Hangat dan kecoh pada minggu ini berikutan dengan isu "PTPTN". Ada gerakan yang meminta ia dihapuskan, ada yang mempertahanan kewujudannya. Berbagai spekulasi yang berbangkit sehingga ada mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka.
Aku tidak ingin mengulas tentang isu "penghapusan PTPTN" ini. Cuma ingin memetik fatwa dari Sahibus Samahah Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman :
"Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk Pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Nasional (PTPTN). Mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya. Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman."1
Tahniah Datuk Mufti di atas fatwa anda yang tulus ini. Aku mengucapkan syabas kerana anda sudah menjalankan agama dengan sebaiknya. Inilah perkara semulia agama menegakkan dalam syariat Allah dan Rasulnya.
Ini berikutan berdasarkan hadis junjungan mulia Rasullah s.a.w :
" Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW bersabda : Jiwa orang mukmin itu tergantung (tertahan) dengan hutangnya, sehingga hutang itu dibayar".2
Akan tetapi alangkah mulia kalau Sahibu Mufti mengeluarkan fatwa :
1. Haram faedah @ bunga @ riba pada PTPTN.
2. Haram mengadakan konsert yang bercampur lelaki perempuan.
3. Haram hukumnya pemimpin lelaki dan artis lelaki memakai RANTAI dan GELANG.
4. Haram hukumnya tidak mengikut hukum al-Quran dan sunnah.
5. Haram hukumnya semua perempuan di Malaysia yang Islam membuka aurat.
6. Haram menggunakan "public money" untuk kepentingan sendiri.
7. Haram hukumnya tidak berlaku adil pada media massa, padahal al-Quran menyuruh berlaku adil.
8. Haram hukumnya majlis anugerah yang membuka aurat dan separuh telanjang.
9. Haram hukumnya mengadakan pertandingan nyanyian, berjoget di saluran media massa.
Dan terlalu banyak lagi, hukum-hukum Islam yang aku kira Sahibu Mufti harus perjelaskan. Jadilah seperti Imam Nawawi r.a yang kisahnya terlalu masyhur di dalam kitab "Hadith 40". Pabila pemerintah meminta Imam Nawawi mengeluarkan fatwa, dia mengelak. Kerana......... (Bacalah sendiri)... Allahua'lam.
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.00pm
23-4-2012
Shah Alam
Nota kaki :
2. Riwayat Tirmizdi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan