Rabu, 30 September 2009

Coretan Yang Berkelana 32 : Zakat malam raya & adakah penting kemaafan di pagi raya.

Salam aidilfitri, selamat hari raya kepada para pembaca yang budiman sekalian. Rasanya tak lambat lagikan..hehehe Maaflah raya ni sibuk sangat tu yang tak sempat nak update tu tambah pulak raya kat Pedas.. Ada sebuah cerita yang aku nak kongsikan dengan kalian semua.

Pada malam raya yang lalu, sedang sibuk orang membakar lemang, masak rendang aku menerima sebuah panggilan kira-kira jam 10 pm macam tulah. Ada seorang pemuda bertanya kepada aku, 'ustaz, nak tanya boleh tak? Aku pon menjawab pebendanya. Dia pon menceritakan kisahnya sebegini ," Saya masih study lagi tapi dapat biasiswa, so apakah perlu saya membayar zakat fitrah sendiri padahal ayah saya masih hidup?".

Aku bertanya "Ayah kamu bayar tak zakat kamu?". Dia menjawab bapanya tidak membayar zakat dia dan kakaknya. Atas alasan dia sudah mempunyai biasiswa dan bapanya memberi wang saku tiap-tiap bulan, dan kakaknya sudah bekerja sendiri maka perlu membayar sendiri zakat fitrah.

Lalu dia dan kakaknya yang sedang konfius terus menelefon aku untuk menanyakan permasalahan tersebut.
* "Jawapannya begini, setiap orang Islam wajib membayar zakat fitrah. Bagi yang sudah berkeluarga maka ia wajib membayar bagi seluruh ahli keluarganya. Walaupun anak itu sudah belajar sehingga peringkat Uniersiti dan mempunyai biasiswa kecuali si anak sudah mempunyai pekerjaan sendiri. Begitu juga dengan perempuan, bapanya perlu membayar zakatnya sehingga ia bernikah. AKAN TETAPI tidak menjadi masalah sekirannya anak yang disebut di atas ingin membayar sendiri atas alasan ingin membantu bapanya."

Kira-kira pukul 8.30am aku dan family di kampung menunaikan solat idulfitri, setelah itu kami pulang dan akan meminta maaf di pagi raya. Begitulah kelaziman keluarga kami. Akan tetapi pada pagi itu, aku mendapat suatu ilmu baru dalam hidupku.

Sewaktu sedang kami asyik meminta maaf dan teresak-esak menangis (kononnya), nenekku berkata "Bukan salam ni yang penting, yang penting hati mesti memaafkan dosa orang, jangan sakitkan hati orang lain," aku dan adikku terdiam lalu tersenyum sipu...

Ok, dihari dan bulan yang mulia ini, aku memohon maaf kepada seluruh pembaca sekalian sekiranya di dalam tulisan aku ada terkasar bahasa serta menyingung perasaan orang-orang tertentu tidak lain tujuanku hanyalah menyampaikan kebenaran walaupun pahit..

Salam idulfitri.
al-Haqir ila robbihi
ibnumaulub
30-09-2009
7.06pm
Shah Alam


Familyku tercinta.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails