Sabtu, 19 September 2009

Coretan Yang Berkelana 31 : Mahasiswa tunjang negara (3).

Alhamdulillah sepanjang aku dan sahabat yang lain berpraktikel di Sungai Buloh, Dun Kuang. Allah memberikan suatu perhubungan silaturahim yang begitu mesra antara kami dan penduduk di kampung tersebut. Alhamdulillah aku bersama sahabat yang lain mendapat sebuah keluarga angkat yang begitu baik dan peramah. Iaitu keluarga Ayah Rosli bin Mohd Sharif atau lebih dikenali dengan Blank Gamma.

Beliau merupakan vokalis utama kumpulan Gamma dan kini beliau telah menjadi Ketua Kampung bagi penduduk Batu Arang. Pengenalan dengan beliau lebih banyak membuka minda kami dari segi perjalanan kehidupan seorang artis. Beliau banyak menceritakan kisah artis yang sezaman dengan beliau antaranya Bloodshed, Iklim, Jamal Abdillah, Wings, D'riyadh dan sebagainya.

Beliau juga menceritakan bagaimana kehidupan seorang artis itu boleh terjebak dengan dadah, clubbing dan sebagainya.. Dan pada masa yang sama juga, aku sempat bertanya bagaimana pendapat beliau mengenai pertandingan menyanyi sekarang ni yang ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan".

Beliau menjawab, "sebenarnya pertandingan sms yang ada sekarang ini hanyalah untuk keuntungan syarikat Tv sahaja". "Malah apa yang menyedihkan, dengan kehadiran pertandingan menyanyi yang begitu banyak ini, dapat menyebabkan rosaknya remaja sekarang, kerana terlalu sangat nak jadi penyanyi", tambah beliau lagi.

Apa-apa pun Ayah Blank, Radhi Bloodshed, Azmil Mustapa sudah mula menyusun jejak langkah dalam berdakwah. Kami sentiasa mendoakan mereka. Amin.

Terima kasih aku ucapkan kepada seluruh peduduk Dun Kuang yang telah memberikan kami pelbagai kemudahan serta sudi menerima kami menjadi anak angkat kalian.
Antaranya, YB Rodziah, Abg Azman, En. Rahim, Mak Salasiah, Ayah Blank, Abg Rais, Mek, Ayah Aziz, Prof Hadi, Abg Taufiq dan semuanya yang turut menjayakan program Kuliah Kerja Nyata ini. Wassalam.

Y.B Radziah, En. Rahim, Abg Azman, Mak Salasiah.

Mek merupakan mak angkat aku selama sebulan.

Program perlawanan bola sepak di Kampung Cempedak pimpinan Abg Taufiq.

Sewaktu mesyuarat di pejabat Abg Azman.

Seluruh peserta Kuliah Kerja Nyata bergambar dengan Y.B Radziah.

Lawatan ke rumah pesakit HIV di kawasan Batu Arang.

Gereja yang menempatkan pesakit-pesakit HIV tersebut, ada di antara mereka telah dipindahkan ke sebuah yayasan dan dipantau oleh Ustaz Amin.

Bersama pimpinan surau sewaktu program di Tasik Puteri.

Penulis menemu bual Ayah Blank Gamma pengalaman menjadi artis dan sebagai seorang ketua kampung.


Hari terakhir aku dan teman-teman sebelum pulang ke kampung.

al-Haqir ila robbhi
ibnumaulub
19-09-2009
9.21pm
Shah Alam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails