-Seorang pembaca telah bertanya kepada aku melalui chat box tentang kenapa perlu solat dan sila jelaskan. (abdullah) -
Jawapan : Kenapa seseorang itu perlu solat? Seseorang itu perlu solat kerana ada 3 aspek yang menyuruh seseorang muslim itu bersolat.
Jawapan : Kenapa seseorang itu perlu solat? Seseorang itu perlu solat kerana ada 3 aspek yang menyuruh seseorang muslim itu bersolat.
- Suruhan dari al-Quran. Ini berdasarkan dalil dari al-Quran yang bermaksud : "Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk", al-Baqarah : 43, "Dirikanlah solat dari condong matahari hampir gelap malam dan fajar (Subuh). Sesungguhnya solat fajar itu dipersaksikan oleh malaikat", al-Israk : 78, "Dirikanlah solat dan takutlah kepadaNya, dan kamu akan dihimpunkan kepadaNya", al-An'am : 72.
- Larangan meninggalkan solat dari sabda Rasullah s.a.w. Ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Muktasar Shahih Muslim dalam Bab : Meninggalkan Solat Hukumnya Kafir, hadis no 204. Diriwayatkan dari Jabir r.a : Saya mendengar Rasullah s.a.w. bersabda, "Batasan (perbezaan) antara seseorang yang syirik dan kafir adalah meninggalkan solat". Adapun meninggalkan dengan tidak sengaja dimaafkan tertapi perlu diganti solat itu sebagai tanda kita menyesali perbuatan meninggalkan solat.
- Naluri penghambaan. Kita perlu solat kerana kita ini makhluk (yang dicipta), Allah itu khaliq (pencipta), sebagai hamba kita perlu merasa bersyukur bahwa Allah sudi melahirkan kita sebagai manusia yang mempunyai akal, pandai pakai baju, pandai pakai seluar. Kalau Allah jadikan kita sebagai binatang, dapatkah kita merasa untuk melayari internet dan membaca blog saya sekarang ini? Kita diibaratkan seperti seorang pekerja dengan majikannya. Jika pekerja itu bekerja dengan bersungguh-sungguh maka dapatlah bonus bulanan, tapi kalau kerja sekadar kerja, hanya dapat gaji sahaja.
Jadi ingatlah, Allah itu maha Pengasih lagi maha Penyayang.. Diharapkan -abdullah- berpuas hati dengan jawapan yang tidak seberapa ini. Allahua'lam.
al-Haqir ila Robbihi
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.24am
22-11-2009
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan