Rabu, 26 Ogos 2009

Renungan Sejenak 21 : Nikmat ALLAH kepada kita.

Assalamualaikum, di sini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman pertama aku memberikan kuliah maghrib. Padanya mulanya hatiku berdebar-debar ketika ingin memulakan kuliah, alhamdulillah selesai dengan sempurna. Tajuk kuliah aku adalah berkaitan dengan "Nikmat ALLAH".


ALLAH memberikan nikmat kepada kita terlalu banyak. Antaranya :


1. Nikmat asasi.
Nikmat asasi ini merupakan nikmat Allah kepada semua hambanya samada yang Islam ataupun yang kufur.Seperti mata, udara, air, tangan dan kaki. Nikmat asasi ini boleh diusahakan seperti tempat tinggal, makanan dan sebagainya.


2. Nikmat yang menyenangkan emosi(bahagia).
Nikmat ini adalah nikmat seperti harta, anak, ibu dan suami. Contoh nikmat bahagia ini kalau diperhatikan dalam konteks rumah tangga, seorang isteri merasakan aman dan selamat ketika bersama suaminya, dengan syarat si suami bukanlah kaki baran dan sebagainya.


3. Nikmat yang menyenangkan fizikal.
Nikmat ini adalah dalam konteks kesihatan. Teringat aku hadis nabi ada menyebut;


Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ;
a. Muda sebelum tua.
b. Lapang sebelum sempit.
c. Kaya sebelum miskin.
d. Sihat sebelum sakit.
e. Hidup sebelum mati.


4. Nikmat berbentuk mental (akal).
Nikmat akal adalah merupakan nikmat yang paling besar. Ini kerana nikmat akal yang membezakan antara kita dan malaikat, binatang dan tumbuh-tumbuhan.


5. Nikmat berbentuk spiritual.
Nikmat ini dalam kata lain adalah nikmat keimanan. Nikmat ini merupakan nikmat yang paling agung kerana nikmat Islam bukan semua orang dapat menjadi Islam setelah lahir. Ramai dari golongan manusia yang tercari-cari agama mana yang paling benar. Kita sebagai orang Islam perlu mensyukuri nikmat Islam yang kita perolehi sedari kita lahir lagi.




Dengan kata lain, Allah Maha Pemurah ini akan menganugerahkan kepada siapa sahaja yang dia ingin beri nikmat. Untuk mendapatkan nikmat, kita perlulah melakukan 3 perkara :


1. Berusaha bersungguh-sungguh.
2. Bersabar didalam usaha.
3. Bersyukurlah kepada ALLAH jika dikurniakan nikmat.


ALLAHUA'LAM.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails