Rabu, 24 Ogos 2011

Sekadar Berkongsi 8 : Hukum Kain Putih Di Batu Nisan..




Baru-baru ada orang bertanya kepada aku tentang meletakkan kain putih pada batu nisan.. Perbuatan ini acap kali sering dilakukan pabila menjelang bulan ramadhan. Mereka bertanya tentang hukum meletakkan kain tersebut..

Sekadar berkongsi :

Fatwa Negeri Johor telah menyatakan bahawa kain putih adalah dilarang untuk diletakkan di batu nisan bagi setiap kubur atau makam di kawasan perkuburan Islam seluruh Negeri Johor.


Ada juga aku rujuk kepada orang-orang yang tua dan bertanyakan mengapa diletakkan kain putih tersebut? Mereka menjawab sekadar memaklumkan kepada orang lain, bahwasanya waris simati masih hidup dan ada menziarahi simati. Allahua'lam.

Dan ada aku rujuk beberapa orang yang lebih arif, mereka berkata " Adapun meletakkan kain putih di batu nisan tidak ada dalil dan nas dari al-Quran mahupun hadis. Lebih baik dihindari amalan tersebut. Maka adalah lebih baik, kain putih itu disedekah kepada mereka yang lebih memerlukan ".. Allahua'lam.

P/s : Fatwa tersebut kalian semak la sendiri ya dan rujuklah kepada yang lebih arif dan faqih. Sekadar memaklumkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Kalau boleh jangan jadikan blog aku ni ruangan berdebat ye.. Aku ni bukan pandai sangat. Lemah sangat adalah.. Allahualam..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails