Rabu, 5 Januari 2011

Coretan Yang Berkelana 96 : Selamat Pengantin Baru Sahabatku...


Selepas operasi " Amar Makruf Nahi Mungkar " bersama Jais. Kami kembali ke Shah Alam kira-kira jam 4.30am. Dan kami terus mencari kedai minum untuk mengisi perut sambil menanti subuh agar subuh tidak hanyut. Yelah sibuk dok cegah orang bikin maksiat karang kita sendiri yang tinggal solat.

Setelah selesai mengisi perut dan solat subuh kami pulang ke rumah untuk berehat dan bangun lewat sedikit atas faktor keletihan. Kira-kira jam 2pm aku dan sahabat yang lain bergerak menuju ke Sungai Dorani (Kuala Selangor). Kerana ingin memberi sokongan kepada sahabat kami Azim Fatah yang akan melangsungkan pernikahan pada jam 5.30pm.

Acara berlangsung pada jam 5.30pm, alhamdulilah dengan sekali lafaz Azim dengan sahnya menjadi suami kepada Nurul Hashimah. Selamat pengantin baru dan tahniah sahabatku.... 










al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.43am
5-1-2011
Shah Alam

3 ulasan:

Hunny berkata...

Azim dah kawen? Hebat la pengantin tu! Nak akad nikah pun sempat sertai operasi! Hebat! :D Sampaikan ucapan tahniah kak hani pada dia.

ZANA berkata...

salam, ustaz, apa yang perlu kita buat sekiranya kita menasihati seseorang utk menutup aurat tetapi jawapannya: dah cuba tutup semua tapi tak cantik sebab itu i pakai ala2 (letak ajer...tapi rambut terjembul dan tudung boleh tahan jugak mahalnya)

ibnu_maulub berkata...

wslm..
kalau jawaban sahabt itu tadi mengatakan bahwa dia tidak cantik tika memakai tudung penuh..

maka kembalilah kita kepada maksud al-Quran dari surah at-Tin..

" sesungguhnya manusia itu sebaik2 kejadian ".

jadi alangkah indahnya wanita itu jika ia menutup aurat kerana ketika ia menutup aurat ia dapat menjaga beberapa perkara :

1. maruah diri agar tidak dilihat rahsia dalaman maruahnya

2. menjaga maruah agama dengan menuruti perintah agama.

3. menjaga maruah suami, agar suami tidak dihukum sebagai seorang yang dayus.

Allahua'lam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails