Jumaat, 16 Julai 2010

Coretan Yang Berkelana 76 : Ziarah Raja Sehari...

Mungkin agak terlewat sedikit untuk entri kali ini, ini berikutan aku mengalami demam serta muntah-muntah dan sebagainya. Pada 10-7-2010 kira-kira jam 5.30pm aku, Pullah, Azim, Zaki, Kashful , Bazli serta Ayol mula bergerak dari Shah Alam untuk ke Kampung Melayu Majidee (Johor Bharu). Kami bercadang untuk singgah berehat di Pengkalan Balak.

Kira-kira jam 10.00pm kami sampai di Pengakalan Balak dan terus mencari tapak untuk mendirikan khemah. Sebenarnya kenduri kahwin Fauzi Akmal adalah esoknya pada 11-7-2010. cuma aku dan ahli usroh yang lain sengaja bercadang untuk bercuti dan merehatkan pemikiran disamping itu dapat kita bermuhasabah di tepi pantai.

Berkebetulan pada malam ini, adalah merupakan malam Isra' dan Mi'raj. Kelihatan bintang banyak berkelipan. Kala ini, sahabat-sahabat yang lain sedang sibuk membakar ayam dan ikan. Manakala aku pula menghidupkan unggun api. 

Kira-kira jam 12.00am kami sudah mula makan dan dengan perlahan-lahan ada yang mengambil wudu untuk kami solat jama' takhir ( isyak & maghrib ). Setelah selesai makan dan solat berjemaah. Ada sahabat-sahabat yang sudah mula keletihan dan terlena. 

Waktu menunjukan jam 2.30am, Pullah dengan semangatnya mengumpulkan serta mengerakkan sahabat yang tidur tadi untuk berkumpul dan bermuhasabah diri. Alhamdulillah, pada malam itu aku cukup berbangga dengan beliau, beliau telah membuka muqaddimah dengan menceritakan kisah Isra & Mi'raj. Kefasihahan beliau dalam melontarkan dalil quran dan hadis, cukup membuatkan aku tersenyum.

Ditambah pula dengan komentar dari sahabat kita Zaki yang memberi beberapa tips berkaitan dengan cara bagaimana untuk kita mendapatkan solat yang khusyuk. Beliau memetik tips dari kitab Hidayatus Salikin, yang mana wudu kita ada wudu zahir dan ada wudu batin. Solat kita ada solat zahir dan solat batin. Lazimkanlah beranggapan ketika sedang solat, bahawa solat yang kita sedang lakukan itu adalah solat yang terakhir.

Kira-kira jam 4.00am aku menutup sesi usroh itu. Dan sahabat-sahabat yang lain mengambil tempat untuk tidur. Ada yang tidur dalam khemah, ditepi unggun api dan di dalam kereta. Kami bangun kira-kira jam 6.30am lalu terus menunaikan solat subuh dan bergerak menuju ke R n R untuk mandi dan bersiap. 

Kami sampai di rumah pengantin ( Fauzi Akmal ) kira-kira jam 11.30am. dan kami bergerak pulang ke Shah Alam jam  3.00pm. Allahua'lam.



































al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.40pm
16-7-2010
Seksyen 9, Shah Alam.

1 ulasan:

fasa mega berkata...

Salam..pesal la sedare ko sorang tu minum guna tangan kiri? Nasihat skit die...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails