranya : 

1. Nikmat Islam
2. Nikmat Iman
3. Nikmat Pendengaran
4. Nikmat Sihat
5. Nikmat Beristeri Walaupun Isteri Kuat Bebel
6. Nikmat Anak Walaupun Anak Degil
7. Nikmat Kenderaan Walaupun Keretanya Sempit
8. Nikmat Komunikasi Walaupun Telefon Bimbitnya Baling Anjing Boleh Mati

Dan yang paling penting, bilakah kali terakhir kita "Sujud Syukur"? Apakah sujud syukur itu hanya mendapat apa yang diimpikan? Allahualam. 






~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
1.30am
22-8-2011
Shah Alam

Khamis, 4 Ogos 2011

Jom Baca Hadis 35 : Kelebihan Ramadhan...


Daripada Abu Hurairah r.a. , Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

" Umatku telah diberikan dalam bulan Ramadhan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum ini ; 

1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi.

2. Ikan-ikan dilaut beistighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t akan menghiasi syurgaNya dan berkata " Telah hampir masanya hamba-hambaku yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasullah, " Apakah ia Lailatul Qadar ?" Baginda menjawab " Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apbila telah selesai kerjanya ".

Riwayat Imam Ahmad...

Isnin, 1 Ogos 2011

Pautan Semasa 47 : Salam Ramadhan 1432...





Salam Ramadhan Buat Semua..
~Muga Istiqomah Dalam Menjalani Ibadah Puasa dan Tarawih~
aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
6.11pm
1-8-2011
Shah Alam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails