Jumaat, 2 Oktober 2009

Pautan Semasa 14 : Gempa bumi di Padang, Sumatera Barat.

"Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter, menggegarkan Sumatera Selatan iaitu kira-kira 162 km di Barat laut Bengkulu, Indonesia pada jam 9.53 pagi ini. Pusat gempa bumi itu terletak di 2.6 darjah Selatan dan 101.8 darjah Timur iaitu kira-kira 509km barat daya Johor Baharu menyebabkan gegaran dirasai di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan." 
  
Semalam berlaku satu gegaran gempa bumi di Padang, Sumatera Barat. Pada waktu itu, kira-kira jam 6 pm macam tulah kawasan di sekitar Malaysia merasai gegarannya. Tidak terkecuali pada diri aku sendiri. Sewaktu aku sedang membuat kerja di dalam bilikku, aku merasakan gegaran tersebut sebanyak 2 kali.

Namum terdetik dihatiku bahwa gegaran ini biasa datang dari lori yang membawa tanah dikawasan pembinaan berhampiran rumahku. Menjelang maghrib, tiba-tiba adikku yang menuntut di Sabah menelefonku lalu bertanya, "Bagaimana keadaann rumah dan semenanjung?". 

Aku menjawab tiada apa yang berlaku dan aku bertanya apa yang berlaku. Beliau menjawab ada gegaran gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera Barat. Lalu aku berkata "Oh, tadi yang gegar 2 kali tu, gempa bumilah ae, aku rasa juga tadi tapi aku fikir lori bawa tanah tu".

Apa-apa pun sebagai renungan kita bersama gempa bumi yang berlaku itu sudah pun termaktub di dalam al-Quran, "Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya), dan manusia bertanya 'Mengapa bumi jadi begini?' " Surah al-Zalzalah 1-3.

Memanglah pada Surah al-Zalzalah itu menceritakan keadaan ketika berlakunya kiamat, tetapi boleh kita istinbatkan keadaan yang berlaku pada masa sekarang dan boleh kita jadikan pengajaran bagi persediaan untuk menghadapi kematian serta hari kiamat. Tambahan pula, turut berlaku banjir besar di Manila, ada ribut taufan berlaku dan terkena di Sandakan. 

Jadi sama-samalah kita mengukur amalan kita selagi belum hayat tinggal dikerongkong, takkanlah kita nak tunggu sekali lagi Tsunami, banjir besar di Pos Dipang dan sebagainya.
Allahua'lam.


al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.43am
2-10-2009
Shah Alam

1 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Salam ziarah dari Pak Karamu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails