Kalau kita perihatin dengan keadaan sekeliling, kita akan menjumpai perkara sedemikian yang akan aku coretkan sebagai perkongsian untuk kita bersama. Aku sering terlihat stiker di belakang kereta yang bertuliskan " Hinduism the way of life". Dan benda yang paling mudah kita lihat, kalau pergi ke kedai-kedai cina, akan ada rumah berhala kecik mereka dihadapan kedai.
Sama juga keadaan yang menganut Kristian, tidak malu untuk memakai rantai lambang salib mereka. Dan apabila melihat semua keadaan diatas ini, hati kecilku sering berkata, "taatnya mereka pada agama mereka". Ya Allah, berikanlah kekuatan yang kuat dalam melaksanakan ketaatan kepada Mu ya Allah.
Sering kali aku menceritakan kepada sahabat-sahabat usrohku. Bayangkanlah kenapa mereka penganut agama lain, begitu taat dalam melaksanakan suruhan agama mereka tanpa begitu banyak soal bicara. Dalam pada itu juga, aku membuat satu kesimpulan yang tidak seberapa.
Iaitu, sebenarnya untuk mendapatkan suatu keimanan yang teguh dan sempurna memerlukan kewarasan akal untuk berfikir tentang kejadian alam serta suruhan dari Sang Pencipta. Maksudnya begini, di dalam melaksanakan suatu suruhan dan syariat Islam, kita janganlah alpa dengan hikmah disebalik setiap suruhan tersebut.
Ini kerna, setiap apa yang dibawakan oleh Rasullah s.a.w itu, adalah merupakan wahyu yang agung serta rahmat untuk seluruh alam. Aku merasa begitu bersyukur sangat-sangat kerna lahir-lahir sahaja sudah memeluk Islam. Kerna aku sering terbayangkan, seandainya aku bukan dilahirkan sebagai seorang Islam, adakah aku akan mencari apa erti Islam itu pada masa kini.
Banyak lagi pengajaran yang dapat kita ambil dari syariat yang dibawa oleh Rasullah serta kepelikkan setiap ajaran yang ada pada agama selain dari Islam. Antara contoh yang inginku ambil, tentang fitrah berkahwin. Di dalam Hindu, Buddha serta Kristian melarang tokoh agama mereka berkahwin. Ini menyalahi fitrah kemanusian serta berbeza dengan Islam, kerna Islam menyuruh umatnya berkahwin hatta termasuk ulama'.
Sekian sahaja coretan ku yang tidak seberapa ini, pabila datangnya hidayah, maka peganglah dengan erat-erat agar ia tidak pergi begitu sahaja. Allahua'lam.
ibnumaulub
2.25am
21-4-2010
Shah Alam
2 ulasan:
well said bro
salam Bro,
Alhamdulillah.. sangat2 bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam. N3 yang sangat baik. Teruskan menulis..:D
Catat Ulasan