Pada hari Sabtu yang lalu, seorang temanku meminta aku menemaninya untuk mencari sedikit barang peribadinya. Maka sudah menjadi sifat fitrah ku sejak azali, aku senang dan mudah untuk menolong orang dan lebih berasa tenang jika dapat membantu orang yang inginkan bantuan dari kita.
Nak dijadikan cerita, kami berjalan dari lepas zohor sampai ke waktu menjelang asar. Kira-kira jam hampir ke jam 5 aku dan sahabatku mula mencari masjid untuk menunaikan solat asar dan merancang untuk pulang berbuka dirumah.
Setelah selesai solat, aku menunggu diluar kerana sahabatku belum lagi selesai solat. Sambil menunggu dia kira-kira 15 minit ditangga masjid. Aku beroleh 3 cerita yang bisa aku bawa pulang dan boleh dijadikan sebagai pengalaman dalam hidup.
Sedang aku menunggu sahabatku itu tadi, tiba-tiba datang 5 orang lelaki yang hensem secantik ciptaan Allah dan putih kulitnya tetapi.... Ya Allah pondan dalam keadaan berpakaian lelaki.
Kemudian, seorang sahabatnya pergi ke dalam masjid menunaikan solat, dan yang 4 lagi hanya berborak ditangga tanpa merasakan perasaan bersalah. Dalam benakku berkata, Ya Allah dia orang ni dah la hensem, kalau la taat beribadat lagi beriman, mesti menjadi kegilaan wanita.
Kemudian sedang aku memerhatikan 4 orang pondang itu, tiba-tiba seorang pak cik buta sedang mahu menuruni tangga masjid, aku memerhatikan tiada seorang pun yang mahu membantu pak cik buta itu.
Aku berasa bersalah dan dengan segera aku membantu pak cik buta itu. Argh.. Lega rasanya. Benarlah kata orang, hati akan menjadi lapang jika membantu orang.
Selesai aku membantu pak cik tersebut, tiba-tiba aku mendapati selang 6 kaki dari depan pintu masjid dikerumuni orang ramai. Pada mulanya, aku tidak mengendahkannya. Tetapi lama-kelamaan aku makin menjadi penasaran (perasaan ingin tahu).
Aku pun menghampiri ke tempat orang ramai tersebut, aku mendapati ada seorang mak cik terjatuh maka ramai yang datang menengok dari membantu. Aku hanya tersenyum seorang diri. Dalam benakku berkata, " kuat betul perasaan ingin tahu itu dalam perangai orang melayu". Allahua'lam.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.08am
23-08-2010
Shah Alam