Seminggu
dua ini, hangat diperkatakan tentang isu Kamera AES. Kamera AES ini baru
dipasang oleh pihak kerajaan dengan berpaksi penguatkuasaan dari pihak Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak PDRM (Polis).
Ia
dipasang dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan di atas jalan-raya.
Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk mendidik pemandu-pemandu di
Malaysia.
Mungkin
isu ini dibangkit melewati segenap pelusuk rakyat Malaysia. Ada yang
mempolitikkan, ada yang menyokong, ada yang membangkang tidak kurang juga ada
yang berpandang secara sinis dengan mengatakan pihak kerajaan ingin mengaut
keuntungan dari rakyat.
Di
sini, sukanya aku ingin dari sudut yang lain. Tidak mahu aku mencampuri urusan
perbahasan di Parlimen kerana aku hanyalah rakyat marhaen yang tidak punya
kuasa lisan yang mampu didengari oleh pihak berkuasa.
Cuma
aku terpandang pada suatu sudut yang lebih murni untuk dikupas. Pemasangan
kamera AES ini lebih wajar kalau pihak kerajaan menggantikan kamera CCTV yang
dipasang seluruh Malaysia.
Kamera
CCTV ini bisa dipasang diseluruh pejalan kaki, tempat parking, seluruh Bandar,
seluruh masjid, seluruh jalan-raya, seluruh sekolah-sekolah rendah dan menengah,
dipintu kelab-kelab malam, ditaman-taman bunga dan banyak lagi.
Kerana :-
1. Untuk
mencegah peragut berleluasa dijalan-raya
2. Untuk
mengelakkan jenayah penculikkan di sekolah
3. Untuk
memantau siapa yang membuang sampah diatas jalan-raya
4. Untuk
mengurangkan gejala “couple” ditaman bunga
5. Untuk
mengelakkan kes kecurian kereta
6. Untuk
melihat berapa ramai anak orang Islam yang masuk ke kelab malam
Dan
banyak lagi tempat yang difikirkan harus dipasang CCTV ini. Seandainya kerajaan
jujur dan telus dan menghargai nyawa rakyatnya dan keharmonian Islam. Kamera
CCTV ini sudah harus dipasang untuk mendidik manusia yang tinggal di Malaysia
yang harmoni ini. Allahualam.
~Kembara Meraih Cinta iLahi~
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.52pm
6-11-2012
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan