Jumaat, 23 Julai 2010

Renungan Sejenak 33 : Kegigihan seorang nenek tua.

Sepanjang pengalaman aku mengajar ini, ada seorang kisah yang menjadi iktibar dalam hidupku dan ia sering ku jadikan sebagai bahan perangsang untuk sahabat-sahabat yang lain dalam mencari ilmu agama dan menuntut keredhaan Allah. 

Ada seorang nenek ini sudah hampir 70 tahun umurnya. Tapi beliau gigih untuk mencari ilmu agama, sanggup meninggalkan cucu-cucunya di rumah demi mencari keredhaan Allah. Beliau hanyalah belajar al-Quran dengan ku. Secara jujurnya, aku mendapati bacaannya sudah begitu mantap dan tidak mempunyai kesalahan-kesalahan yang begitu besar.

Aku pernah bertanya kepadanya, "menngapa mak cik datang belajar ngaji lagi?". Beliau menjawab, " mak cik suka belajar ilmu agama ustaz". Lagipun duduk rumah sahaja nak buat apa. Begitu gigih dan tabahnya semangat mak cik itu walaupun gigi depannya sudah tidak ada lagi ditambah pula ketika sedang mengaji beliau sering mengalami penyakit asma. Sering kali beliau menggunakan inhaler yang beliau bawa kemana saja. 

Jadi jika nenek yang sudah berumur hampir 70 tahun begitu rajin untuk mendalami ilmu agama, dimanakah letaknya diri kita yang masih muda ini???

Nenek yang begitu kuat semangatnya.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.08pm
23-07-2010
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails