Kira-kira jam 9.30pm aku, Shaifullah, Azim dan Afham bergerak ke Dataran Merdeka pada malam tadi. Bukan apa, dah lama rasanya aku sakit dan duduk di rumah jadi kami pun terasa ingin berjalan malam dan mengambil angin sambil melihat telatah masyarakat malaysia yang gemar melepak serta membuang masa.
Sampai sahaja di dataran, kami duduk di area bangunan no 2, kemudian berborak-borak tentang bisnes + dengan bicara agama secara santai. Sedang asyik kami berborak dan berdiskusi datang seorang India meminta duit RM 2 kepada kami. Jadi aku pun dengan segera bertanya untuk buat apa dengan duit tersebut.
Dia menjawab untuk membeli makanan. Kemudian aku terlihat kad muallaf yang dikeluarkan oleh pihak Perkim. Terus aku meminta kad tersebut. Tertera nama "Muhammad Anis Bin Abdullah" , lalu aku bertanya, "kamu Islam ke?". Pemuda India itu pun menjawab ya dia Islam. Untuk menghilangkan rasa sangsi pada hatiku, aku menyuruh dia mengucap. Lalu dia pun mengucap dengan begitu sempurna.
Kemudian kami bertanya dia tinggal dimana, kerja apa, solat ke tak, faham tak tentang Islam, keluarga marah tak masuk Islam, masuk Islam atas sebab apa? Dia menjawab, dia tinggal di Hicom, tidak duduk dengan keluarga kerna keluarga masih lagi Hindu lantaran tidak selesa, sudah mula memahami Islam dengan lebih mendalam. Solat tidak pernah tinggal dan sering solat berjemaah di Masjid Negara.
Dan sebuah jawapan yang begitu membuat kami begitu malu, apabila beliau menjawab beliay masuk Islam kerana wujud ketenangan di dalam Islam. Kerana beliau sudah memasuki berbagai agama, dan agama yang paling menenangkan jiwa adalah agama Islam. Setelah berbual begitu lama, kami memberi beliau sedikit duit untuk dia makan, kemudian lelaki India itu terus beredar.
Kira-kira jam menunjukkan jam 11.45pm pihak Polis menghalau orang ramai yang duduk melepak di kawasan dataran tersebut. Maka, aku dan kawan-kawan pun teruslah beredar memang dalam perancangan pun, dalam jam 12am kami hendak pulang kembali ke Shah Alam.
Sedang dalam perjalanan ke Tasik Permaisuri di Cheras untuk menghantar Shaifullah, tiba-tiba kereta yang ku pandu mengeluarkan bunyi pada bahagian tayar belah kanan, makin lama makin kuat. Hati jadi makin tidak selesa. Lalu aku memberikan isyarat ke kiri untuk memberhentikan kereta dan melihat apakah yang menyebabkan bunyi begitu kuat sekali.
Alangkah terkejutnya kami, apabila melihat dibahagian tayar depan, kami mendapati "drive shaft" keretaku sudah patah. Ya Allah, mujur aku memandu begitu perlahan. Sungguh besar kekuasaan Allah menyelamatkan kami dari berlaku apa-apa kemalangan. Alhamdulillah.
Kemudian datang seorang "brother towing" menghulurkan bantuan. Jadi kereta aku ditowing sampai ke bengkel. Kemudian kami diambil oleh seorang sahabat dari Shah Alam dan kami terus pulang ke rumah. Kira-kira jam 5.00am aku sampai dirumah. Alhamdulilah.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
9.19am
17-4-2010
Shah Alam
1 ulasan:
wah...bgus la abg aliff da sehat balik...heheh...
keep blogging!
btw, ni thommy...sy da delete blog lame sy...
Catat Ulasan