Selasa, 6 Oktober 2009

Coretan Yang Berkelana 34 : Kita dan sekeliling kita.


Semalam adalah hari yang terlalu memenatkan bagi diriku. Seawal jam 9.00am aku dan sahabat yang lain mula pergi beraya ke rumah- rumah teman serta keluarga angkatku, bagi menguatkan lagi hubungan silaturahim. Alhamdulilah dapatlah aku beraya ke rumah Ayah Blank Gamma, Mek serta Abg Rais yang merupakan keluarga angkat aku sewaktu aku menjalani praktikel di Sungai Buloh pada sebulan yang lalu.

Kemudian setelah selesai round pertama, kami pergi pula ke Bukit Mahkota untuk beraya lagi, kerana ada sahabat aku sudah berpindah di situ. Setelah selesai kami pulang beransur pulang, sebelum itu kami berhenti singgah solat Asar sebentar di Petronas Bukit Mahkota. Kami pulang dari Bukit Mahkota dengan melalui lebuhraya Sg. Besi, pergh boleh tahanlah juga jalan jem yang teramat sangat. Biasalah petang Ahad.

Ketika sibuk mengharungi kesesakan yang terlalu teruk, tiba-tiba seorang sahabatku bertanya kepadaku mengenai pendapatku berkaitan dengan gempa bumi yang melanda di Padang, apakah ia adalah bala dari Allah semata-mata atau bagaimana? Maka aku menjawab bahwa gempa bumi di Padang itu boleh kita kategorikan sebagai musibah. Tetapi musibah yang macam mana? Musibah itu mempunyai 3 keadaan :

1. Musibahtul Bala.
Yakni musibah yang ALLAH S.W.T datangkan memang sebagai bala.

2. Musibatul Jaza'.
Musibah yang ALLAH S.WT datangkan sebagai balasan akibat dari kejahatan serta kemaksiatan yang dilakukan oleh orang-orang yang wujud di kawasan itu.,

3. Musibatul Tarbiyah.
Musibah yang ALLAH S.W.T datangkan kepada seseorang atau sebuah tempat untuk dijadikan pengajaran kepada orang yang berhampiran dengan kawasan tersebut. Atau senang cerita, musibah untuk amaran kepada yang belum lagi kena.

Jadi apa yang berlaku itu adalah pengajaran kepada kita. Itu sahaja jawaban aku kepada temanku itu. Sedar tak sedar kami dah pun sampai di Shah Alam, lalu kami terus menunaikan solat Maghrib.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.05am
6-10-2009
Shah Alam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails