Sabtu, 18 Mei 2013

Coretan Yang Berkelana 170 : Kasih-Sayang Paderi..



Kisah ini berlaku kira-kira dua tahun yang lalu. Sewaktu aku pergi ke Sabah seminggu selepas bernikah.. Bulan madu la tu..haha..

Di Sabah, aku mengambil pulang sebaiknya. Banyak pengalaman yang aku kutip sewaktu di sana. Aku berkesempatan melawat sebuah gereja yang ada di Ranau. 


Sewaktu sampai di depan gereja, Tommy yang merupakan sahabat adikku terus mencari paderi untuk meminta kebenaran masuk ke dalam gereja.

Aku sebenarnya tidak mahu melepaskan peluang ini, yelah selama hari ini sewaktu di universiti aku hanya belajar apa yang ada di dalam agama Kristian sahaja. 


Setelah mendapat kebenaran dari paderi, kami melangkah masuk. Isteriku bertanya, bang tak dosa ke masuk gereja? Aku menjawab, adakah kita sedang buat maksiat sekarang? Takkan.. Jadi dosa celah mananya?..hehehe

Setelah masuk kedalam, kami dihampiri oleh seorang sister  yang sedang mengemas gereja untuk program sembahyang besok pagi yakni hari ahad.


Sister menyambut kami dengan senyuman dan bertanya kami semua dari mana dan sebagainya. Sedang asyik berborak, baru aku perasaan yang sister itu tidak memakai kasut.

Segera aku berkata kepada isteri dan adikku agar menanggalkan kasut dan seraya meminta maaf kepada sister. Sister itu berkata, " eh takpa bah, pakai je kasut tu.." Aku hanya tersenyum. Hebat betul dakwah si sister ini.


Si sister itu bersemangat menceritakan tentang agama Kristiannya, dan terjadilah beberapa dialog antara aku dan dia. Aku mengambil kesempatan sebaiknya untuk bertanya segala apa yang aku telah pelajari dulu, tetapi aku tidak berdebat.

Dari ruangan sembahyang sampai la ke altar tempat ritual meminum anggur dan memakan roti. Kemudian kami dibawa ke bilik perkahwinan dan bilik pengampunan. Dan yang paling aku terkejut, sister itu dengan selambanya mengajak kami masuk ke dalam bilik persalinan paderi. Kami ditunjukkan kitab-kitab yang dipakai untuk memberi khutbah serta jubah-jubah persalinan paderi.


Setiap warna jubah memainkan peranan program yang diadakan. Dan aku dimaklumkan bahawa di Malaysia khususnya di Nusantara, Kitab Bible Indonesia lah yang menjadi rujukan kini.

Setelah kami berlegar-legar di dalam gereja, kami meminta maaf dan mengundur diri. Si sister mengucapkan selamat jalan kepada kami.


Sewaktu dalam kenderaan pulang ke hotel, benakku berkata, " Kristian merupakan agama yang penuh dengan kasih sayang, paderi-paderinya tidak pernah marah, maki jika ada penganut agamanya yang berzina dan melahirkan anak luar nikah, mereka dinasihati dengan penuh kasih sayang dengan berpegang bahawa  Tuhan itu maha pengampun.

Setiap kali habis sembahyang dipagi Ahad, paderi akan tunggu di pintu keluar untuk mengucapkan selamat jalan sebagai tanda menghargai mereka yang datang sembahyang".


Masjid kita??? Hurm.. Mungkin perlu direvolusi lagi agar makmun merasa seronok untuk ke masjid jika para imam, bilal, siak dan masjid itu mesra dengan makmum. Allahua'lam.







~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
9.04pm
18-5-2013
Shah Alam

2 ulasan:

Melor berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Melor berkata...

Assalam ustaz,
1 perkongsian menarik & ada pointnya di situ.
"Welcoming & Inviting"

Sy pernah memasuki sebuah gereja katolik di kaki gunung di Indonesia.
Sy bersama2 kawan sy kristian methodist.
Mereka tidak beribadat di situ,juga sekadar melawat2 & melihat.
Saya dibiarkan utk mengambil gambar dengan syarat tidak berbuat bising.Sy pergi ke setiap tempat,sampai ke tempat Jesus berbaring.
Rata2 yg sy lihat mereka semua khusyuk berdoa walaupun yg dtg berseluar pendek. Tiada jelingan kpd sy yang nyata spt bukan dr kalangan mereka.

Sy ada seorang kawan, lelaki. tp diciptakan fizikalnya lebih kpd feminin,bukan maskulin.(baca:bukan berpewatakan wanita)
bersolat di saf lelaki,usai habis solat, rata2 tidak bersalam,ada yang menjeling,ada yg berbisik2.
Imam yg habis berdoa bersalam sambil berkata "bertabahlah" dan keluar.
Tinggal Pak Bilal. Bertanya & mendengar. Diajarkan cara solat yg betul.
Itu dugaan beliau. Tapi sy katakan,kita nak perbaiki diri mesti ada dugaan. "Bertabahlah".

Jadi di sini, sy tak mempersoalkan kenapa.
Sy berfikir, Islam mengajar banyak perkara2 yang baik.
Islam itu penyuluh.
Jadi di rumah Allah sendiri (masjid), adalah tempat di mana kami yg jahil boleh pergi untuk mencari bantuan. Kalau di gereja ada paderi, di masjid yg ada imam belum tentu kita boleh bercakap dgn imam.
Tapi kami tahu, yang di masjid juga manusia biasa. Inilah yang mengecewakan.

Saya pernah hidup dalam kegelapan. Di datangi saudari2 bertudung labuh scr berkumpulan. Menakutkan. Mereka tidak mesra. Malah memaksa.
namun hidayah Allah,hanya dia yg tahu. Sy menemukan dlm hiruk pikuk dosa & hanyirnya telingkah manusia.
Subhanallah. Saya tahu masih ada kasih syg dan mereka yg mendoakan sy untuk perkara ini. Alhamdulillah. bersangka baik & berlapang dada.

Saya akan teruskan membaiki diri. Sy akan kuat kerana saya tahu di mana sy berdiri. Sy tak akan mati hanya dengan kata-kata, "oh dh jd ustazah, la...baca qunut pun tak tahu? laaaaa...asas yg ini pun tak tahu?"
tak semua or dilahirkan dengan didikan agama. Mungkin hanya diberi ajar nilai2 kehidupan yg baik. Sy x salahkan sesiapa. Allah kurniakan akal. Sampai satu masa,waras selagi kita mencari kita akan ketemu.
Tapi sy bimbangkan ada kawan2 yg lain yang ingin berubah namun tak kuat. Sy takut sy sekarang yg baru bertatih risaukan kawan2 yg lain,bagaimana?

Kami perlukan saudara-saudari yang tahu, yg berilmu & beramal ini membantu kami,paling tidaknya senyum & meepuk bahu kami.
Bukan terjeling atau tergeleng.
Bagi sy itulah usaha dakwah paling kecil tp mempunyai kesan kpd hati insan. Sebarkan ini di masjid atau di kuliah kamu semua.

oleh itu ustaz, sy di sini terpanggil hanya kerana Jika Muslimin bersatu,tanpa prejudis, kita akan menyatu. Contohi lah Rasulullah s.aw dlm perkara dakwah ini. Saya mohon. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails