Jumaat, 27 November 2009

Betul Juga 17 : Pergorbanan atau terkorban..???


Apakah perasaan kalian bila tersedar dari tidur dan terus teringat bahawa kalian bermimpi mendapat sebuah arahan yang menyatakan serta menyuruh menyembelih anak sendiri? Pada naluri dan jiwa manusia takkan kita sanggup buat, benarkan? Tapi itulah hakikat dan arahan dari Sang Pencipta yang menyuruh Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Sebenarnya dalam kehidupan kita banyak memerlukan pengorbanan. Samada pergorbanan sebagai seorang ayah dalam membesarkan anak-anaknya. Atau pergorbanan sebagai seorang pelajar yang ingin berkorbankan masa lepaknya demi menuntut ilmu dan ingin membantu masyarakatnya. Atau pengorbanan sesebuah gerakan, parti atau persatuan yang mendaulatkan Hadharah Islamiyah di negaranya. Pokoknya, setiap orang dalam hidup itu memerlukan pengorbanan.

Tapi sempena hari raya korban atau raya haji ini, ada pula yang berkorban kerbau, kambing, lembu dan sebagainya. Jangan berkorban ayam dan burung sudahlah. Didalam erti kata korban ini, secara tidak langsung ia mengenang sejarah penyembelihan ke atas Nabi Ismail a.s. Ia membawa sebuah pengajaran yang amat besar dalam kehidupan orang muslim hari ini. Kita dapat melihat begitu sayupnya hati Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah dan suruhan Allah tanpa banyak berbicara.

Ini menjadi pengajaran kepada kita, iaitu apakah pengorbanan kita pada agama, bangsa dan tanah air kita. Apakah kita sudah bersedia mengorbankan segala-galanya demi agama, bangsa dan tanah air kita? Bayangkanlah, seorang perempuan sanggup mengorbankan agamanya dengan membuka tudung mempamerkan rambutnya demi mengikuti trend terkini. Seseorang remaja lelaki sanggup mengorbankan agamanya dengan memakai seluar pendek demi menuruti fesyen anak muda sekarang?

Sanggup kita mengorbankan agama kita dengan tak solat dan minum arak atas alasan kawan-kawan tak solat dan minum arak? Bagaimanakah seandainya jika kita dapat perintah dan arahan seperti yang dilalui oleh Nabi Ibrahim a.s.? Jadi sahabat-sahabat sekalian, aku menyeru kepada diriku yang haqir (hina) ini dan teman-teman sekalian marilah kita bersama-sama berhijrah dan berubah menjadi ke arah yang lebih baik dan berkorban tak kira apa sahaja demi agama yang tercinta. Biar kita berkorban demi agama, jangan agama terkorban kerana kita. Allahua'lam. Selamat Hari Raya Haji & Korban dari ibnumaulub.

"biar kita berkorban demi agama, jangan agama terkorban kerana kita"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.10am
27-11-2009
Shah Alam

Rabu, 25 November 2009

Renungan Sejenak 22 : Sehebat secawan kopi dan selemah sebiji telur.


Apa yang kalian dapat faham dengan gambar di atas. Apa yang dapat kita lihat hanya secawan kopi. Pernahkah kalian melihat serbuk kopi sebelum dicampur dengan air yang panas? Jawapannya mestilah pernahkan. Cuba kalian perhatikan, air panas yang mula-mula tadinya tidak berwarna kemudian apabila ditaburkan sedikit serbuk kopi, secara langsung air tadi bertukar warna menjadi hitam dan bertukar rasa menjadi pahit. Benarkan?

Lihat pula gambar telur di atas. Kalau telur biasa, apabila kita pecahkan dia maka apa yang kita akan dapati? Kita hanya mendapati cecair yang mengandungi warna putih dan oren. Betul tak? Tapi bagaimana pula hendak menjadikan telur rebus? Kita akan mengambil beberapa biji telur dan merendamnya di dalam air yang sangat panas, bagi menjadikan telur itu tadi keras.


Kemudian apa yang aku ingin jelaskan di sini, cuba kalian renungi kembali kehebatan serbuk kopi itu tadi. Dalam sebuah jug yang besar pun, apabila dituangkan beberapa sudu serbuk kopi, secara langsung air dalam jug tadi berubah warna dan rasa. Ini berbeza dengan telur pula, apabila direndam dengan air panas, telur pula menjadi keras.


Apa yang dapat kita bawa pulang sebagai pengajaran hari ini. Maka haruslah kita menjadi seperti sikap kopi yang berjaya mengubah dan menguasai apa yang ada disekelilingnya. Ini memberi erti yang sungguh besar pada kita. Seandainya ada teman di sekeliling kita yang tak solat, maka kita haruslah mencuba untuk mengajak dia bersolat. Kalau teman kita tak pakai tudung, tak tutup aurat, kita haruslah berusaha sampai dia bertudung dan tutup aurat kerana itu adalah tanggungjawab kita.


Jangan kita menjadi seperti telur rebus. Kalau kawan kita tak solat, sudahnya dengan kita-kita sekali tak solat sama. Kalau teman kita tak pakai tudung, lama-lama dengan kita pula tak pakai tudung. Jangan mengikut dan menjadi seperti telur rebus, iaitu kalah dan berubah mengikut  keadaan sekeliling. Kawan pergi clubbing, lama-lama kita pun follow sama. Jadilah seperti kopi yang tidak terkesan dengan suasana tetapi ia yang mengubah suasana. Allahua'lam.


"Sehebat secawan kopi dan selemah sebiji telur"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.30pm
25.11.2009
Shah Alam

Selasa, 24 November 2009

Lirik Puitis 5 : Dunia Perlumbaan.

Hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan
Ada yang menang ada yang kalah
Yang kalah kan tenggelam di dalam jurang sengsara
Yang menang pula menjadi raja
Tak kira mengira cara apa
Berlari dan berlari terus berlari
Ternyata dan jelas yang lebih kuat kan menang
Yang lemah pula kan keciciran
Hati yang pada yang menang ialah ikhlas dan kehormatan
Walau ini hanyalah khayalan


Apa saja yang di kejar-kejarkan
Ini paling harus dia mengerti
Jangan sampai sesat haluan nanti
Memang benar diri kita mesti menang
Tapi apa yang di pertarungkan
Jangan sampai menyesal kemudian hari


Hasrat semua manusia tiada banyak bezanya
Semuanya ingin menang saja
Tak kira terpijak kaki lawannya
Tak kira kerana di hati iri masih ada


Apa saja yang di kejar-kejar kan
Ini paling harus dia mengerti
Jangan sampai sesat haluan nanti
Memang benar diri kita mesti menang
Tapi apa yang di pertarungkan
Jangan sampai menyesal di kemudian hari
by : Sweet Charity

Isnin, 23 November 2009

Betul Juga 16 : Betulkan benda yang biasa, biasakan benda yang betul.



Tengahari tadi kira-kira jam 12.30pm lebih kuranglah ayah dan ibuku mengajak untuk pergi ke rumah kenduri orang kahwin di Taman Dato' Harun. Ayah ajak aku pasal ayah tak tahu jalan kat area situ. Jadi aku dan keluargaku pun pergilah.


Kami pun sampailah kat alamatnya, sempat juga aku bertanya dengan ayah, siapa punya kenduri ini? "Kawan ayah, anak dia kahwin", jawab ayah. Kemudian kami terus bersalam dengan tuan rumah dan keluarganya dan dijemput makan. Setelah selesai makan, ayah macam biasalah borak-borak kejap dengan kawan lama dia. Aku dan adik-adikku tidak mahu turut serta dalam acara borak-berborak itu, kami mengasingkan diri dan memerhatikan keadaan sekeliling.


Apa yang aku perhatikan, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ubah dalam majlis perkahwinan yang ada sekarang ini,  memandangkan Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun, ini bermakna pemahaman dan nilai serta syariat Islam seharusnya seiring dan sejalan dengan kemerdekaan kita. Susah payah Tok Janggut, Tok Kenali, Hamzah Fansuri, Daud Fatoni mengembangkan Islam melalui pelbagai jenis dakwah, antaranya melalui penulisan, menubuhkan madrasah untuk melahirkan para ustaz dan secara langsung menyebarkan agama Islam.


Tapi apa yang berlaku hari ini, kita masih tetap ditakuk yang lama, apa yang paling membimbangkan, kenduri kahwin kita sudah mengikuti dengan cara barat. Jadi ada beberapa perkara yang perlu kita betulkan, dan kita perlu membiasakan dengan benda yang betul. Antaranya :


1. Acara bersalam tidak mengenal mahram. Pantang nama saudara asyik nak bersalam tak kira laki perempuan.
2. Tempat makan bercampur laki dan perempuan. Seharusnya perlu diwujudkan sebuah suasana yang lebih harmoni antara laki dan perempuan.
3. Acara berkaraoke. Kalau laki-laki je nyanyi ok lagi. Ni perempuan siap nyanyi lagu dangdut lagi.
4. Kenduri kahwin menjadi tempat pertunjukkan fesyen. Betulkan? Ramai perempuan sekarang yang pakai baju kurung ke kebaya ke, atau yang jarang untuk menunjukkan tube mereka tol tak?? Lebih sedih budak perempuan yang pakai tudung. Alo kak, yang datang tu semua bukan malaikat, manusia ada nafsu juga. Tu tak kira lagi yang pengantin dok pakai baju berkemban.
5. Acara menepung tawar. Ni adalah adat hindu.
6. Acara bersanding. Ni pun adat hindu.
7. Acara makan beradab, ni tak berapa nak salah tapi lagi elok buat kat rumah jela dengan family lagi bagus. Isteri nak suap suami lapan pinggan pun takpe.


Jadi ini hanyalah sebahagian pendapat aku. Mungkin kalian di luar sana lebih arif dalam agama dan lebih berpengalaman dalam hidup. Allahua'lam.




"biasakan benda yang betul, betulkan benda yang biasa"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.47am
23-11-2009
Shah Alam

Ahad, 22 November 2009

Merungkai kekusutan 1 : Kenapa perlu solat?

-Seorang pembaca telah bertanya kepada aku melalui chat box tentang kenapa perlu solat dan sila jelaskan. (abdullah) -
Jawapan : Kenapa seseorang itu perlu solat? Seseorang itu perlu solat kerana ada 3 aspek yang menyuruh seseorang muslim itu bersolat.
  1. Suruhan dari al-Quran. Ini berdasarkan dalil dari al-Quran yang bermaksud : "Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk", al-Baqarah : 43, "Dirikanlah solat dari condong matahari hampir gelap malam dan fajar (Subuh). Sesungguhnya solat fajar itu dipersaksikan oleh malaikat", al-Israk : 78, "Dirikanlah solat dan takutlah kepadaNya, dan kamu akan dihimpunkan kepadaNya", al-An'am : 72.
  2. Larangan meninggalkan solat dari sabda Rasullah s.a.w. Ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Muktasar Shahih Muslim dalam Bab : Meninggalkan Solat Hukumnya Kafir, hadis no 204. Diriwayatkan dari Jabir r.a : Saya mendengar Rasullah s.a.w. bersabda, "Batasan (perbezaan) antara seseorang yang syirik dan kafir adalah meninggalkan solat". Adapun meninggalkan dengan tidak sengaja dimaafkan tertapi perlu diganti solat itu sebagai tanda kita menyesali perbuatan meninggalkan solat.
  3. Naluri penghambaan. Kita perlu solat kerana kita ini makhluk (yang dicipta), Allah itu khaliq (pencipta), sebagai hamba kita perlu merasa bersyukur bahwa Allah sudi melahirkan kita sebagai manusia yang mempunyai akal, pandai pakai baju, pandai pakai seluar. Kalau Allah jadikan kita sebagai binatang, dapatkah kita merasa untuk melayari internet dan membaca blog saya sekarang ini? Kita diibaratkan seperti seorang pekerja dengan majikannya. Jika pekerja itu bekerja dengan bersungguh-sungguh maka dapatlah bonus bulanan, tapi kalau kerja sekadar kerja, hanya dapat gaji sahaja. 
Jadi ingatlah, Allah itu maha Pengasih lagi maha Penyayang.. Diharapkan -abdullah- berpuas hati dengan jawapan yang tidak seberapa ini. Allahua'lam.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.24am
22-11-2009
Shah Alam

Jumaat, 20 November 2009

Tazkiyatul Nafs 1 : Menghindari penyakit hati.

Di dalam kitab Bidayatul Hidayah ada menyatakan suatu perkara yang tidak terlepas bagi kehidupan setiap insan itu. Perkara ini tidaklah datang dengan kehendak sendiri tetapi ia datang dengan sendiri. Apa yang dikatakan oleh Imam Abu Hamid (Imam al-Ghazali) di dalam kitabnya itu, adalah penyakit hati. Imam Ghazali menyatakan sebagai seorang insan yang mahukan ketulusan pengharapan keredhoan Allah adalah harus kita mencuba membuang, menjauhi penyakit hati.


Apa yang dikatakan penyakit hati ini, penyakit hati ini ada banyak contohnya. Akan tetapi di dalam Bidayatul Hidayah meletakkan 3 ciri. Iaitu :


1. Sifat hasad : ia bermaksud merasa cemburu dengan nikmat dan kurniaan Allah kepada hambanya. Dan ia bercita-cita agar nikmat dan kurniaan yang ada pada orang itu segera hilang.


2. Sifat Riya' : ia bermaksud mencari gelaran, sanjungan, pujian dan lain-lain. Ini adalah termasuk dalam syirik khofi (syirik tersembunyi). Sifat riya' ini bertujuan untuk meraih sanjungan manusia, agar ia dipuji rajin beribadah, rajin solat.


3. Sifat u'jub : ia bermaksud merasa takbur dan bangga dengan diri sendiri. Amatlah berbahaya jika penyakit u'jub ini wujud dalam diri seorang ustaz atau dai'e. Ia akan menjadi lupa dan tertipu dengan ilmunya apabila ia di sanjung sehingga boleh naik ke peringkat murid-muridnya mentaqdiskan (menyucikan) gurunya. Maka ustaz tadi akan merasa syok sendiri. Nau'zubillah.


Jadi apa yang kita dapat simpulkan di sini, aku dan para pembaca sekalian marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita dari hari ke sehari. Insyallah, Allah akan membantu kita dalam mencari keredhoanNya. Amin.

Jom Baca Hadis : Siri 13, Tak malu, buatlah.

Dari Abi Mas'ud U'qbah bin Amrin al-Ansori al-Badriyi r.a. telah berkata : telah bersabda Rasullah s.a.w. :


"Bahawasanya sesetengah yang di dapati manusia dari perkataaan nabi yang terdahulu ialah, 'Apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki'. Riwayat Bukhari.


Pengajaran hadis : Mengajar kita secara sindiran, bahawa jika kita ingin melakukan maksiat atau perkara kemungkaran seandainya tidak berasa malu dan segan, maka lakukanlah. Tidak malu di sini, bererti bukan sahaja merasa segan pada manusia yang nampak dan melihat, tetapi merasa segan kepad Sang Pencipta yang mempunyai pandangan serta pengetahuan yang tidak dapat disembunyikan dari Nya.


Contoh senang, kalau tak rasa segan nak beli nombor ekor, beli je lah. Kalau rasa tak nak puasa bulan Romadhon, makan jelah depan orang ramai. Allahua'lam.

Rabu, 18 November 2009

Coretan Yang Berkelana 43 : Selamat menduduki SPM bagi semua pelajar Malaysia.

Hari ini, para pelajar tingkatan 5 akan mula menduduki peperiksaan SPM. Bila sebut pasal SPM, teringat aku akan peristiwa 6 tahun dahulu sewaktu aku menduduki peperiksaan SPM. Entahlah, aku ni bukanlah jahat tapi nakal kot.hehe Punyalah rajin tahap nau'zubillah aku ni, besok nak exam Pendidikan aL-Quran dan Sunnah boleh malam tu dok main gitar lagi sampai jam 3am..huhu


Tapi tu semua dulu, kini aku sudah mula mengerti maqosid kita hidup di dunia ini. Seperti kata member aku la, "kepongpong pun satu hari nanti akan jadi rama-rama". So semua manusia yang hidup ini akan jika melakukan kesilapan akan berubah, insyallah.


Kepada adik-adik diluar sana, jawablah soalan tu dengan tenang, yakin dan bersungguh. Ingat kejayaan itu bukan hanya terletak pada baca buku sahaja tetapi memerlukan doa juga. Dan perlu ingat juga, kalau doa je tak baca buku pun macam mana nak berjaya. Di dalam sesebuah kejayaan itu, memerlukan ONE WORD sahaja.
D oa
U saha
I khtiar
T awakal

Perlulah adik-adik menyusun perjalanan kehidupan mula dari sekarang. Apakah adik ingin menjadi seorang guru, peguam, polis, tentara, kerja dengan kerajaan, bukak bisnes sendiri ? Atau pun ingin menjadi seorang ustaz atau ustazah ? Teringat aku, akan kata-kata ustazku, Ustaz Esamudin, beliau pernah menegurku akan istilah sebenar kenapa belajar agama? Hanya ini kata-kata beliau," ko jangan jadi bodoh, kita belajar agama ni perlu ada satu rasa bangga dan rasa bertanggungjawab".


Aku bertanya kembali, maksud ustaz? Yela kita belajar agama ni, adalah merupakan suatu contoh teladan yang baik pada masyarakat dan umat. Dan ko perlu ingat, agama merupakan suatu guide line yang paling mahal. Siapa pun dia? Hebat pun dia? Mesti dia akan mencari ustaz atau pun orang paham agama untuk bertanyakan sesuatu perbuatan yang dia lakukan itu, adakah salah atau benar?


Jadi adik-adik sekalian, ingatlah adik-adik merupakan tonggak kekuatan negara. Pemaju bangsa. Penegak Agama. Jadi orang yang sebaik-sebaiknya dan berguna pada masyarakat. Teringat aku akan kata-kata memberku, ingat di Padang Mashyar besok Allah tak tanya, apakah Islam itu tertegak atau tidak? Tetapi Alllah bertanya apakah USAHA kita pada Islam..


 
"pemuda tonggak kekuatan negara, penegak Agama dan pemaju bangsa"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
8.30am
18.11.2009
Shah Alam

Isnin, 16 November 2009

Coretan Yang Berkelana 42 : Memandu mengikut peraturan atau perasaan?

Tadi kira-kira jam 11.00pm setelah aku selesai menyiapkan kerja, aku menghantar kawanku pulang ke hostelnya di Gombak. Dan setelah menghantar, aku dan kawanku Hilmi, terus pulang ke Shah Alam, tapi pada malam ni, aku melalui Federal Highway KL - Klang. Bukan pe, kami ingin pulang dalam keadaan yang santai sahaja sambil berborak dengan Hilmi, yela Hilmi baru sampai dari Medan. 


Tiba-tiba adelah satu kereta Honda Ek ni dok bawak bukan main laju, semua kereta die potong. Sempat jugak Hilmi tegur sambil berkata "Hish bukan main laju lagi, kang dah accident baru tahu". Aku pun mencelah, alah biasalah budak-budak racinglah tu. 


Tiba-tiba sampai di simpang Subang Jaya berhampiran dengan Tol Batu 3, ada satu kemalangan. Honda Ek tu melanggar kereta Honda City. Honda City tu terbalik aku cakap kau. Kemudian aku memberhentikan kereta untuk membantu seorang gadis cina yang tersepit dalam kereta tersebut, apabila keluar dari kereta gadis itu terus menangis kerana trauma. Dan kereta Honda Ek itu tersepit dan terhimpit ke tepi. Aku mendapati dalam Honda Ek tu, 4 orang lelaki India. Hah elok la, India langgar Cina. 


Jadi apa yang aku ingin utarakan di sini, 
1. Apakah tidak cukup lagi dengan sistem kurikulum asas pemanduan berhemah yang telah disediakan oleh JPJ?
2. Tidak cukupkah saman yang dikenakan oleh pihak trafik kepada pesalah yang memandu terlalu laju melebihi had?
3. Atau JKR tak pandai buat jalan, sampai boleh accident? 


Mungkin masa Ops Sikap dulu, ada sesetengahnya dengan selamba je bawak laju, alah rilekslah setakat RM300 aku boleh bayarlah. Tidak kurang juga yang berkata, bukan bawak laju boleh mati, kalau nak kira ajal kat mana-mana je. "Alah, ade jugak bawak kereta perlahan tapi accident". Hurm... Mungkin itulah sedikit ngomelan yang keluar dari mulut masyarakat kita. 


Jadi pokok permasalahan yang sebenarnya, adakah accident itu salah pembuat kereta kerana reka kereta sampai boleh bawak laju-laju? Atau kesalahan pemandu yang memandu mengikut perasaan? Atau pokok permasalahan keimanan, iaitu sudahkah kita bersedia bekalan yang secukupnya kalau accident terus mati..??








al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.35am
16-11-2009
Shah Alam

Ahad, 15 November 2009

Coretan Yang Berkelana 41: Terserempak Shell.

        

Comel tak kucing kat atas ni..?? Kucing ni aku jumpa kat Shell Jalan Duta minggu lepas, malam kira-kira jam 11.00pm jugalah lepas balik dari Kampung Baru. Malam tu, nak dijadikan cerita "teman" aku ajak pi Kampung Baru nak makan malam kat sana. Yelah aku pun dah jarang makan malam dengan dia, lagi-lagi bila dah study kat luar negara. (Medan je pon macam jauh sangat)..hehehe

Kemudian, lepas habis makan aku dan teman aku pun baliklah ikut highway NKVE , bukan ape cepat sikit sampai Batu 3. Entahlah, dah stail aku kot rela bayar tol dari ikut jalan jauh dengan membuang banyak waktu di atas jalan..hehe

Sampai kat Shell tu, aku pun berhentilah jap nak buang apa-apa yang patut. Aku pun masuk kamar mandi (bahasa Indonesia), kemudian sedang ehem2 tu, datang kucing (gambar kat atas tu). Aku tengok kesian pulak dia. Tiba-tiba dia pergi. Aku pun berniat dalam hati, kalau aku keluar dari toilet ni, aku nampak lagi sekali, aku amek bawak balik. 


Nak dijadikan cerita, aku nampak lagi sekali bila keluar dari toilet. Aku pun tengok-tengoklah manalah tahu ada maknye ke... Pastu brother2 Shell tu cakap kat aku, "Bang bawak je balik bang anak kucing tu, takde maknye tu". Aku pun bawalah balik dengan menamakannya "Shell" kerana aku jumpa dia di Shell.


Teringat aku akan suatu hadis Nabi s.a.w, " Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Rasullah s.a.w bersabda : "Seorang perempuan (Bani Israel) disiksa kerana seekor kucing yang dipeliharanya sampai mati. Perempuan itu masuk ke dalam api neraka kerana tidak memberi kucing itu makan dan minum, dan tidak dibiarkannya makan serangga-serangga yang terdapat dibumi ini". Mukhtasar Shahih Muslim : 1503.

Moga-moga kita dijauhi dari api neraka kerana menyeksa haiwan, nau'zubillahi min zalik.
"menyayangi nanti kita akan disayangi"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.20am
15.11.2009
Shah Alam

Sabtu, 14 November 2009

Bedah Filem 1 : Sebalik 2012.



Tadi petang aku pi tengok 2012, pada mulanya takde la nak tengok sangat tapi ramai yang tanya pendapat aku berkaitan dengan cerita ni so aku pi la tengok dengan member aku dan adik perempuan aku kat Sunway Piramid. Setelah aku menonton cerita 2012 ni, aku mempunyai beberapa kesimpulan dan pandangan. 


Cerita ni, pada asalnya nak bawa penonton menyelami tentang kaum Maya, yakni berdasarkan pada kiraan kalendar kaum Maya ini bumi akan mengalami suatu bentuk perubahan untuk menjadi asal kembali seperti asalnya Adam dan Hawa dijadikan dimuka bumi ini. 


Cerita ni mengambarkan suatu peristiwa kiamat yang sungguh dahsyat yang manusia akan mati untuk bumi mengalami suatu proses perubahan yang baru. Banyak yang boleh kita perhatikan, antaranya ; tercatat dalam Injil Barnabas, (Fasal 53 : Mutiara Ilmu, Surabaya 1996 ) ada menceritakan tentang "Sebelum hari pembalasan itu tiba dunia akan ditimpa kehancuran yang besar". 20.dan pada hari keenam meluaplah air laut setinggi seratus lima puluh hasta dengan tidak melampaui tempatnya. 23.pada hari kedelapan berkerumunlah burung-burung dan binatang darat dan laut dengan teriakan dan jeritan. 24.lalu pada hari kesembilan turunlah salju yang menakutkan dan begitu memusnahkan, sehingga hampir tidak ada sepersepuluh dari yang hidup akan selamat. 25.pada hari kesepuluh datanglah kilat dan guruh yang menakutkan, sehingga terbelah dan terbakar sepertiga gunung-gunung. 


Termaktub dalam surah al-Anbiya' :1 "Telah hampir kepada manusia hari perhitungan, sedangkan mereka dalam keadaan alpa dan lalai. Surah al-Zalzalah :1 juga menceritakan kepada berlakunya hari kiamat nanti, "Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat".. 


Apa yang menariknya dalam 2012 ini, ia mengambarkan keadaan kiamat itu sendiri. Terdapat 2  insan yang berhati mulia yang  ingin menyelamatkan nyawa manusia dari mati akibat kemusnahan alam itu. Tapi wujud juga golongan yang sudah tidak memikirkan keadaan orang lain lagi. Perkara ini tidak pelik, kerana ketika waktu kiamat nanti sudah pun digambarkan didalam al-Quran, yakni kita tidak akan memikirkan sesiapa pun melainkan untuk menyelamatkan diri sendiri. 


2012 ini memberi suatu pengajaran yang dapat kita ambil, iaitu kekayaan kita tidak dapat menyelamatkan kita dari kematian seandainya memang sudah ajal ditentukan. "Apabila datangnya ajal, maka tidak akan dilambatkan sesaat atau dicepatkan sesaat. Dalam cerita ini, Presiden Rusia yang kaya-raya mampu membeli kapal terbang tetapi dia mati dalam keadaan yang amat hina.

Tapi muncul pula seorang pemimpin (Presiden Amerika) yang berjiwa rakyat, yang kononnya tidak mahu ikut serta ketika pemindahan kepala-kepala kerajaan untuk ke tempat lebih selamat, namun beliau memilih untuk bersama rakyatnya yang dalam kesusahan dalam menempuh ajal yang sangat dahsyat. 


Satu mesej yang kita perlu hormati dalam 2012 ini, adalah ciri-ciri taat dan patuh kepada agama. Ia memaparkan bahwa memang menjadi fitrah manusia, ketika dalam kesusahan manusia akan mencari Tuhan samada ia beragama Islam, Kristian, Hindu dan Budha. Di saat berlaku kegoncangan yang dahsyat, semua penganut agama duduk di dalam rumah ibadat masing-masing untuk meminta pertolongan Tuhan mereka. 


Tetapi apa yang aku ingin komentarkan adalah 3 dakyah pengarah filem 2012 yang kita perlu titik beratkan. Dalam keadaan yang huru-hara sedemikian, 2012 memaparkan suatu keadaan dimana manusia boleh melarikan diri walaupun ketika waktu kiamat sedang melanda. Sewaktu laut sedang dilanda tsunami yang dahsyat, bumi merekah dan terbelah, gunung meletup, manusia bisa menyelamatkan diri dengan menaiki kapal terbang dan terbang ke udara.hohoho... 


Kemudian mereka menciplak cerita Nabi Noh a.s, dengan menciptakan sebuah kapal laut or kapal selam untuk belayar dan menyelamatkan diri. Yang peliknya, dalam kapal tu, bukan manusia je tapi zirafah, gajah, beruk, rimau pun dorang selamatkan sekali. 


Dan satu lagi, ketika bumi hancur terbelah dan hiruk-pikuk, boleh pula ada sebuah tempat yang cepat surut airnya, pastu aman dan selamat untuk mereka hidup dan membina pola kehidupan dan tamadun yang baru.. Yang paling melucahkan, dalam keadaan kiamat boleh pulak ada segolongan manusia yang selamat dengan melarikan diri.


Cuba kalian renung-renungkan, mereka nak mengajar masyarakat supaya kalau kiamat nanti boleh larikan diri. Yang mati, mati. Yang hidup, hidup. Nasib-nasib.. Jadi berhati-hatilah ok..


"menonton dengan memahami tersurat dan tersirat"
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.30am
14-11-2009
Shah Alam

Khamis, 12 November 2009

Betul Juga 15 : Kemana mereka nak bawa masyarakat kita..






Mungkin dengan hanya melihat gambar di atas kalian dah dapat mengerti apa yang ingin aku coretkan. Gambar di atas adalah gambar iklan TOTO atau 4D di dalam sebuah iklan. Cuba kita renungi dalam-dalam makna serta pengajaran dari surah al-Alaq, "bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan". 


Menjadi pengajaran kepada kita bahwa ayat di atas adalah wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w walaupun nabi Muhammad kita itu ummi. Ayat itu bermaksud menyuruh kita membaca agar kita lebih memahami dan mengetahui..


Tapi cuba kalian renun-renungkan, kalau iklan nombor ekor sampai 3 halaman, ape cerita??? Memanglah iklan boleh dapat duit, tapi secara tak langsung surat khabar merupakan salah suatu lubuk  masyarakat mendapat ilmu pengetahuan. Tapi kalau iklan nombor ekor, gosip artis, gambar artis sahaja... Adakah ia menjadi lubuk masyarakat mendapatkan ilmu...???  


Sebab tu kalau secara jujur, aku memang jarang beli surat khabar kat Malaysia ini, bukan ada isi sangat pun. Lebih-lebih lagi dah ada internet, baca je surat khabar kat internet, blog-blog pun banyak. Mungkin kita perlu sedar akan pentingnya membaca itu sendiri ini, kerana dengan membaca :


1. Kita tidak jadi bodoh.
2. Tidak mudah diperdaya dengan orang yang banyak membaca.
3. Mengetahui peredaran zaman.
4. Tidak percaya bulat-bulat dengan sebelah pihak (pemberi maklumat) 


Jadi pengajarannya, semailah diri dan masyarakat kita dengan minat membaca.. Kalau boleh galakkan diri kita dengan membaca riwayat hidup nabi tak pun tiap-tiap malam baca terjemahan ayat Quran walaupun satu ayat only atau pun bacalah hadis nabi sikit-skit, satu hari satu hadis, 30 hari 3o hadis... Peh, tak hebat kita.. Amin......


"dengan membaca kita tak mudah ditipu dengan mereka yang lagaknya macam rajin membaca"
aL-Haqir illa Robbihi
ibnumaulub
3.19am
12-11-2009
Shah Alam

Selasa, 10 November 2009

Lirik Puitis 4 : Dari Tuhan...

Tuhan
Berombak lautan
Tajam duri di hutan
Begitu kuasamu
Kepada alam
Insan
Kenangi lautan
Tempuhi anak tajam
Ada balasan
Untukmu insan
Bila mentari terpadam
Kita akan dibangkitkan
Menerima harapan
Atas kepanasan
Insan
Berseri cahayamu
Bersinarlah budimu
Kerna ketakwaan
Kepada tuhan
Ooo..Ooo...
By : Wings

Jom Baca Hadis : Siri 12, Tidak halal darah seorang muslim.

Dari Ibnu Mas'ud r.a katanya, telah bersabda Rasullah s.a.w: "Tiada halal darah seorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara ini".

1. Janda yang berzina. (ertinya mereka yang sudah berkahwin wajib direjam)
2. Nyawa dengan nyawa. (pembunuh harus dibunuh balik)
3. Meninggalkan agamanya yang memisahkan dirinya dari jamaa'h.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ahad, 8 November 2009

Coretan Yang Berkelana 40 : Naluri beragama.

Alhamdulilah aku telah selamat sampai di Malaysia, dan kini aku mempunyai misi baru iaitu menyiapkan tesis aku untuk dibalik pulang ke Medan dan untuk disidang munaqosyah, insyallah.. Tadi lepas maghrib aku pergi mengambil ibuku dan kawan sekerjanya di Mydin Subang Jaya, ini kerana ibu baru selesai membeli barang-barang kedai.

Apabila aku sampai di sana, aku segera menelefon ibuku untuk memberitahunya aku sudah sampai. Sambil tu, aku singgahlah dikedai buku agama yang ada kat bawah tu. Biasalah suka tengok kitab-kitab agama baru, sambil tu aku membuat perbandingan. Tapi pandangan aku secara jujurlah ek, kita kat Malaysia ni, amatlah jauh mundur ketinggalan dari segi penerbitan buku dan penterjemahan buku kalau nak dibandingkan dengan Indonesia. Entahlah mungkin sikap orang kita kot, yang hanya suka baca komik sahaja.hehehe

Nak dijadikan cerita, sedang aku membelek-belek kita yang ada kat kedai tu, tiba-tiba datanglah seorang brother ni tengok-tengok cd ceramah agama, mula-mula aku tak perasan kemudian dia ambil cd tu dan terus membayarnya. Aku sempat menjenguk cd yang dibelinya, cd ceramah agama tentang kelebihan amalan-amalan sunat. Apa yang menghairankan aku, borther tu pakai seluar pendek je beb, tapi layan cd ceramah agama, entahlah mungkin dia beli untuk orang lain ke Allahua'lam. Tapi apa yang aku ingin sampaikan di sini, memang sudah menjadi fitrah manusia itu akan kembali kepada agamanya..

"dengan ilmu dan ketaqwaan, kita akan menjadi lebih mulia"
aL-Haqir illa Robbihi
ibnumaulub
3.00am
8-11-2009
Shah Alam

Jumaat, 6 November 2009

Pautan Semasa 18 : Cara terbaru untuk mencuri kereta.!!!

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita..

Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN!!!

Isnin, 2 November 2009

Coretan Yang Berkelana 39 : Kita menolong, kita akan ditolong...

Pagi tadi sewaktu aku hendak pergi ke kuliah, seperti biasa aku akan menaiki pengangkutan awam la.. Aku pun tunggu la (angkut).. Tetiba datang seorang budak perempuan yang turut sama ingin menaiki angkut untuk pergi kampus.. Aku macam biasalah, kalau ada perempuan takkan aku nak sengih kat dia pulak, kang tak pasal-pasal dia ingat aku nak ngorat dia... Angkut pun sampai...

Aku dan dia pun naiklah. Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba budak perempuan ni tadi mengelabah tak tentu pasal. Sibuk mencari-cari sesuatu dalam beg dia.. Pastu dia amek telepon terus menelefon.. Dari apa yang aku dengar macam dia borak dengan kawan dia.. Pastu aku terdengar dia cakap terlupa bawa dompet... So duit tambang takdelah.. Mata dia mula menitiska air mata.. sob2..

Aku pun rasa kesian pulak, dengan selambe aku cakap kat dia, "ah, ngak papalah, biar abg aja yang bayarkan uang angkut mu itu".. Aku terus bertanya, " kuliah dimana dik?" Dia menjawab, "kuliah di IAIN".. Loh, koq sama kita.. Kamu fakultas apa? Tarbiyah.. Kemudian dia menanya aku, fakultas apa? Aku menjawab, aku fakultas syariah..

Kemudian kami pun sampai didepan kampus, dan mula beredar ke fakulti masing2 setelah dia mengucapkan terima kasih kepadaku.. Aku pun terus berjumpa dengan lecturer aku untuk berbincang tentang seminar aku besok. Lecturer itu, mengkonpemkan bahwa besok aku boleh memasuki seminar tersebut dan akan terus diuji..Alhamdulilah...

Aku terus berdoa moga-moga besok aku melepasi ujian tersebut... Amin... Teringat aku akan firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah," dan bertolong-tolongan dalam  perkara kebajikan, dan jangan bertolong-tolongan dalam perkara kemaksiatan"...

"perjalanan kehidupan adalah univerisiti paling berguna dalam hidup"
aL-Haqir illa Robbihi
ibnumaulub
1745 wib
2-11-2009
Medan

Jom Baca Hadis : Siri 11 , Pertolongan Allah dan Perlindungan Allah.

Abu Abbas Abdillah bin Abbas r.a . berkata, Suatu hari aku berada dibelakang Rasullah s.a.w, lalu beliau bersabda :

"Wahai pemuda ! Aku hendak mengajarimu beberapa kalimat : 'Jagalah Allah maka Ia akan menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau akan mendapati-Nya, bila engkau memohon sesuatu, mohonlah kepada-Nya, bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.

Ketahuilah bahawa seandainya seluruh umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaaat bagimu, maka mereka tidak akan boleh memberi manfaat bagimu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan Allah kepadamu. Dan seandainya seluruh umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang merugikanmu, maka mereka tidak akan boleh merugikanmu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah terhadapmu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengeringkan tintanya".

Hadis riwayat Tirmidzi, hasan sohih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails