Apa yang kalian dapat faham dengan gambar di atas. Apa yang dapat kita lihat hanya secawan kopi. Pernahkah kalian melihat serbuk kopi sebelum dicampur dengan air yang panas? Jawapannya mestilah pernahkan. Cuba kalian perhatikan, air panas yang mula-mula tadinya tidak berwarna kemudian apabila ditaburkan sedikit serbuk kopi, secara langsung air tadi bertukar warna menjadi hitam dan bertukar rasa menjadi pahit. Benarkan?
Lihat pula gambar telur di atas. Kalau telur biasa, apabila kita pecahkan dia maka apa yang kita akan dapati? Kita hanya mendapati cecair yang mengandungi warna putih dan oren. Betul tak? Tapi bagaimana pula hendak menjadikan telur rebus? Kita akan mengambil beberapa biji telur dan merendamnya di dalam air yang sangat panas, bagi menjadikan telur itu tadi keras.
Kemudian apa yang aku ingin jelaskan di sini, cuba kalian renungi kembali kehebatan serbuk kopi itu tadi. Dalam sebuah jug yang besar pun, apabila dituangkan beberapa sudu serbuk kopi, secara langsung air dalam jug tadi berubah warna dan rasa. Ini berbeza dengan telur pula, apabila direndam dengan air panas, telur pula menjadi keras.
Apa yang dapat kita bawa pulang sebagai pengajaran hari ini. Maka haruslah kita menjadi seperti sikap kopi yang berjaya mengubah dan menguasai apa yang ada disekelilingnya. Ini memberi erti yang sungguh besar pada kita. Seandainya ada teman di sekeliling kita yang tak solat, maka kita haruslah mencuba untuk mengajak dia bersolat. Kalau teman kita tak pakai tudung, tak tutup aurat, kita haruslah berusaha sampai dia bertudung dan tutup aurat kerana itu adalah tanggungjawab kita.
Jangan kita menjadi seperti telur rebus. Kalau kawan kita tak solat, sudahnya dengan kita-kita sekali tak solat sama. Kalau teman kita tak pakai tudung, lama-lama dengan kita pula tak pakai tudung. Jangan mengikut dan menjadi seperti telur rebus, iaitu kalah dan berubah mengikut keadaan sekeliling. Kawan pergi clubbing, lama-lama kita pun follow sama. Jadilah seperti kopi yang tidak terkesan dengan suasana tetapi ia yang mengubah suasana. Allahua'lam.
"Sehebat secawan kopi dan selemah sebiji telur"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.30pm
25.11.2009
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan