Isnin, 31 Ogos 2009

Pautan Semasa 13 : Merdekanya negaraku yang dicintai.


Salam Merdeka buat rakyat Malaysia semua.. Moga kita berada dalam keadaan yang aman, makmur dan sejahtera semuanya. Amin...



Merdekanya negara kita hasil dari titik peluh para pejuang yang inginkan agama, bangsa dan tanah air mereka bebas dari penjajah. Tapi pada realiti zaman ini 2009, merdekakah kita pada sudut fikiran, budaya, akhlaq dari sepihan penjajah...???


Ya Allah selamatkan negaraku dari bala bencana,
penyakit menular (H1N1) serta wabak taun,
lindungi kami dari azab seksaanmu,
damaikan kemakmuran yang telah sedia ada,
wujudkan pemerintahan Islam yang syumul,
dorongkan remaja kami kepada ketaatan perintah-MU,
betulkkan remaja, orang tua, para pemimpin kami jika melakukan maksiat kepadaa-Mu,
Amin, ya robbal a'alamin....


al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.16pm WIB
30-08-2009
Medan

Ahad, 30 Ogos 2009

Pautan Semasa 12 : Kuil?

Semenjak dua menjak ini, kecoh dan riuh berkaitan dengan kuil yang ingin didirikan di Shah Alam. Ini kerana alasan kuil yang ada di seksyen 19 terlalu kecil, tidak sesuai dan menganggu ketenteraman orang Islam yang tinggal disitu.. Kuil yang ada dekat seksyen 19 tu, aku dah biasa tengok pasal rumah member aku betul-betul depan kuil tu...


Apa yang menjadi masalahnya, timbul cadangan untuk membina sebuah kuil yang lebih besar bagi keselesaan penganut Hindu yang ada disekitar area situ... Maka wujudlah golongan yang BANGANG dengan agama Islam mereka, lalu membuat demontrasi bagi membantah pembinaan kuil tersebut.


Cuba kita perhatikan di dalam al-Quran " agamamu, agamamulah. agamaku, agamakulah" (al-Kafirun). Dari makna ayat tersebut memberi makna seruan kepada Rasullah agar bertugas untuk menyampaikan dakwah tanpa mengganggu gugat agama lain seperti merobohkan rumah ibadat mereka atau menghalang mereka dari beribadat.


Ada juga yang beralasan, kalau bagi orang Hindu buat kuil nanti mereka pijak kepala orang melayu, membunyikan loceng tidak mengira orang azan ke tak.. Ada juga yang berpendapat lama-lama habis orang melayu murtad masuk hindu kerana dakyah mereka..


Aku agak kurang bersetuju dengan pendapat sebegini, ini kerna ramai anak melayu beragama Islam bukan murtad melalui besarnya kuil. Tapi hiburan, akhlak serta kurangnya didikan agama kepada mereka. Lihat aja, budak-budak melayu yang Islam dah tak macam orang Islam sendiri.


Teringat kepada kata-kata ustazku, "kita tak perlu takut dengan dakyah mereka, seharusnya mereka takut dengan dakwah serta keimanan kita". Kalau besar kuil mereka, maka besarlah tanggungjawab kita menyampaikan Islam kepada mereka. Kita sekadar bising berdemontrasi tapi pernah tak kita menyeru serta mengajak mereka kepada Islam??? Hatta mereka yang bukan Islam tu jiran kita, satutempay kerja dengan kita. Wali Songo menyampai dakwah Islam di kepulauan jawa tanpa meruntuhkan satu pun kuil yang ada di situ. Ingat besok kita akan disoal dihadapan Robbul Jalil...


al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.03pm wib
30-08-2009
Medan

Rabu, 26 Ogos 2009

Renungan Sejenak 21 : Nikmat ALLAH kepada kita.

Assalamualaikum, di sini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman pertama aku memberikan kuliah maghrib. Padanya mulanya hatiku berdebar-debar ketika ingin memulakan kuliah, alhamdulillah selesai dengan sempurna. Tajuk kuliah aku adalah berkaitan dengan "Nikmat ALLAH".


ALLAH memberikan nikmat kepada kita terlalu banyak. Antaranya :


1. Nikmat asasi.
Nikmat asasi ini merupakan nikmat Allah kepada semua hambanya samada yang Islam ataupun yang kufur.Seperti mata, udara, air, tangan dan kaki. Nikmat asasi ini boleh diusahakan seperti tempat tinggal, makanan dan sebagainya.


2. Nikmat yang menyenangkan emosi(bahagia).
Nikmat ini adalah nikmat seperti harta, anak, ibu dan suami. Contoh nikmat bahagia ini kalau diperhatikan dalam konteks rumah tangga, seorang isteri merasakan aman dan selamat ketika bersama suaminya, dengan syarat si suami bukanlah kaki baran dan sebagainya.


3. Nikmat yang menyenangkan fizikal.
Nikmat ini adalah dalam konteks kesihatan. Teringat aku hadis nabi ada menyebut;


Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ;
a. Muda sebelum tua.
b. Lapang sebelum sempit.
c. Kaya sebelum miskin.
d. Sihat sebelum sakit.
e. Hidup sebelum mati.


4. Nikmat berbentuk mental (akal).
Nikmat akal adalah merupakan nikmat yang paling besar. Ini kerana nikmat akal yang membezakan antara kita dan malaikat, binatang dan tumbuh-tumbuhan.


5. Nikmat berbentuk spiritual.
Nikmat ini dalam kata lain adalah nikmat keimanan. Nikmat ini merupakan nikmat yang paling agung kerana nikmat Islam bukan semua orang dapat menjadi Islam setelah lahir. Ramai dari golongan manusia yang tercari-cari agama mana yang paling benar. Kita sebagai orang Islam perlu mensyukuri nikmat Islam yang kita perolehi sedari kita lahir lagi.




Dengan kata lain, Allah Maha Pemurah ini akan menganugerahkan kepada siapa sahaja yang dia ingin beri nikmat. Untuk mendapatkan nikmat, kita perlulah melakukan 3 perkara :


1. Berusaha bersungguh-sungguh.
2. Bersabar didalam usaha.
3. Bersyukurlah kepada ALLAH jika dikurniakan nikmat.


ALLAHUA'LAM.

Renungan Sejenak 20 : Kalau Tuhan tu baik,kenapa buat neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...


Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?".


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.


"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.


Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita.


P/s : Ada hamba ALLAH yang senda aku punyer email, aku juz kongsi dengan kalian je..

Coretan Yang Berkelana 30 : Mahasiswa tunjang negara (2).



Sepanjang kami berada di Dun Kuang, pelbagai aktiviti yang kami lakukan. Antaranya seperti Kem Smart Solat, gotong-royong membersihkan masjid serta kubur, dan menjadi motivator bagi para pelajar sekolah menengah yang akan menghadapi peperiksaan.


Alhamdulillah, pada sesi Kem Smart Solat, aku diberi peluang untuk menjadi pengisi bagi seminar ini dan pelbagai respon dari kalangan peserta yang mengikuti seminar ini. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guruku yang tidak asing lagi di siaran media buat masa kini iaitu al-Fadhil Ustaz Mohamad bin Abdullah al-Amin yang mengajarkan aku tentang cara solat yang sempurna mengikut mazhab Imam Syafie. (Ilmu yang kau ajarkan tidakku sia-siakan).



Para peserta Kem Smart Solat serta panitia-panitia yang turut menjayakan program ini.





Penulis disamping pengerusi majlis Ustaz Azam as-Suri.



Kami sedang berbincang dengan Nazir Masjid Jamek Batu 20, Kuang.





Penulis sewaktu membentangkan kertas kerja.










Sewaktu membersihkan dewan orang ramai.


alhaqir lia robbhi
Ibnumaulub
11.05pm
26-08-2009
Medan


Sabtu, 15 Ogos 2009

Pautan Semasa 11 : Berhati-hati setiap masa!!!

Gambar ini merupakan sebuah rakaman rompakan disebuah lif yang dirakam melalui cctv. Mungkin kalian pernah tengok kot.. Aku cuma siarkan je, sebagai peringatan tak kisah kepada lelaki ke atau perempuan untuk lebih berhati-hati. Lebih-lebih lagi mereka yang pulang kerja lewat malam, ataupun kepada perempuan yang suka keluar malam kemudian pulang ke rumah yang mempunyai lif.




P/s : Malang tidak berbau.

Rabu, 12 Ogos 2009

Jom Baca Hadis : Siri 7, Suruhan dan Tegahan.

Dari Abu Hurairah Abd Rahman bin Sakhrin r.a. katanya : Aku telah mendengar Rasullah s.a.w bersabda :

"Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu oleh kerana banyak segala pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi- nabi mereka".

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Isnin, 10 Ogos 2009

Coretan yang berkelana29 : Mahasiswa tunjang negara (1).



Assalamualaikum sahabatku sekalian, maaflah lama tak update. Alhamdulilah, sekarang aku dan kawan-kawanku sedang praktikel di Kuang. Sejak 9 Julai - 9 Ogos. Kami di sini adalah untuk merealisasikan impian masyarakat, impian para ulama' dan juga amanah yang ALLAH S.W.T yang telah taklifkan kepada kami.

Kami di sini tinggal bersama keluarga angkat terutama bagi perempuanlah. Yang lelaki tinggal di Balai Raya, bukan pe setelah bermesyuarat adalah lebih baik perempuan tinggal bersama keluarga angkat dan itu adalah lebih selamat dan terjaga. Hari perasmian serta hari penyerahan keluarga angkat berlangsung pada jam 10.0am (9 Julai). Program ini dirasmikan oleh Dekan kami dari Fakulti Syariah Prof. Dr. Ahmad Fadhil Lubis serta En. Rahim Pegawai Penyelaras Dun Kuang.

Program praktikel ini ini memuatkan beberapa program, antaranya :
1. Bidang agama : Seperti mengajar al-Quran, tazkirah dan kuliah di masjid, imam solat fardhu serta solat Jumaat, khatib Jumaat, kem Smart Solat, kursus imam dan bilal, kursus menyelanggara jenazah, membina organisasi Remaja Masjid dan sebagainya.


2. Bidang pendidikan : Seperti mengajar di sekolah agama, membimbing pramuka, melaksanakan pesantren kilat, membentuk kegiatan kesenian seperti berzanji, qasidah.

3. Bidang penyuluhan dan kaunseling : seperti penerangan di dalam bidang undang-undang, ekonomi, bimbingan keluarga sakinah mawaddah wa rohmah.

al-Haqir ila robbihi
ibnumaulub

12.05am

11-08-2009

Shah Alam.

Prof. Dr. Fadhil Lubis sewaktu sedang berucap.

Keadaan mahasiswa sewaktu hari perasmian Kuliah Kerja Nyata.

Penulis bersama dengan ayah angkatnya, sewaktu majlis penyerahan keluarga angkat.

Semua mahasiswa yang terlibat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails