Khamis, 29 April 2010

Pautan Semasa 31 : Kematian adik Aminulrasyid...?



Hangat diperkatakan buat masa ini. Seorang pelajar yang berusia 14 tahun ( Aminulrasyid ) dikatakan mati ditembak oleh sekumpulan polis yang membuat rondaan pada malam kejadian. Arwah dikatakan memandu kereta tanpa lesen bersama dengan rakannya kemudian melanggar sebuah kenderaan dan melarikan diri dengan melanggar lampu isyarat merah walapun pihak polis telah meminta kereta yang dipandunya berhenti.

Maka terdapat beberapa spekulasi diantara pihak polis dan keluarga arwah Aminulrasyid serta beberapa laporan akhbar. Apa yang boleh dirungkaikan, bagaimana perjalanan kematian adik Aminulrasyid ini. Secara jujur dan telus, wujud kesilapan dipihak arwah dan pihak polis.

Kesalahan arwah ;
1. Memandu tanpa lesen.
2. Melanggar kenderaan dan melarikan diri.
3. Tidak berhenti di saat pihak polis meminta berhenti.
4. Melanggar lampu isyarat merah.
5. Memandu dalam keadaan bahaya.

Tanggapan pihak polis sehingga mengeluarkan pistol lalu menembak arwah '
1. Suspek tidak memberhentikan kereta.
2. Melanggar lampu isyarat merah.
3. Melanggar sebuah kenderaan.
4. Suspek seperti dalam keadaan membahayakan pihak polis.
5. Kelihatan mencurigakan seperti penyamun yang membawa senjata.

Apa-apa pun segala teori yang difikirkan, hanya arwah dan pihak polis pada malam itu sahaja mengetahui keadaan sebenar. Pada hemat aku, kes ini perlu diselesaikan dengan cermat dan aman. Keadilan perlu ditegakkan. Undang-undang perlu dilaksanakan. Kaji selidik serta penyiasatan yang telus perlu dilakukan. 

Apa-apa pun al-fatihah kepada arwah adik Aminulrasyid semoga rohnya aman di negeri yang baharu. Dan kepada pihak polis, jika anda telah melakukan kerja yang sepatutnya tahniah ku ucapkan. Kerana anda mendaulatkan undang-undang dengan cepat, bersih dan amanah.

Tapi jika anda tersilap langkah, maka boleh mengundang kebencian rakyat pada anda. Dan jangan sampai kedengaran ayat " Polis Raja di Malaysia", seperti yang daku sering dengar dari mulut-mulut mereka di keda kopi. Kerna, aku sayangkan negaraku yang tercinta ini. Hidup Islam, Bangsaku dan Tanah Airku.. Allahua'alam.

"Jauhi mencari seteru dalam menempuh hidup bersatu"
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.56pm
29-4-2010
Shah Alam

2 ulasan:

SK berkata...

aku juga sayangkan negaraku..

alfatihah buat arwah. semoga pihak yang terlibat dapat menyelesaikan kes ini dengan cermat dan adil

kepada saksi dan pemilik kenderaan yang didakwa dilanggar, sila tampil membantu siasatan.

ingatlah allah sentiasa memerhatikan kita.

soffya cik bulan berkata...

ku baru tahu tentang hal ini...
terkejut sungguh
tetap rs kejam biarpun sekalipun benar ia salah...


kerana aku mengerti ttg hati ibu...:(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails