Khamis, 25 Februari 2010

Renungan Sejenak 25 : Realiti Sambutan Maulid Nabi.


Junjungan Mulia.
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Salam maulidurasul kepada sidang pembaca sekalian. Maaf jika terlambat menulis entri ini, ini berikutan keuzuran ke atas diriku yang begitu menguji naluri keinsanan aku sebagai seorang makhluk Allah.

Aku tidak ingin mengupas tentang hukum menyambut maulid nabi ini. Cukuplah sekadar ulama'-ulama' yang muktabar sudah mengupasnya. Sila rujuk fatwa Dr. Yusuf al-Qardhawi. Aku lebih memlilih jalan as-Syahid Hassan al-Banna, iaitu mengambuil jalan keluar dari permasalahan kekhilafan. 

Apa yang dapat kita perhatikan, apabila tiba sambutan maulid nabi ini, yang hanya ada pada masyarakat kita hanyalah berarak. Alhamdulilah wujud juga sebuah golongan yang membaca marhaban iaitu kitab Barzanji itu dengan memuja-muji Rasullah. 

Teringat daku akan sepotongan ayat al-Quran, "tidaklah Kami diutuskan kepada manusia melainkan rahmat bagi seluruh alam". Ini menunjukkan bahwa kehadiran Rasullah itu adalah merupakan rahmat bagi seluruh alam sampai kiamat nanti. Tidak dapat dinafikan lagi dengan hadis-hadis yang menceritakan tentang sayangnya baginda terhadap umatnya, sampai padang mahsyar nanti.

Apalah fungsi dan realitinya pada masyarakat, jikalau hanya sekadar perarakkan yang didendangkan dengan selawat tanpa sedikit pun timbul dihati perarak itu untuk menegakkan perjuangan Rasullah, untuk menegakkan sunnah Rasullah. Jika nak dibandingkan sayangnya ulama'-ulama', sahabat-sahabat dahulu dengan kita jauhlah berbeza.

Sayangnya ulama' dahulu kepada Rasullah sampai wujud sebuah kitab Barzanji yang dikarang oleh Syeikh Jaafar al-Barzanj demi utuhnya cinta kita kepada Rasullah. Kita hanyalah mepertikaikan kitab itu, hanyalah mengatakan bidaah dolalah. Tanpa ada sebuah contoh teladan untuk ditunjukkan kepada masyarakat tentang lambang cinta kepada Rasullah s.a.w. 

Pada sudut yang lebih tinggi pula, apalah salahnya menyuruh seluruh kabinet ke, apa ke untuk mewajibkan memakai tudung tanda cinta kepada Rasullah bagi yang perempuan. Syarikat penyiaran pula, seharusnya sudah mewujudkan iklan-iklan tentang pemakaian serban, jubah, pemakaian tudung, penutupan aurat dikalangan sesama muslim. 

Mungkin ini juga boleh kita bicarakan diakhirat kelak pabila memerlukan syafaat nabi, secara automatik kita boleh mendapatkan kerana didunia lagi sudah kita tunjukkan bahwa kita adalah seorang pencinta Rasullah. Allahualam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.07am
28-2-2010
Shah Alam



1 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

Dalam keributan org kita nak berarak, saya terkenangkan kata-kata Dr Ali Shariati ttg Nabi kita. Katanya " Nabi dan Rasul diutus bukn utk mengajar berzikir dan berdoa semata-mata tetapi turut membawa bersama agenda pembebasan" Jadi marilah kita bebaskan hidup dan kehiduapn, watak dan perwatakan, sifak dan sikap drp 'penjajahan' kpd sunnahnya. salam kenal dari saya

shameel iskandar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails