Isnin, 23 Ogos 2010

Coretan Yang Berkelana 82 : Kisah 5 pondan, seorang pak cik buta dan melayu yang ingin tahu.


Pada hari Sabtu yang lalu, seorang temanku meminta aku menemaninya untuk mencari sedikit barang peribadinya. Maka sudah menjadi sifat fitrah ku sejak azali, aku senang dan mudah untuk menolong orang dan lebih berasa tenang jika dapat membantu orang yang inginkan bantuan dari kita.

Nak dijadikan cerita, kami berjalan dari lepas zohor sampai ke waktu menjelang asar. Kira-kira jam hampir ke jam 5 aku dan sahabatku mula mencari masjid untuk menunaikan solat asar dan merancang untuk pulang berbuka dirumah. 

Setelah selesai solat, aku menunggu diluar kerana sahabatku belum lagi selesai solat. Sambil menunggu dia kira-kira 15 minit ditangga masjid. Aku beroleh 3 cerita yang bisa aku bawa pulang dan boleh dijadikan sebagai pengalaman dalam hidup.

Sedang aku menunggu sahabatku itu tadi, tiba-tiba datang 5 orang lelaki yang hensem secantik ciptaan Allah dan putih kulitnya tetapi.... Ya Allah pondan dalam keadaan berpakaian lelaki. 

Kemudian, seorang sahabatnya pergi ke dalam masjid menunaikan solat, dan yang 4 lagi hanya berborak ditangga tanpa merasakan perasaan bersalah. Dalam benakku berkata, Ya Allah dia orang ni dah la hensem, kalau la taat beribadat lagi beriman, mesti menjadi kegilaan wanita.

Kemudian sedang aku memerhatikan 4 orang pondang itu, tiba-tiba seorang pak cik buta sedang mahu menuruni tangga masjid, aku memerhatikan tiada seorang pun yang mahu membantu pak cik buta itu. 

Aku berasa bersalah dan dengan segera aku membantu pak cik buta itu. Argh.. Lega rasanya. Benarlah kata orang, hati akan menjadi lapang jika membantu orang.

Selesai aku membantu pak cik tersebut, tiba-tiba aku mendapati selang 6 kaki dari depan pintu masjid dikerumuni orang ramai. Pada mulanya, aku tidak mengendahkannya. Tetapi lama-kelamaan aku makin menjadi penasaran (perasaan ingin tahu). 

Aku pun menghampiri ke tempat orang ramai tersebut, aku mendapati ada seorang mak cik terjatuh maka ramai yang datang menengok dari membantu. Aku hanya tersenyum seorang diri. Dalam benakku berkata, " kuat betul perasaan ingin tahu itu dalam perangai orang melayu". Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.08am
23-08-2010
Shah Alam

3 ulasan:

yunk berkata...

salam..sekadar ingin berkongsi pandangan...:-)
pertama skali saya ucapkan tahniah kerna menjadi teman yang baik..
bagi isu 4orang pondan tersebut..pada saya sekiranya mereka terlalu sempurna..cukup sifat..ada rupa, ada gaya..dan menjadi kegilaan wanita..dikhuatiri mereka akan terjerumus pula ke lembah maksiat dan godaan seksual dari wanita...kan lebih parah itu..doakanlah semoga mereka bertaubat dan menjadi lelaki sejati lagi beriman..
yang kedua mengenai perasaan ingin tahu melayu..yang jatuh itu seorang perempuan..makcik..owang pompuan kan cepat panik..bila tengok mende2 camtu trus panik..kaku..tak tau nak wat ape..lelaki lak nak tolong tapi bukan mahram..so tgk jela jadinyer..tapi tula..cuba yang jatuh tu pompuan muda..comey lak..sti laki2 yang kat masjid tu lupa dowang skang kat masjid n lupa tu bukan mahram dowang..sure laju jer dowang tolong dulu bawu tgk...hhehe..sama2 lah kita doakan semoga kita tak termasuk dalam golongan2 ney...

Hafizi Tajuddin berkata...

klu tajuk camni siapa2 pun kepingin ingin tahu..
pndi pilih tajuk=)

Hunny berkata...

Macam2 perangai manusia, ada yang betul, ada yang terpesong, harapnya seorang pondan yang bersolat dapat akhirnya menjadi contoh kepada 5 orang pondan yang tidak bersolat. Mungkin 4 orang pondan yang lain datang dari jauh, jadi mereka dah solat jamak zohor n asar.(bersangka baik)

Mengenai lelaki buta itu, Allah yang mengatur supaya Ustaz Alif ada di sana, untuk membantunya. Semoga Allah merahmatimu dan semua orang yang suka membantu orang lain.

Pasal makcik tu pulak, saya agak bersetuju, sebab masa saya eksiden motor kat simpang jaya jusco kelang, yang tolong saya dua orang mamat berbangsa China... Orang Melayu? tengok ajerr.. semoga Allah beri hidayah pada kita semua..

Teringat kisah nabi Musa dan Nabi Khidir..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails