Siang berjuang mencari rezki dan malam berjuang mencari lailatul qadr. Mungkin itu adalah rutin jadual seorang yang bernama mukmin sejati. Seperti yang diuntaikan menurut bidalan arab, " Dunia umpama penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".
Bertitik-tolak dari kemunculan Ramadan yang baru tiba ini, ia seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Dan ia boleh juga dijadikan sebagai sebuah landasan untuk meletakkan tapak istiqomah dalam beramal. Bayangkan, kalau hari yang biasa begitu sukar untuk kita bangun pagi lebih-lebih lagi untuk bertahajud.
Sama juga witir selepas tarawih. Kadang-kala kalau hari yang biasa selepas Isyak itu adalah cukup sukar untuk kita melakukan witir walaupun dengan hanya 1 rakaat. Nah, jadikanlah Ramadan kali ini sebagai sebuah landasan untuk meniti tangga-tangga ke syurga.
Tapi dalam kita meniti arus Ramadan yang sedang dilimpahi dengan keberkatan dari Allah, pada minggu lepas kira-kira lagi 20 minit sedang waktu hampir buka, tiba-tiba aku menerima sebuah sms.
Sms itu datangnya dari salah seorang anak muridku yang menceritakan tentang keadaan keluarganya sedang goyah dan hampir ke lembah penceraian kerana bahana dari sebuah fitnah.
Beliau meminta aku berdoa akan kedudukan rumah tangganya itu. Kemudian besok harinya pada waktu yang sama seperti semalam aku menerima sms dari "dia" lagi. Cuma kali ini sms nya berbunyi begini,
" Salam ustaz dgn berat hati akak perlu berundur dr kelas, tanpa izin hubby akak tak blh nak teruskan, doakan yang terbaik untuk akak dan famili, sedih sgt sbb hajat hati nak jd pandai dan faham al-Quran tak kesampaian. T.kasih byk2 diatas tnjuk ajar ustaz, maaf kalau akak ada salah dan silap ;-(
Aku terkesima pabila membaca sms itu, apa yang terfikir dibenakku apa yang hanyalah hasil dari sebuah fitnah yang menyebabkan pembelajaraan ilmu agama seseorang itu terhenti. Mungkin kita tidak menyalahkan sebelah pihak sahaja.
Mungkin kedua-dua pihak ada silap dan kurangnya. Cuma, aku mendoakan semoga akak itu dan suaminya dilimpahi rahmat Allah, dan apa yang berlaku semuanya itu ada hikmah disebaliknya. Allahualam.
"para pencari Tuhan"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.07pm
18-8-2010
Shah Alam
1 ulasan:
saya engat lagi ustaz pernah sebutkan dalam Al-Quran mengenai sepotong ayat yang menyatakan bahawa "sekiranya kita menerima sebarang perkhabaran tentang sesuatu, jika buruk perkara itu maka selidikilah..dan jika baik perkara itu..doakanlah...' buat akak tersebut saya doakan semoga pengornanannya & ketaatannya itu membawa dia lebih dekat untuk menuju Syurga...
Catat Ulasan