Rabu, 10 Februari 2010

Coretan Yang Berkelana 58 : Menuntaskan segala urusan.


Tepat jam 13.00 (WIB) aku sampai di Bandara Polonia. Seharusnya aku sampai jam 12.00 akan tetapi penerbangan dari Singapura terlambat sampai, ini menyebabkan penerbangan aku dilewatkan ke jam 12.30pm (waktu Kuala Lumpur).

Setelah pasport aku dicop oleh pihak Imigrasi Indonesia, aku terus melangkah keluar dari airport untuk mencari teksi. Alhamdulilah memang sudah ditakdirkan segala urusan kita didunia ini, tiba-tiba Pak Iwan menyapa aku, "Bang Aliff, baru pulang ya,". Aku terkejut lalu kami bersalaman dengan segera aku menaiki kereta MPV Suzuki nya itu. Pak Iwan pernah menjadi pemandu pelancong kami ketika aku dan teman-teman ke Acheh pada tahun lepas.

Kereta Pak Iwan terus memacu ke rumahku. Ini kerana saat aku sampai di airport Ammar telah menelefonku agar terus pulang ke rumah. Ini berikutan pengurusan sedang sibuk tambahan pihak yang harus menguruskan sudah pulang. Hurm... Kata benak hatiku.

Malam ini aku tidur di rumah Omar dan Yusuf. Mereka menjemput aku untuk tidur dirumah mereka lagipun ahli rumahku semuanya sudah pulang dan hanya mereka bertiga termasuk Ammar yang tinggal dirumah itu. Malam itu aku tidak terus tidur, mereka membantu aku mencari borang, sijil-sijil, pembayaran, resit-resit serta beberapa perkara yang harusku selesaikan esok dikampus.

Tepat jam 9.00am aku ditemani oleh Ammar untuk membantu aku membuat pengurusan. Alhamdulilah, proposal pembaikan aku diterima dan akan keluar pembimbing pada hari khamis ini, insyallah.

Dan hari ini (Rabu), alhamdulilah pengurusan berkaitan dengan rekap nilai sudah selesai, ini bertujuan untuk aku melaksanakan ujian munaqasyah. Ia merupakan ujian kedua yang terakhir sebelum mendapat gelaran Sarjana Muda Syariah. Apa yang menyedihkan aku pada hari ini, dua kali aku bergaduh dengan pihak pengurusan. 

Bukan apa, semalam aku sudah meletakkan surat bagi pengesahan pelajar, mereka memberitahu akan siap hari ini. Paginya aku minta, mereka katakan besok. Lalu aku meninggikan suara, dengan mengatakan besok aku harus pulang ke Malaysia. Lalu dengan segera mereka menyiapkan suratku pada waktu itu juga. Dalam hatiku berkata, 20 tahun akan datang pun negara kau takkan maju..


Ammar berbaju merah, Omar berbaju hitam.

Terima kasih kepada kalian , banyak kalian bantu aku.

Surat penerbangan Fireflyz.

Bording pass dan departure kad.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
16.53 WIb
10-2-2010
Komplek Iain, Medan

2 ulasan:

Hunny berkata...

Salam Bro,

Kirim kuih yang sedap tu ekkk??? yang ada bijan tu.. sedapp!!

Akhie Mujahied berkata...

salam ostat. makin mesra ek dengan ammar. bagus2....:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails