Selasa, 13 April 2010

Renungan Sejenak 27 : Realiti " Dont jugde a book by its cover ".


Sering kali kita mendengar ucapan ini, "dont jugde a book like its cover". Yang lebih membawa erti "jangan menghukum sesuatu dari luaran. Tidak ketinggalan dari itu, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud " Allah tidak memandang rupa paras seseorang itu dari luaran, bahkan yang Allah hanya memandang seseorang itu dari hati dan amalannya". ( Disyorkan untuk dibaca sampai habis, jangan baca separuh)

Jadi secara realitinya, sering kali kita mendengar beberapa golongan yang mengungkapkan kalimah sedemikian. Sedari pengalaman aku yang sedikit ini, aku sendiri pernah menghadapi golongan seperti yang di atas ini.

Iaitu golongan wanita dan lelaki yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Seperti tidak memakai tudung, dan lelaki yang sering memakai seluar pendek dan bersubang dan sebagainya. Pabila didendangkan dengan teguran yang hikmah, mereka hanya membalas, "alah rileks lah ustaz, walaupun kami tak tutup aurat ni, kami still solat tak pernah tinggal, lagi pun Allah pandang amalan kita, bukan lihat luaran, budak-budak yang pakai tudung tu lagi ramai tak solat".

Jadi apabila dilemparkan dengan jawapan yang sebegitu, aku hanya tersenyum dan memberikan sedikit ulasan terhadap penyataannya tadi. " Ya, memang benar jawapan anda itu." Tapi cuba bayangkan ketika anda pergi ke sebuah pasaraya dan membeli barang, lalu setelah membayar barang itu kemudian dimasukkan ke dalam plastik dan anda diberikan sehelai resit.

Kemudian anda keluar dari pasaraya, tiba-tiba anda ditahan oleh pegawai keselamatan dan menuduh anda mencuri lalu meminta resit sebagai bukti dari pembelian anda. Nak dijadikan cerita, resit anda hilang. Maka sahlah anda sebagai seorang pencuri kerana tidak cukup bukti untuk mengatakan anda membeli barang itu dengan sah.

Tapi, jika anda mempunyai resit maka anda akan terselamat dari tuduhan pegawai keselamatan yang mengatakan anda mencuri barang tersebut. Secara kesimpulannya, begitulah dalam kehidupan beragama. Tidak cukup dengan solat fardhu, solat sunat, zakat, haji, puasa jika anda belum menyempurnakan suruhan agama walaupun ia begitu kecil. Kerna setiap suruhan yang kita tunaikan menjadi lambang bukti dihadapan Robbul Jalil.

Realiti "dont jugde a book by its cover" mungkin hanya boleh dipraktikkan dalam sesetengah kehidupan kita sahaja. Memang benar hadis nabi itu, "Allah tidak memandang luaran kamu, tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu". Hadis ini lebih tepat untuk dipraktikkan dalam kehidupan untuk beramal soleh kepada Allah.


Ini kerana Allah tidak memandang ketidak henseman kita dan kemiskinan serta kesusahan apatah lagi kekayaan yang kita ada. Akan tetapi Allah lebih memandang keikhlasan kita dalam beribadat kepada Allah. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.29am
13-4-2010
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails