Isnin, 23 November 2009

Betul Juga 16 : Betulkan benda yang biasa, biasakan benda yang betul.



Tengahari tadi kira-kira jam 12.30pm lebih kuranglah ayah dan ibuku mengajak untuk pergi ke rumah kenduri orang kahwin di Taman Dato' Harun. Ayah ajak aku pasal ayah tak tahu jalan kat area situ. Jadi aku dan keluargaku pun pergilah.


Kami pun sampailah kat alamatnya, sempat juga aku bertanya dengan ayah, siapa punya kenduri ini? "Kawan ayah, anak dia kahwin", jawab ayah. Kemudian kami terus bersalam dengan tuan rumah dan keluarganya dan dijemput makan. Setelah selesai makan, ayah macam biasalah borak-borak kejap dengan kawan lama dia. Aku dan adik-adikku tidak mahu turut serta dalam acara borak-berborak itu, kami mengasingkan diri dan memerhatikan keadaan sekeliling.


Apa yang aku perhatikan, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ubah dalam majlis perkahwinan yang ada sekarang ini,  memandangkan Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun, ini bermakna pemahaman dan nilai serta syariat Islam seharusnya seiring dan sejalan dengan kemerdekaan kita. Susah payah Tok Janggut, Tok Kenali, Hamzah Fansuri, Daud Fatoni mengembangkan Islam melalui pelbagai jenis dakwah, antaranya melalui penulisan, menubuhkan madrasah untuk melahirkan para ustaz dan secara langsung menyebarkan agama Islam.


Tapi apa yang berlaku hari ini, kita masih tetap ditakuk yang lama, apa yang paling membimbangkan, kenduri kahwin kita sudah mengikuti dengan cara barat. Jadi ada beberapa perkara yang perlu kita betulkan, dan kita perlu membiasakan dengan benda yang betul. Antaranya :


1. Acara bersalam tidak mengenal mahram. Pantang nama saudara asyik nak bersalam tak kira laki perempuan.
2. Tempat makan bercampur laki dan perempuan. Seharusnya perlu diwujudkan sebuah suasana yang lebih harmoni antara laki dan perempuan.
3. Acara berkaraoke. Kalau laki-laki je nyanyi ok lagi. Ni perempuan siap nyanyi lagu dangdut lagi.
4. Kenduri kahwin menjadi tempat pertunjukkan fesyen. Betulkan? Ramai perempuan sekarang yang pakai baju kurung ke kebaya ke, atau yang jarang untuk menunjukkan tube mereka tol tak?? Lebih sedih budak perempuan yang pakai tudung. Alo kak, yang datang tu semua bukan malaikat, manusia ada nafsu juga. Tu tak kira lagi yang pengantin dok pakai baju berkemban.
5. Acara menepung tawar. Ni adalah adat hindu.
6. Acara bersanding. Ni pun adat hindu.
7. Acara makan beradab, ni tak berapa nak salah tapi lagi elok buat kat rumah jela dengan family lagi bagus. Isteri nak suap suami lapan pinggan pun takpe.


Jadi ini hanyalah sebahagian pendapat aku. Mungkin kalian di luar sana lebih arif dalam agama dan lebih berpengalaman dalam hidup. Allahua'lam.




"biasakan benda yang betul, betulkan benda yang biasa"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.47am
23-11-2009
Shah Alam

1 ulasan:

Sabri berkata...

yup, aq suke ayat tu..
"betulkan yang biasa, biasakan yang betul.."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails