"Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang zalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahwa ALLAH amat keras siksaanya". Surah al-Anfal 25.
Firman Allah S.W.T di atas mengingatkan kepada kita tentang suatu siksaan yang ALLAH Taala turunkan kepada manusia yang tidak hanya berlaku kepada mereka yang berbuat zalim, akan tetapi kepada semua yang terdapat disekitarnya.
Cuba kita lihat, baru-baru ini suatu wabak yang sedang melanda iaitu wabak selsema babi atau "Flu Babi". Dulunya kecoh dengan gejala selsema burung dan sekarang munculnya pula selsema babi ini.
Teringat aku akan kata-kata Ustaz Ismail Kamus didalam ceramahnya; bahwa sesungguhnya musibah itu terdapat 3 kategori :
1. Musibatul Bala'
Iaitu musibah yang didatangkan oleh ALLAH kepada manusia sebagai bala bencana.
2. Musibatut Tarbiyyah
Iaitu musibah yang ALLAH turunkan kepada manusia sebagai pengajaran dan pendidikan agar manusia berubah dari bebuat dosa lalu bertaubat.
3. Musibatul Jaza'
Iaitu musibah yang ALLAH turunkan kepada manusia sebagai balasan di atas kesalahan yang manusia lakukan sendiri
Jadi, dapatlah kita renungkan sebenarnya setiap apa jua yang datang kepada kita mungkin ada hikmah disebaliknya. ALLAHUA'LAM.
ibnumaulub
2.47pm
30-04-2009
Medan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan