Khamis, 27 Januari 2011

Coretan Yang Berkelana 99 : Bacalah kitab walau semuka...

Jam tepat 8.33pm, Pullah terpacul dimuka rumahku. Seperti yang dirancangkan aku dan Pullah bergerak menuju ke rumah Afham. Setelah tiba di rumah Afham, seronok aku melihat anak-anak kecil yang mengaji dirumah Afham. Terbit dibenak hatiku, "banyak saham Afham besok diakhirat"...

Selepas menunaikan solat Isyak berjemaah, kami dengan pantas memandu kereta menuju ke rumah Ustaz Hamdan. Beliau merupakan guru kami masa di sekolah dahulu. Perjalanan pada malam ini, Azim dan Zaki tidak dapat turut serta kerana ada amanah yang seharusnya diselesaikan.

Kira-kira jam 9.45pm, kami sampai di depan pintu rumah Ustaz Hamdan, beliau menyambut kami dengan muka yang begitu terkesima dan teruja. Kami melangkah masuk ke dalam rumahnya. Sunyi sahaja, ini berikutan ustaz sekarang tinggal bersendirian lantaran perginya arwah isteri ustaz yang meninggal akibat kanser setahun lalu.

Kami lihat ustaz begitu sebak pabila menceritakan perjuangan saat-saat akhir arwah isterinya sebelum meninggal dunia, kelihatan ustaz begitu mencintai arwah isterinya. Perbualan kami semakin rancak dengan menceritakan perjalanan kami selepas habis dari sekolah dan sudah terlalu lama tidak bertemu dengan beliau. Kini aku dan sahabat-sahabat yang lain ingin menyambung kembali silaturahim yang pernah ada antara seorang guru dan murid.

Ustaz bertanya kepada kami tentang apakah yang sedang kami lakukan sekarang. Bermula dari Pullah, aku dan Afham. Disamping itu ustaz sering mengingatkan agar jangan sesekali tidak membaca kitab. Lazimkan membaca kitab walaupun hanya semuka pada satu hari.

Dia menceritakan ramai pelajar pada masa sekarang ini, kurang mengenali ulama'-ulama' yang hebat. Tidak ramai yang  mendalami ilmu agama secara istiqomah. Dan dia juga mengingatkan agar kami jangan cepat menerima sesuatu ilmu dengan secara membabi buta atau kaji sedalam mana kesahihan sesebuah ilmu itu.

Jam merangkap hampir jam 12.00am, aku dan sahabat yang lain meminta izin kepada ustaz untuk mengundurkan diri. Di akhir pertemuan, kami bersalam dan meminta ustaz mendoakan perjalanan kami di dunai dan akhirat. Amin... Wassalam...



al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
6.55am
27-1-2011
Shah Alam

1 ulasan:

Hunny berkata...

Bagus diamalkan. Kak Hani setiap hari cuba baca 1-4 muka al-quran. Nak baca kitab ARab tak reti..:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails