Sudah mula suam kes penggunaan kalimah Allah, tetapi semakin panas dengan isu serta kes membakar gereja dan kepala babi hutan di masjid. Apa yang aku doa dan harapkan janganlah sampai terjadi rusuhan agama serta kaum yang akan menimbulkan 1001 permasalahan yang mendatang.
Cuma aku sedikit terkilan kerana sedang asyik dan panas tentang isu kalimah Allah ini wujud segelintir NGO, parti, pertubuhan, gerakan, sidang media mahupun media maya yang menangguk di air yang keruh. Lebih-lebih lagi wujud tentang perselisihan faham dan disiplin ilmu serta pendirian masing-masing maka telah terjadinnya suatu laporan polis yang melibatkan 2 orang ahli politik.
Maafkanlah ketika aku sedang menulis entri ini, niat secara jujur tidak mahu menyentuh tentang politik dan lebih-lebih lagi blog ku ini diwujudkan untuk berkongsi pengalaman dalam mencari identiti sebenar khalifah Allah dimuka bumi ini.
Apa yang aku khuwatirkan, setelah terjadinya perselisihan yang melibatkan 2 orang ahli politik Islam ini akan menjadi golongan bukan muslim bertepuk tangan kerana melihat sesama muslim sudah mula ingin bergaduh. Apa yang aku harapkan, selesaikanlah secepat mungkin Isu kalimah Allah ini tidak kira dari mana-mana peringkat. Jauhilah kepentingan diri dan politik, carilah titik pertemuan untuk menjadikan Islam mulia disisi masyarakat.
Bukan asalnya ingin ku mengulas lebih lanjut tentang isu yang panas ini, tetapi hati ini terasa begitu terpanggil ketika aku sedang asyik memperhatikan foto-fotoku sewaktu di atas feri untuk menuju ke Pulau Samosir (Danau Toba). Allahua'lam.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.37am
31-1-2010
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan