Selasa, 27 Oktober 2009

Coreta Yang Berkelana 37 : Siapa kita dalam masyarakat.

Pernahkah kalian berborak di kedai-kedai minum sampai 3 / 4 jam??? Mungkin ada segelintir dari kalian berkata ya. Aku juga punyai hobi sebegitu. Aku suka lepak-lepak dengan member aku pabila telah lewat malam dan aku suka mencari kedai minum yang tenang dan tidak ramai orang. Kerana aku orang yang cepat pening kalau tempat tu terlalu havoc.

Apa yang aku ingin kongsikan adalah sewaktu kita berborak menghabiskan masa dengan begitu sahaja tanpa kita isi dengan sesuatu yang bermanfaat. Aku mendapati bahwa ramai dikalangan sahabat-sahabat aku kebanyakkannya, kalau melepak diwarung-warung hanya berborak seputar beberapa perkara sahaja. Aku mengamati terdapat 6 topik yang menjadi perbualan masyarakat dimaple-maple berdekatan. Antaranya :

1. Mereka yang gemar bercerita tentang agama.
2.Mereka yang gemar bercerita tentang gajet-gajet seperti hp, laptop, kamera, kereta, motor.
3.Mereka yang gemar bercerita tentang artis, skandal artis, kehidupan artis.
4.Mereka yang gemar bercerita tentang politik, isu semasa.
5.Mereka yang gemar bercerita tentang sukan, lebih-lebih lagi bola sepak.
6.Mereka yang gemar bercerita tentang bisnes.


Jadi siapakah anda? Adakah anda termasuk salah satu dari 6 golongan di atas. Siapakah anda di dalam kelompok masyarakat anda???

"dengan ilmu hidup akan jadi lebih mulia, dengan agama hidup akan jadi lebih terarah"
aL-Haqir illa Robbihi
ibnumaulub
2150 wib
27-10-2009
Medan

1 ulasan:

Gev Phillip berkata...

Mungkin ada juga golongan yang suka lepak bercerita ttg perihal orang lain a.k.a mengumpat. Kan baik kalau orang 'filter' percakapan masing2. Mengumpat menjadi punca kpd byk salah faham dan membawa kpd permasalahan yg lagi besar (kalau x di control).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails