Kitab Tasuf Moden ini merupakan sebuah karya dari penulis yang terkenal
di daerah Nusantara iaitu Buya Hamka. Aku menyarankan agar kalian turut membacanya.
Kerana tulisannya banyak menyentuh hati naluri dan mengajar kita menjadi lebih
zuhud pada dunia. Tidak ketinggalan, Buya Hamka telah memperincikan pengertian
;
1. Apa itu bahagia?
2. Apa itu kekayaan?
3. Apa itu kemiskinan?
4. Apa itu celaka?
Cuma
yang menjadi sedikit keberatan dalam tulisan beliau adalah perbahasan ahli falsafah.
Tidak dapat tidak, pabila membicarakan karya Buya Hamka kita tidak dapat lari dari
membaca ulasannya tentang falsafah.
Dunia sememangnya sudah mengerti
bahawasanya Buya Hamka merupakan seorang tokoh falsafah yang ulung di Tanah Melayu. Sarananku,
bacalah kitab ini. Kerana ia merupakan antara karya agung Buya Hamka dalam
meniti arus kebahagian. Allahua'lam
~ Kembara Meraih Cinta iLahi~
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.48pm
26-11-2012
Shah Alam
1 ulasan:
salam. saya ingin kongsikan maklumat mengenali Hamka, beliau bukanlah ulama dari Tanah Melayu, tetapi dari Sumatra Indonesia. Saya rasa lebih tepat disebutkan sebagai ulama terkenal di Nusantara atau ulama Dunia Melayu. terima kasih.
Catat Ulasan