Isnin, 13 Disember 2010

Lirik Puitis 17 : Syukur (Kau Yang Satu)


Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang Satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa dosaku
Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Amana hilangnya Cinta?
Mana hilangnya setia?
Aku akan tersu cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari

Dunia sementara kan dihitung juga
Sebelum terlamabat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir tiap masa, fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia


Ku hirup secukup udara
Hatiku buka, termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala ku bertanya
Kemana cahaya?
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat?
Yang penuh rahmat?
Berjuta juta kali dunia mempermainkanku
Hatu menurut nafsu, nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha esa
Dapatlah pena menari meluah kata kata
Ku meredhai apa telah terjadi
Tunjukkan jalan benar, ampunilah dosaku..
Aku tafakur di hadapanmu
Berderai derail airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih illahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan, kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan
Oh Tuhan yang Satu
Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu
Ampuni segala dosa dosaku

By : One Nation Emcees

Khamis, 9 Disember 2010

Jom Baca Hadis 29 : Larangan Berbisik...


Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain, hingga engkau bergaul dengan manusia, karena yang demikian itu membuatnya susah."

Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Muslim.

Isnin, 6 Disember 2010

Pautan Semasa 38 : Salam Hijrah 1432....


Salam Hijrah dari ibnumaulub kepada semua pembaca blog ini.
Semuga kehidupan kalian Allah rahmati.. Amin..
6-12-2010
4.49pm
Shah Alam

Coretan Yang Berkelana 93 : Kala gigiku gugur.

Sedang aku bersarapan pagi dengan Zaki di Seksyen 20, datang seorang pak cik tua yang bongkok berkupiah putih.

Terdetik dalam hatiku kemungkinan pak cik ini berusia dalam 60 an. Aku hanya memerhatikan pak cik tua itu.

Pak cik itu memesan kopi dan nasi lemak. Kala aku menikmati keenakkan nasi lemak berlaukkan paru itu, aku terkesima melihat beliau. Ada suatu perkara yang membuat aku memikir suatu ranjang perjalanan sewaktu melewati usia seperti pak cik itu.

Aku memerhatikan beliau, seakan tidak mampu untuk mengunyah ketulan daging yang dihidang dalam nasi lemak tersebut.

Beliau meluakkan daging tersebut di bawah meja sambil memerhatikan keadaan sekeliling, kalau-kalau ada mata yang memandangnya. Timbul dibenak pemikiranku, bagaimanakah nasib hari tua ku yang akan daku lewati dalam keadaan gigi yang sudah gugur. Kala nikmat yang dikurniakan Allah ditarik satu-persatu.

Sambil menyambung kunyahan nasi lemakku, teringat daku akan kata-kata Ustaz Ismail Kamus ;

"Pabila tua, mata sudah kabur, gigi sudah gugur, kulit sudah kendur, tepi rumah kubur". Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.41am
4-12-2010
Shah Alam

Sabtu, 27 November 2010

Peringatan Bagi Orang Yang Lalai 1: Mutiara Keikhlasan.



Oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".(al-Kahfi 110)

Ulama Hikmah menegaskan bahawa : “Barangsiapa melakukan 7 amalan tanpa disertakan 7 perkara, bererti hampa atau palsu amalanya”. 

1.      Takut kepada Allah tapi tidak mahu mengurangi maksiat.
2.      Mengharap pahala dari Allah tapi enggan beramal atau beribadat kepadaNya.
3.      Bertekad akan melakukan kebaikan kepada Allah tapi tidak dilakukan dalam keadaan yang nyata.
4.      Berdoa kepada Allah tapi tidak berusaha secara zahiriah.
5.      Mohon ampun kepada Allah tapi tidak menyesali dosa yang telah dilakukannya.
6.      Zahirnya berbuat kebaikan tapi dalam hatinya tidak ikhlas.
7.      Beramal atau beribadat tapi tidak mengharap keredhaan dari Allah.


Syaqiq bin Ibrahim menegaskan : Ada 3 perkara merupakan benteng amal, iaitu :


1. Hendaknya mengakui bahawa amal atau ibadatnya itu adalah dari pertolongan Allah.
2. Semata-mata mencari redha Allah agar nafsunya teratur.
3. Sentiasa mengharap redha Allag agar tidak timbul rasa tamak atau riya'.

Maka dengan 3 perkara tersebut amal atau ibadat seseorang dapat ikhlas.

Selasa, 23 November 2010

Coretan Yang Berkelana 91 : " Jangan menyusahkan diri-sendiri ".


Pada minggu lepas aku dan Zaki lepak makan tengahari di Seksyen 7, sedang kami khusyuk makan sambil berbual-bual dan memerhatikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba datang seorang pak cik tua yang berloghat Pahang hadir ke meja kami. 

Beliau memberi salam dan memperkenalkan diri kepada kami. Tujuan beliau adalah untuk mencari dana bagi anak-anak yatim. Disamping itu, beliau turut menyediakan kitab-kitab agama bagi setiap sumbangan yang diberi.

Aku melihat ditangannya ada kitab wirid selepas solat dan cara belajar solat. Lalu aku bertanya kepadanya, " Pak cik ada bawa kitab lain tak?". " Ada" jawab beliau. Beliau menunjukan beberapa kitab antaranya Alam Kubur dan Syurga dan Kenikmatannya.

Aku tertarik dengan dua buah kitab itu lalu aku menghulurkan sedikit sumbangan kepada pak cik itu. Kemudian pak cik itu bersalaman dengan kami serta mendoakan kami. Sebelum berpisah beliau sempat memberi sedikit nasihat kepada kami. 

" Jangan melakukan perbuatan yang bakal menyusahkan diri-sendiri ". Kami tersenyum-sipu setelah mendengar nasihat dari beliau. Beliau berkata secara sindiran merangkap nasihat yang bagus.

Memang benar katanya, jika kita melakukan perkara yang dilarang Allah kelak kita akan menyusahkan diri-sendiri selepas hari kebangkitan. Aku terkesima mendengar nasihat yang halus dan penuh hikmah. Benarlah kata-kata hikmah, " carilah ilmu hikmah, kerana ilmu hikmah itu kepunyaan orang Islam yang telah lama hilang". Allahua'lam.


aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.20pm
23-11-2010
Shah Alam

Isnin, 22 November 2010

Sekadar Berkongsi 5 : Kata-kata Dr. Fadzillah Kamsah.



Kata-kata Dr. Fadzillah Kamsah mengenai kerja :

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita ‘PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’

Ahad, 21 November 2010

Lirik Puitis 16 : Seruan.




Gigil menggigil aku
Ku dengar suara kebesaran
Terbangun dari tidurku
Suara azan berkumandang

Terketar ketika itu
Manakah arah tujuan
Berlinang air mataku
Menitis ke bumi penyesalan

Garis panduan tiada ku hindari
Ajal sentiasa tanpa kusedari

Baru kumengerti erti kehidupan
Mengenal diri dalam kehidupan
Tiadalah aku

Bawalah aku hampir kepada kepadamu
Jalan sebenar mengikut arahmu
Ya Tuhanku

By : Lefthanded

Jumaat, 19 November 2010

Renungan Sejenak 35 : Bila nak berubah?



Pengurusan dengan pihak kerajaan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Ini dapat diperhatikan dalam kehidupan kita seharian. 

Tengahari tadi aku, Afham dan Zaki pergi ke JPJ Padang Jawa untuk menguruskan pembaharuan lesen memandu. 

Dari 12 kaunter hanya 3 kaunter sahaja yang dibuka, Mungkin kalau bersikap husnu zhon ( bersanka baik), bolehlah dikatakan mereka pergi solat jumaat dan makan tengahari. Tapi takkan la sampai jam 3.30pm.


Tapi itulah kenyataan dan haqiqat yang harus kita terima dalam bidang pengurusan dengan kerajaan. Jika kita bersikap dengan sambil lewa ini akan membuat institusi dari pemerintah dipandang lekeh.


" Perubahan itu perlu "
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.06pm
19-11-2010
Shah Alam

Pautan Semasa 37 : Perompak Dalam Lif...!!!


Pecah Perut 11 : Pemain Simpanan...



Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. 

Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga kerana situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."

"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...". 

Selasa, 16 November 2010

Coretan Yang Berkelana 91 : Selamat Hari Raya Idil Adha...




Apakah perasaan kalian bila tersedar dari tidur dan terus teringat bahawa kalian bermimpi mendapat sebuah arahan yang menyatakan serta menyuruh menyembelih anak sendiri? Pada naluri dan jiwa manusia takkan kita sanggup buat, benarkan? 

Tapi itulah hakikat dan arahan dari Sang Pencipta yang menyuruh Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sebenarnya dalam kehidupan kita banyak memerlukan pengorbanan.


Samada pergorbanan sebagai seorang ayah dalam membesarkan anak-anaknya. Atau pergorbanan sebagai seorang pelajar yang ingin berkorbankan masa lepaknya demi menuntut ilmu dan ingin membantu masyarakatnya. Atau pengorbanan sesebuah gerakan, parti atau persatuan yang mendaulatkan Hadharah Islamiyah di negaranya. 

Pokoknya, setiap orang dalam hidup itu memerlukan pengorbanan. Tapi sempena hari raya korban atau raya haji ini, ada pula yang berkorban kerbau, lembu dan sebagainya. Jangan berkorban ayam dan burung sudahlah. Didalam erti kata korban ini, secara tidak langsung ia mengenang sejarah penyembelihan ke atas Nabi Ismail a.s. 

Ia membawa sebuah pengajaran yang amat besar dalam kehidupan orang muslim hari ini. Kita dapat melihat begitu sayupnya hati Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah dan suruhan Allah tanpa banyak berbicara. Ini menjadi pengajaran kepada kita, iaitu apakah pengorbanan kita pada agama, bangsa dan tanah air kita. 

Apakah kita sudah bersedia mengorbankan segala-galanya demi agama, bangsa dan tanah air kita? Bayangkanlah, seorang perempuan sanggup mengorbankan agamanya dengan membuka tudung mempamerkan rambutnya demi mengikuti trend terkini. Seseorang remaja lelaki sanggup mengorbankan agamanya dengan memakai seluar pendek demi menuruti fesyen anak muda sekarang? 

Sanggup kita mengorbankan agama kita dengan tak solat dan minum arak atas alasan kawan-kawan tak solat dan minum arak? Bagaimanakah seandainya jika kita dapat perintah dan arahan seperti yang dilalui oleh Nabi Ibrahim a.s.? 

Jadi sahabat-sahabat sekalian, aku menyeru kepada diriku yang haqir (hina) ini dan teman-teman sekalian marilah kita bersama-sama berhijrah dan berubah menjadi ke arah yang lebih baik dan berkorban tak kira apa sahaja demi agama yang tercinta. Biar kita berkorban demi agama, jangan agama terkorban kerana kita. Allahua'lam. Selamat Hari Raya Haji & Korban.

"biar kita berkorban demi agama, jangan agama terkorban kerana kita"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.18pm
16-11-2010
Shah Alam

Isnin, 15 November 2010

Coretan Yang Berkelana 90 : Yang berat sama dipikul.


Alhamdulilah dalam menelusuri perjalanan sehari-hari. Kita sering terlupa kepada golongan yang kurang mampu. Alhamdulilah group usroh kami telah berjaya mengumpul dana yang tidak seberapa.

Kami telah memperuntukkan dari dana yang dikumpul untuk kebajikan kepada masyarakat setempat yang kurang mampu. Kami telah mencari beberapa buah keluarga yang antaranya terdiri dari ibu tunggal dan keluarga yang dhaif.

Kami telah berjumpa sendri dan bertanya tentang bagaimana pencarian pendapatan mereka sehari-hari.Ada yang mencuci pinggan mangkuk direstoran, menjadi pembantu ditaska dan sebagainya. Pendapatan mereka sebulan hanya sekadar RM450 sebulan.

Terkesima kami mendengarnya dan membayangkan bagaimana untuk membayar rumah sewa, bil elektrik, bil air, perbelanjaan dapur dan sebagainya.Rata-rata dari rumah yang kami pergi bersikap ramah dan senang menerima kedatangan kami.

Disetiap penghujung perbualan kami, kami meminta untuk mereka mendoakan perjalanan dakwah kami serta kuatkan iman kami dalam melewati zaman yang penuh fitnah ini. Allahua'lam.










'yang berat sama dipikul'
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
8.08pm
13-11-2010
Shah Alam

Pautan Semasa 36 : Obama Yahudi ?




Rabu, 10 November 2010

Jom Baca Hadis 28 : Malu itu sebahagian dari iman.



·         Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman. (Shahih Muslim No.50)

·         Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata:
Nabi saw. mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu, lalu Nabi saw. bersabda: Malu adalah bagian dari iman. (Shahih Muslim No.52) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails