Khamis, 29 Disember 2011

Coretan Yang Berkelana 126 : Muhasabah penghujung tahun...


Pada cuti Krismas yang lalu, team usroh kami mengadakan rehlah @ percutian ke Port Dickson. Ini bertujuan untuk bermuhasabah pada hujung tahun. Kami mengadakan qiamulail dan berbincang tentang perjalanan team usroh ini pada tahun hadapan.

Benarlah pesan cerdik pandai, " jika kita ingin mengenali seseorang, kita perlulah bermusafir bersama dia, nescaya kita akan tahu sikap dan perangainya. "

Dengan bermusafir @ berjalan jauh ini, kita akan mengenali sikap sahabat kita yang telah lama kita bersahabat dengannya. Kita boleh mengenali lebih dalam apakah ia seorang pemurah, kendekut, mempunyai sifat berkira atau pun ringan tulang.

Bermusafir ini juga digalakan dalam Islam dengan mengambil peristiwa Nabi s.a.w kita diisra' dan mi'rajkan. Ini bertujuan untuk menghiburkan hati dan membawa pemikiran yang baru.

Alhamdulillah team usroh berjaya dengan selamat dari sudut pergi dan pulang serta program yang dirancang berjalan dengan sempurnanya. Insyallah program ini akan dijadikan agenda tahunan bagi memuhasabahkan diri untuk lebih berjaya dimasa akan datang. Allahua'lam.














~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
7.01pm
29-12-2011
Port Dickson, Negeri Sembilan

Sabtu, 24 Disember 2011

Coretan Yang Berkelana 125 : Kelip-kelip Kg. Kuantan...


Pada minggu lepas aku, isteri dan Afham sempat singgah ke Kg. Kuantan, Kuala Selangor. Tujuan ke sana ingin sendiri sejenis serangga yang digelar kelip-kelip @ kunang-kunang. 

Kelip-kelip ini merupakan sejenis serangga yang mengeluarkan cahaya di badannya. Pokok Barembang merupakan antara tempat habitat ini tinggal. Kelip-kelip sering memakan siput-siput yang telah mati dicelah-celah pokok Barembang.

Kelip-kelip amat sensitif pada cahaya. Jika ia terkena cahaya, cahaya dibadannya akan berkurangan. Kini Tenaga Nasiaonal Berhad @ TNB telah melakukan pembaikan pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap serangga kelip-kelip ini.

Sungguh indah ciptaan Allah. Segala yang Allah ciptakan tiada satu pun yang tidak berguna pada hambanya dimuka bumi ini. Subbahana Allah.. Cuma kita yang perlu memikirkannya. Allahua'lam.






~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL- Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.51pm
24-12-2011
Shah Alam

P/s : Maklumat lanjut rujuk http://kelip2.tripod.com/intro.htm

Khamis, 22 Disember 2011

Sekadar Berkongsi 11 : Berdakwah bukan hanya dengan nasyid...


Tidak semestinya berdakwah dengan nasyid, berdakwah tiidak perlu memakai serban, jubah, 
cukup sekadar kita menyampaikan apa yang disuruh oleh Al-Quran.. 
Terserah dengan cara masing-masing. Ingat orang melihat 
" BAGAIMANA KITA MENTERJEMAHKAN AGAMA DALAM KEHIDUPAN KITA "...


Khamis, 15 Disember 2011

Jom Baca Hadis 37 : Mudahnya nak dapat pahala....!!!

1. Senyum bila berjumpa orang.

Daripada Abu Zar r.a berkata : Rasullah s.a.w pernah bersabda kepadaku :

" Wahai Abu Zar ! Janganlah engkau menganggap hina suatu kebaikan, walaupun kebaikan itu berupa senyuman manis apabila bertemu saudaramu "

Dalam riwayat lain, Rasullah s.a.w bersabda : " Senyuman terhadap saudaramu itu adalah satu sedekah " Hadis riwayat  Tirmizi.


2. Berjabat tangan.

Daripada al-Bara bin 'Azib r.a berkata : Rasullah s.a.w bersabda :

" Tidak ada dari dua muslim yang berjumpa lalu keduanya berjabat tangan, melainkan diampuni bagi mereka berdua sebelum berpisah ". Hadis riwayat Abu Daud.


Selasa, 13 Disember 2011

Coretan Yang Berkelana 124 : Kembara ke Kota Kinabalu, Sabah (2).


Kami di Kota Kinabalu selama beberapa hari. Banyak tempat yang sempat kami lawati. Benar kata orang, berhijrah nescaya kamu akan memperolehi ilmu dan pengalaman yang baru. Dan kemungkinan besar ilmu itu akan bermanfaat dikemudian hari.

Kami sempat mengunjungi "Tamu Ahad @ Sunday Market". Begitu banyak barang yang dijual. Ia sebuah pasar yang terlalu padat. Barang-barang yang dijual di situ juga berpatutan tidaklah terlalu mahal. Apa yang boleh dikongsikan.

Setiap bawah gerai akan ada sebuah tong sampah. Ini bagi memudahkan masyarakat mereka membuang sampah dan tidak mengotorkan kawasan pasar tersebut.





Kemudian kami sempat singgah ke Masjid Bandaraya Likas. Masjid ini merupakan yang terbesar di daerah tersebut. Apa yang uniknya, masjid ini dikelilingi oleh air laut. Menurut cerita masyarakat setempat asal tapak masjid itu adalah laut. 

Kemudian pemerintah menambak laut dan meninggalkan sedikit air agar kelihatan masjid itu seakan-akan terapung. Yang menariknya, dalam kawasan masjid ada kedai makan, klinik, bank dan kedai buku. Ini membuatkan seperti kehidupan baginda Rasullah yakni menjadikan masjid sebagai tempat tumpuan masyarakat.





Kami sempat menaiki Bukit Bendera di Kota Kinabalu bukan di Penang ok. Bukit Bendera ini ada jalan menuju ke istana Yang Dipertua Sabah. Permandangannya sungguh cantik untuk melihat bandar Kota Kinabalu. Cuma... 

Aku terfikir, kenapa ya semua istana raja-raja, sultan mesti di atas bukit. Tidak seperti Saidina Umar yang hanya tidur dibawah pokok tanpa ada pengawal... Fikirkanlah..




Sejurus turun dari Bukit Bendera kami terus menuju ke Jesselton Point. Jesselton Point merupakan nama asal bagi Kota Kinabalu. Kami menaiki kapal yang besar, kapa itu bernama "Logos Hope". 

Pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah menceritakan, memang sering kapal-kapal besar ini datang dan mengadakan pesta buku di dalam kapal tersebut.

Dengan timbul penasaranya @ perasaan ingin tahu aku itu. Aku dan isteri serta adik-adik tadi menaiki kapal yang diceritakan. Memang benar terdapat banyak buku. Semuanya dijual dengan harga tidaklah terlalu mahal.



Apa yang menarik perhatian aku, misi kapal ini mengadakan pesta buku adalah untuk berdakwah tentang ajaran Kristian. Boleh dikatakan terdapat banyak kitab-kitab yang menceritakan tentang Kristian dan memuji-muji Jesus.



Pada keesokkan harinya, adinda ku membawa aku, isteriku, ibunda dan adinda yang bongsu pergi ke Taman Hidupan Liar, Lok Kawi. Perjalanan dari KK memakan masa kira-kira 40 minit. Di sana kami melihat banyak hidupan-hidupan liar. 

Taman ini merupakan asal kepada hutan yang sudah sedia ada, kemudian diubah sedikit untuk diletakkan binatang-binatang untuk dijadikan tontonan umum.







Sebelum hari terakhir kami pulang ke KL. Kami sempat pergi ke Pulau Manukan. Pulau Manukan merupakan pulau yang boleh dikategorikan sebagai pulau yang cantik dan airnya begitu jernih. Sempat kami snorkeling melihat keindahan laut dan ikan-ikan cantik berenang-berenang dengan riangnya. SubhanaAllah.










~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.37pm
13-12-2011
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails