Usai kuliah pagi kelmarin. Seorang ibu mendatangi keretaku lalu bertanya kepadaku, 'Ustaz nak cepat ke?'. Aku menjawab 'Eh takdelah nak ke office je'.
Ustaz macam mana dengan anak saya ye ustaz? Itu hari saya hantar anak saya sambung belajar ke luar negara. Teman wanita anak saya ada sama masa kami hantar ke airport. Lepas anak saya naik kapal terbang. Teman wanita dia pun bersetuju untuk hantar anak perempuan saya pulang ke kampus.
Saya pun ok jelah. Kerana kebetulan mereka sama universiti. Saya dan keluarga pulang ke rumah. Selepas seminggu anak perempuan saya menceritakan perbualan antara dia dan teman wanita anak lelaki saya.
Tak sempat habis lagi cerita dia, saya sebak ustaz. Saya menangis...
' Kenapa makcik menangis?,' tanya aku.
Teman wanita anak saya cakap, kenapa saya kongkong kehidupan anak saya. Anak saya tu anak emak. Nak bagi pendapat sendiri pun tak boleh. Nak buat keputusan sendiri pun tak boleh. Seolah-olah saya ni mengongkong kehidupan anak lelaki saya.
Ustaz bayangkan? Belum bertunang lagi ustaz? Dia dah cakap kat saya macam-macam. Macam mana besok kalau dah kahwin dengan anak saya nanti ustaz. Layak ke dia saya buat menantu ustaz?
Saya tahu anak lelaki saya seorang yang baik. Tidak pernah melawan dari kecil lagi. Segala perintah dan arahan saya dia tak pernah angkat suara. Sampailah masuk universiti ustaz.
Kalau waktu cuti tu. Saya pun risau kalau tengok dia asyik dirumah je. Kadang saya suruh juga dia keluar jumpa kawan-kawan biar dia bermasyarakat sikit.
Anak saya tu baik ustaz. Solat tak pernah tinggal. Saya suruh belajar agama. Dia pergi belajar. Saya takut ustaz, besok macam mana kalau dia dah kahwin nanti?
' Macam ni lah makcik. Kebiasaan kita orang melayu ni, bila anak nak kahwin selalu suruh anak solat istikhorah agar pilihan pasangan dia itu betul disisi Allah,' aku menjawab.
' Tapi jarang ibu bapa solat istikhorah dalam membuat pemilihan menantu. Kita kadang-kala hanya menyerahkan bulat-bulat keputusan pada tangan anak kita sahaja, kita selaku ibu bapa jarang meminta petunjuk daripada Allah apakah menantu itu bagus atau tidak pada kemudian hari nanti', aku menyatakan pendapatku.
Sebaiknya, makcik tenangkan hati. Tanya anak makcik baik-baik. Dan ajaklah suami dan makcik buat istikhorah agar mendapat menantu yang diredhai Allah S.W.T kelak.
Makcik itu menyatakan terima kasih dan kami pun beredar.. Allahua'lam..
~ Kembara Meraih Cinta ilahi ~
al-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
6.37pm
20-9-2013
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan