Rabu, 5 November 2008

Renungan Sejenak 6 : Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong....

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Ahad, 26 Oktober 2008

Betul Juga 7 : Lauk yang kena urung…..

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian, apa koba? Insyallah diharap semuanya sihat belaka.. Erm, topik kali ini aku nak cerita sikit la pasal unsur-unsur liberal dan gologan manusia yang mengagungkan akal..

Pada suatu hari, aku berbincang dengan member aku lelaki dan perempuan, alah borak-borak kosong aje.. Tiba-tiba seorang member aku nie terbuka cerita pasal tudung yakni bab tutup aurat la.. Dia tanyalah kepada perempuan ni. Kenapa tak pakai tudung & tutup aurat?
Lalu jawab dia, “Persoalannya bukan bukak aurat tu ok, yang penting keimanan dalam hati ni. Lagipun kadang-kadang perempuan yang pakai tudung tu lebih busuk hatinya dari kita orang tak pakai tudung ni.” Lantas segera aku teringat kata-kata Ustaz Ismail Kamus dalam ceramahnya, beliau mengatakan “ Kalau tak pakai tudung & tak tutup aurat hati baik lagi mulia, baik semua telanjang belaka, nanti kalau ditanya orang kenapa telanjang ramai-ramai? Jawablah ‘ hati kita orang mulia’.”….. ;p


Bagi pendapat aku inilah problemnya apabila manusia mendambakan akal. Pernah juga aku mendapat satu soalan dari pelajar IPTA, dia bertanya macam mana nak tegur kawan dia yang tak pakai tudung & tak tutup aurat? Lalu aku teringat kata Ustaz Zaharudin, katanya “ Manakah yang kalian mau beli? Lauk yang ditutup dengan penutup atau lauk yang terbuka dan dihurung lalat?” Maka mestilah kita nak beli lauk yang tertutup, betul tak??

Samalah jugak seperti perempuan yang tidak menutup aurat, semua lelaki suka memandang yang seksi dan lawa, tapi kalau ditanya isteri bagaimana yang mahu dinikahi? Jawab mereka, isteri yang bertudung, solehah lagi beriman… Tapi yang menjadi masalah, ada sesetengah yang dah kahwin pandai menjawab, “ Alah ustaz, saya ni seksi ade je yang nak kahwin dgn saya”. Nah, nie golongan asyik menjawab je..hehehe sampai pening golongan ustaz- ustaz..

Apa-apa pun, bagi aku apa yang ALLAH dan Nabi suruh tu mesti ada hikmahnya. Dari segi satu aspek, perempuan disuruh menutup aurat adalah untuk menjaga maruah mereka dari dilihat oleh lelaki yang bisa menaikkan syahwat. Sebab dari pembacaan dan temubual yang aku perolehi kebanyakan perempuan yang dirogol adalah dari golongan yang bertudung dan menutup aurat.. kan kesian dia orang…

Jadi senang je, kalau lepas ni ternampak perempuan yang pakai seluar nampak seluar dalam, perempuan yang pakai baju nampak coli atau nampak lurah-lurah yang tak sepatutnya, apa lagi pandang terus je sampai dia perasan, lepas tu kalau dia orang marah & cakap “apa pandang-pandang ni?” Cakaplah keindahan itu harus dinikmati…hehe acah je nie just buat lawak-lawak je… tapi mana tau boleh jadi teknik berdakwah, betul tak…kui kui (nie sekadar gurauan sahaja)

Dan yang paling penting, apa yang aku perhatikan hampir kebanyakan orang hanya pandai mengutuk orang yang tak pakai tudung & tak tutup aurat je, tanpa menegur ke atau memberi nasihat.. Seharusnya kita perlulah menegur atau memberi nasihat, dan ingat berilah nasihat dengan penuh hikmah, jangan diserang secara mendadak ini akan membuat mereka tidak panas dan memberontak dan jangan lupa doakan mereka.

Akhir kalam, ini hanya sebuah pengalaman aku dan hanya buah pemikiran aku, mungkin kalian lebih banyak buah pemikiran dan pandangan, ayuh silakan…. Oleh itu, berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal.. Wassalam….

Pecah Perut 2 : Menghadap kemana?

Pada suatu ketika seorang ulama ditanya oleh seseorang, “ Jika aku telah menanggalkan semua pakaianku, lalu aku turun ke sungai untuk mandi janabah, maka aku harus menghadap ke kiblatkah atau menghadap kemana?
Kemudian ulama itu menjawab, “ Hendaknya kamu menghadap kearah pakaianmu agar tidak dicuri orang….

Pecah Perut 1 : Dialog Dua Dungu.

Pada suatu hari ada dua dungu memandang ketinggian menara masjid dengan penuh kekaguman. Kemudian yang seorang berkata, “ Alangkah tingginya badan orang- orang dahulu sehingga mereka boleh membuat menara setinggi itu”. Lalu kawanya menjawab : “bodohnya kau ni! Mana ada di dunia ini orang yang badannya setinggi menara itu? Sebenarnya mereka membuat menara itu di bawah dulu, lalu menegakkannya.”

Selasa, 21 Oktober 2008

Coretan Yang Berkelana 3 : Jauh perjalanan luas permandangan...

Assalamualaikum para sahabatku sekalian.. Pekabar? Alhamdulilah dapat kita menjalani ibadah puasa, tarawikh dan bertadarus dengan sempurna insyALLAH.. Amin.. Maaflah kepada sesiapa yang tertanya-tanya mana poie nya aku setelah sekian lama menghilang..hehe biasalah sibuk sikit..huhuhu

Benarlah apa yang dikatakan oleh pepatah melayu, " jauh perjalanan luas permandangan". Setelah apa yang aku lalui didalam kehidupan aku diperantauan maka dapat menyelami apa maksud disebalik pepatah tersebut..

Kadang-kala apabila aku berada di Malaysia dulu aku sering ternampak orang miskin yang meminta sedekah, kadang-kala orang cacat yang meminta sedekah di depan masjid atau pun orang buta yang bermain alat muzik di kaki lima... Lalu terdetik didalam hatiku, aku merasa bersyukur sangat kerana dapat hidup didalam keluarga yang serba cukup tidak kaya tetapi tidak sampai meminta-minta...

Setelah aku berlajar di Indonesia, aku memerhatikan bahwa negara kita sebenarnya tidaklah mempunyai rakyat miskin yang menderita terlalu ramai.. Ini kerna, apa yang aku perhatikan di sini (Indonesia) nak menunjukkan bahwa rakyatnya terlalu miskin sehingga wujudnya golongan orang miskin yang mengutip sampah sayuran, buah-buahan yang telah busuk dan rosak lalu dicuci dan dimakan kembali...

Sehinggakan kalau kita perhatikan di sini, disepanjang jalan yang (jem) mesti wujud gologan anak-anak yang kecil bermain gitar untuk mendapatkan wang, ada juga anak-anak kecil yang menjual air kotak, air botol dan rokok.. Seharusnya pada umur mereka sekarang, mereka berada di sekolah untuk menuntut ilmu...

Sepanjang beberapa bulan aku di sini, aku sudah menemui 3 orang lelaki yang mempunyai ijazah.. akan tetapi lelaki yang pertama berijazah sarjana muda ekonomi tetapi berkerja sebagai ketua desa sahaja.. Lelaki yang kedua berijazah sarjana muda tarbiyah (agama) tetapi hanya menjual cermin mata.. dan lelaki yang ketiga aku tak ingat dia ijazah apa, tetapi yang penting dia memiliki ijazah dan hanya membawa beca... inilah akibatnya kalau negaranya penuh dengan korupsi.. tidak mustahil Malaysia boleh jadi sedemikan rupa.. ALLAHUALAM............................

Nah, sahabatku yang dikasihi, renungilah dimana kedudukan kita... apakah dengan cerita sebegini kita tidak mahu bersyukut lagi.. apakah dengan membaca coretan di atas, kita tidak mahu menaikkan martabat agama, bangsa dan tanah air kita..

Akhir kalam, berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal..
ALLAHUA'LAM... wassalam...

Isnin, 13 Oktober 2008

Renungan Sejenak 5 : KitA sebenarnya.....

Kita sebenarnya..
..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..
Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..
TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..
Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
-wallahua'lam- sumber isuhangatblogspot.

Khamis, 18 September 2008

Betul Juga 6 : Ish perempuan ke laki nie??

Assalamualaikum sohabat2 eden sekalian. Di harapkan kalian semua sihat belaka hendaknya, lagi2 dalam mengharungi bulan puasa yg penuh barokah nie... Aku nak tanye kalian satu soalan je....

Pernah tak kalian membeli motor atau kereta? Pasti hampir 80% akan menjawap ya, betul tak... Perhatikan ya, apabila kita membeli motor atau kereta yg standard pastu lepas 3,4 bulan ada pembeli yg memasang sport rim, tambah tinted, tukar exzos bagi besar sikit, pastu tidak kurang juga kalau orang2 bujang dia musti upgred enjin bagi lebih laju dan lebih pickup, betul tak???

Cuba kita perhatikan, semasa kita mula2 membeli kenderaan itu tadi pada awalnya, semuanya sudah lengkap dan lawa.. Pihak kilang atau pihak pengeluar sudah mengetahui ciri2 yg terbaik untuk pengguna, betul tak??

Kalau kita perhalusi dgn halus, perasaan tak kita bahwa sesungguhnya hidup kita ini sama saja penciptaannya seperti motor dan kereta itu tadi, betulkan...?? Kadang-kala ada sesetengah manusia yg lahirnya wanita kemudian mnjadi lelaki dan sebaliknya.. Apabila ditanya dgn lidah yg lunak dan lembut, mudah berkata2 "alah ustaz nak buat mcm mana kami ni dah semula jadi macam ni, bukan kami mintak kami lahir mcm ni"....

Perasankah kita, apabila kita berkata begitu, sebenarnya kita boleh jatuh ke tahap kufur nikmat ALLAH, kita seolah2 nya ingin mengatakan bahwa ALLAH tak pandai menciptakan kita... Seolah2 ALLAH tak pandai nak pilih jantina untuk kita, sehingganya terjadi pondan dan bapok.... Nauzubillah..

Perhatikan, sesungguhnya dlm al-Quran dari surat al-Hijr ayat 22, telah dinyatakan mafhumnya, " dan kami utuskan angin untuk pendebungaan".. Bayangkan bunga pun berlaku proses pendebungaan (kahwin) bagi jantan dan betina... Pernahkah kita lihat monyet jantan bersetubuh dgn monyet jantan? Kambing betina bersetubuh dgn kambing betina??
Kita pulak manusia yg sibuk nak kahwin/ bercinta lelaki dgn lelaki, perempuan dgn perempuan.. Bayangkan kalau kambing dgn monyet tahu perangai manusia, tak malu kita?? Perangai kita lebih teruk dari BINATANG .... Nauzubillah...

Di samping itu juga, terdapat sebuah hadis yg menyatakan "ALLAH melaknat perempuan yg menyerupai lelaki dan lelaki yg menyerupai perempuan... Aw kama qol....
Jadi aku melihat di sini, gejala bapok dan pondan ini adalah tangungjawab bersama... Yang paling penting ibu bapa perlu memberi pendidikan yg lebih mendalam berkaitan dgn hukum ISLAM.. Masyarakat perlu tegur, dan kerajaan perlu memainkan peranan yg penting agar tidak timbulnya isu, Chow Kit, Lorong Hj. Taib, serta menangani gejala bapok, pondan, mak nyah, pengkid.... Ini kerna, gejala ini akan merosakkan masyarakat serta bangsa dan lebih parah bagi agama ISLAM yg suci.. ALLAHUA'LAM...

Akhir kalam, mungkin ini pendapat aku dan tujuan aku menulis artikel ini kerna ada dikalangan pembaca blog aku yg meminta aku mengupasnya... Ini adalah pendapat aku, kalian bebas memikirkannya..
Oleh itu berfikirlah wahai insan yg mempunyai akal... Selamat berbuka puasa...
WASSALAM...


Isnin, 15 September 2008

Betul Juga 5 : Kekuatan jari..

Assalamualaikum sahabatku sekalian.. Amacam dgn puasa? Diarapkan kalian punye puasa diterima oleh ALLAH, amin ya robbal alamin... Pernah tak kalian memikirkan pasal jari.... Setiap manusia yang normal akan mempunyai lima jari bagi setiap tangan atau kaki.. Ada juga yang mempunyai 6 jari, bagi dua belah tangan serta dua belah kaki, ini adalah kurniaan ALLAH kepada hambanya..

Kenalkah kita kepada jari kelingking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk serta ibu jari.. Perasaan tak kita setiap yg ALLAH jadikan mempunyai hikmah.. Akan tetapi kebiasaannya yang hanya kita tahu adalah-: ibu jari untuk menunjukkan 'very good', jari telunjuk untuk memberi arahan, jari hantu utuk mencarut, jari manis untuk memakai cincin dan jari kelingking untuk mengorek telinga atau hidung, betul tak?? huhuhu

Tetapi pernah tak kita merenung secara mendalam, bagaimana kita hendak menumbuk seseorang? Adakah dengan menolak menggunakan jari telunjuk seseorang itu akan sakit? Oh, tidak sama sekali... Untuk mendapatkan kekuatan menumbuk hingga menyebabkan orang yg ditumbuk itu sakit, maka seseorang penumbuk itu perlu menggabungkan keseluruhan jarinya untuk menumbuk dengan padu, betul tak?

Jadi apakah yg kita boleh dapat dari cerita di atas.. Ingatlah, bahwa di dalam kehidupan kita tidak dinafikan memang kita tak boleh nak hidup secara bersendirian.. Kita mesti hidup dalam berjamaah atau bermasyarakat, betul tak?? Maka, tidak perlu timbul soal kubur asing2.. Tidak perlu timbul jaga tepi kain orang..

Dan yang paling penting, kita semua perlu bersatu seperti jari tadi.. Seandainya kita terleka, ingatlah bahwa, musuh2 Islam sudah semakin hampir denagn kita.. Umat Islam sudah mula berpecah2, bergaduh2 hanya perkara kecil sahaja.... Nah, renungkanlah wahai saudara- saudariku yg ku kasihi....

Akhir kalam, aku tahu kalian mempunyai akal pemikiran yg lebih hebat dari ku.... Maka, berfikirlah wahai insan yg mempunyai akal....
Sekian, wassalam...



Rabu, 10 September 2008

Betul Juga 4 : Tudung??

Assalamualaikum, pekabar semuanya? Diharapkan bulan-bulan puasa mcm ni takdelah tetiba je kena penyakit gastrik..huhuhu Aku mendoakan agar kesemua sahabat-sahabatku mendapat keampunan dan kemuliaan dari ALLAH sempena bulan yg penuh mujahadah ini..

Pada kali ini, aku ingin mencoretkan 1 benda sahaja. Iaitu tudung.. Mengapa aku memilih benda itu, ha ha.. Sabar na.. Apa yg sering kita perhatikan kalau di Malaysia melalui perpekstif ISLAM, pemakaian tudung dan adalah suatu pemakaian ibadat yang jika di pakai akan mendapat pahala.. Kalau tudung tidak dipakai akan mendapat dosa.. Nauzubillah..

Tetapi realiti yg berlaku hari ini, apa yg aku lihat di Malaysia mahupun di Indonesia tudung hanyalah sehelai kain yg dipakai ketika raya aidilfitri, aidiladha tu pon sekejap je.... Yang selalu kita lihat pemakaiaan tudung ketika kenduri org meninggal ataupun dikenali kenduri arwah, pakai tudung kalau pi kubor, dan yg realiti yg paling benar2 berlaku pemakaiaan tudung hanya di depan keluarga sahaja ketika pulang ke kampung bagi anak2 gadis yg belajar di Universiti yg berada ditengah kota metropolitan..

Tidak kurang dgn itu, ada juga perempuan yg memakai tudung tetapi memakai baju lengan pendek, kadang2 nampak pusat, ada yg lebih lagi sampai nampak seluar dalam, ada yg memakai tudung tetapi tidak menutup bentuk buah dada.. Ada yg juga yg memakai tudung tetapi memakai seluar Jeans yg ketat sehingga menampakkan realiti pebentukkan punggung yg mampu menjatuhkan kopiah2 Pak Lebai..huhuhu

Tidak ketinggalan juga, ibu2 atau nenek yg tidak sedar diri, hanya menunggu seruan sakaratul maut ke tempat yg abadi.. Nak jugak tunjuk yg dia 2 seksi.. ALLAH.....

Apa yg kita herankan, kebanyakkannya apabila ditanya tentang kewajipan memakai tudung dan menutup aurat rata2 mengetahui hukumnya wajib..
JADI di mana kesilapan kita??? Adakah ustaz tidak mengajar hukum dosa dan pahala? Adakah salah ibubapa yg tidak mendidik anak2 mereka, adakah salah masyarakat kerana tidak menegur?? Atau adakah salah iklan2, cerita2 di dalam tV? Atau adakah salah pemimpin yg tidak menjalankan hukum menutup aurat seperti dalam al-Quran?? Atau adakah salah diri sendiri, kerna diri ni jenis tak reti bahasa????

Namun, aku merasakan bahwa ini semua adalah kesalahan kita bersama, seandainya kita melihat perempuan yg seksi, kita hanya melihat dengan mata yg terbeliak, pastu mengutuk dgn mengatakan "nerakalah kau, kalau pakai seksi2 camtu".. Nah apa usaha kita, pernah kita menegur mereka,pernah ke kita doakan supaya mereka dapat hidayah, pernah ke kita membelikan tudung, stokin tangan untuk mereka kemungkinan mereka tak mampu nak beli ke? Sebab tulah, mereka beli pakaian budak2 yg kecil, pasal murah sikit...;P

Kesimpulannya, jgn menunding jari ke arah org lain, akan tetapi perhatikan diri sendiri dahulu.. ingat ALLAH tak pernah soalkan kejayaan kita pada ISLAM, akan tetapi ALLAH menyoalkan apa usaha kita pada ISLAM??? ALLAHUA'LAM...

Akhir kalam, aku mendoakan agar semua sahabat seISLAM mendapat hidayah lagi2 di dalam Bulan Romadhan yg berkat, sambil2 membaca al-Quran kemudian menghayati makna2 nya, cuba melaksanakannya, InsyaALLAH hidup kita pasti diberkati oleh ALLAH..
AMIN ya Robbal a'lamin...
Selamat berbuka, wassalam.....

Ahad, 7 September 2008

Coretan Yang Berkelana 2 : Ramadhan ya Ramadhan...

Asslamualaikum shabat ku sekalian, di sini aku nak citer ckit pengalaman aku b'puasa diluar negara..hehehe sepanjang seminggu aku b'puasa di sini banyak pengalaman yg aku kutip samada secara langsung atau tidak langsung...

Kalau kita di Malaysia, mungkin waktu sahur adalah waktu yg sunyi sekali, akan tetapi amat berbeza dgn di Indonesia.. B'mula seawal jam 3 pagi, surau atau masjid sudah mula mengejutkan orang ramai untuk bersahur.. yang pelik yg surau atau masjid tersebut tidak memasang kaset mengaji mahupun b'tarhim akan tetapi sibuk melaungkan ' sahur, sahur, sahur'..

Tidak cukup dgn itu, ditambah lagi dgn pemuda2 yg b'jalan sekeliling kampung dgn mmbawa kompang dan kayu sambil b'gendang dan menjerit2 'sahur,sahur'.. Sungguh meriah sekali di sini..

Dan pabila waktu berbuka, kemudian sampai ke tarawikh terlalu meriah, dari kanak-kanak, orang muda, remaja, orang tua, perempuan yg pakai seluar pendek dan sebagainya turut pergi ke surau atau masjid untuk bertarawikh..

K, sampai di sini saja, aku nak buka dah nie tinggal 10 minit lagi je..
kite b'jumpa dlm isu yg lain ok.. selamat b'buka bagi yang b'puasa.. Wslm..

Rabu, 3 September 2008

Pautan Semasa 3 : Merdeka ke kita???

Assalamualaikum, selamat menyambut hari kebangsaan Malaysia.. Apabila kita menyebut tentang kemmerdekaan, maka berbagai la cerita tentang sejarah bagaimana negara kita hendak merdeka..
Kedengaran dari mulut-mulut nenek kita tentang kekejaman tentera Bristish, kekejaman tentera Jepun.. Mungkin tu semua hanya tinggal sejarah sahaja..

Namun pada pendapat aku hari ni, merdeka hanyalah tinggal pada nama sahaja.. Kita sebenarnya pada hari ini belum merdeka lagi dari sudut pemikiran.. Cuba lihat anak muda kita pada hari ini, gejala sosial berleluasa, bukan mahram duduk serumah sampai melahirkan anak luar nikah (anak haram), berpakaian seperti sudah tidak memakai apa- apa lagi.. Boleh dipanggil telanjang, ini kerana seluar dalam sudah tidak dipakai, yela perhatikan betul2..

Sepatutnya seluar dalam yang kita pakai tiada siapa yang boleh nampak, maka kalau seluar dalam yang kita pakai nampak diluar, sudah tidak dipanggil seluar dalam, tapi seluar luar, betul tak??

Kemudian kita perhatikan, akhalq anak muda sudah semakin kurang ajar, tidak tahu menghormati orang tua...

Kita pergi jauh sedikit, apakah anak2 muda yang merdeka hari ini, semuanya sudah boleh solat, mengaji, menghafal rukun iman, rukun islam... Kalau beginilah sikap kita. bagaimanakah nasib anak merdeka kita pada 20 tahun akan datang... Apakah kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini akan sampai sehingga 50 tahun lagi...????

Perhatikan, jangkanya sudah 50 tahun lebih kita merdeka, tetapi mengapa kita masih menggunakan undang-undang Thagut(undang-undang Bristish) tersebut, apakah al-Quran yang diturunkan oleh ALLAH hanyalah untuk dibaca sahaja... Nah, sekarang pikirlah kalian masing2...

Aku rasa sampai di sini sahaja tulisan aku, aku mintak maap kerana aku kesuntukkan masa tambahan pula sekarang aku sudah mula melanjutkan pelajaranku diperingkat ijazah dan berada di luar negara.. Jadi aku mintak maap banyak2 ok...
Sampai di sini sahaja coretan aku, mungkin kalian lebih banyak berpikir daripada aku, maka silakan...
Akhir kalam, berpikirlah wahai insan yang mempunyai akal...
Wassalam...

Sabtu, 16 Ogos 2008

Renungan Sejenak 4 : Nasib baik aku ada....

Assalamualaikum. Pe koba semuanya..? Erm, kali ni, aku nak story sikit pasal kehidupan kita..hehe Pernah tak kalian menyebut perkataan "nasib baik aku ada". Erm, lepas nie kalian kena lebih berhati-hati tau.. ini kerna kalau kalian menyebut kalimah sebegitu boleh mendatangkan syirik..

Sebelum aku story lebih melalut lagi, apa maksud "syirik" tu sebenarnya? Syirik bermakna menyekutukan ALLAH atau menduakan atau menyamakan lebih kurang begitulah.. Syirik nie, terbahagi kepada 2 bahagian. Yang pertama syirik Khafi (tersembunyi) dan syirik Jali (nyata)..

Apa yang membingungkan kita adalah syirik Khafi itu sendiri.. Kalau syirik Jali tak susah, misalannya mudah sahaja. Kalau kita percaya dengan kata-kata pawang, bomoh, tilik nasib, suka tengok ramalan bintang 12 kat majalah tu, percayakan khurafat2 tak pon kalau kita lalu depan tok kong kuil, kita hormati patung-patung
di situ sudah dikira syirik..

Erm, kalau syirik Khafi pulak. Syirik yang tersembunyi.. Misalannya wujud sifat riak, u'jub, takabbur tak pon macam yang kat atas yang aku cakap tu.. Kadang-kala perasan tak, kawan kita tak pon adik ke or anak kita yang ada sebelah kita, tiba-tiba nak terjatuh lalu kita sambut dia dari terjatuh sambil berkata "nasib baik aku ada, kalau tak mesti kau dah jatuh dah".. Nie, adalah satu kalimah yang boleh jatuh kepada syirik yang tersembunyi. Seolah-olah kita yang berkuasa dari ALLAH S.W.T, betul tak??? Jadi hati-hati dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut kita, selalu berwaspada...hehe

Ha, sebelum tu ada sikit lagi.. Perasaan tak kita kadang-kala kan, macam ada sesetengah orang yang makan gaji kerap berkata " kalau aku tak kerja, sapa nak bagi makan"? Nie, juga satu kalimah yang boleh jatuh kepada syirik.. Seolah-olah, dengan kerja itu kita mendapat rezqi bukan dari ALLAH. Itu silap, kerja yang kita lakukan adalah sebagai jalan sahaja ataupun usaha dan ikhtiar kita, kemudian ALLAH akan menurunkan rezqi kepada kita.. Jadi kesimpulannya, bukan bos atau majikan yang beri kita rezqi tetapi ALLAH, jadi tak payahlah nak takut lawan atau bangkang majikan atau bos kita jika dibuat benda yang tak betul..hikhik

Akhir kalam, nie adalah pemahaman aku dari segi konteks syirik yang diterangkan dari al-Quran dan Hadis.. Mungkin kalian lebih memahami dari aku, silakan..
Oleh yang demikian, berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal.....
Wassalam............

Sabtu, 9 Ogos 2008

Betul Juga 3 : Membina bangunan....?

Assalamualaikum... hai pe koba semuanya... harap2 sihatlah hendaknya...
Pernah ada seorang hamba ALLAH bertanya kepada aku.. Dia kata awat yang hang dok sibok2 buat blog nie? Hang nak join politik ka?? Lalu aku jawab begini.. bagaimana kita hendak membina sebuah rumah?

Lalu dia menjawab, 'mesti ada kayu, paku,atap, simen, pasir dan sebagainya..' Kemudian aku membalas' begitulah dalam diri kita sebagai hamba ALLAH dan umat nabi MUHAMMAD'..
Jangan kita cepat mempertikaikan/menghukum sesuatu dengan tergesa-gesa..

Ha, mesti kalian dah peningkan.. Betul tak???huhuhu..... Begini, kita sebagai hamba ALLAH mesti berniat untuk menegakkan kalimah 'La ilaha illa ALLAH' dalam erti kata yang lain kita mesti berusaha untuk menyebarkan ISLAM dalam apa cara sekali pun.. Sama dengan cara membina rumah itu tadi..

Bayangkan kalau kita hendak membina rumah, tetapi semua pekerja kontrak tu ada simen sahaja tanpa ada pasir, kayu, paku dan sebagainya.. Bagaimana hendak membina rumah betul tak..? Begitu juga dalam menyebarkan ISLAM, kalau semua hendak berdakwah mesti dengan ceramah apakah akan berhasil 100 peratus?? Siapa yang suka pergi dengar ceramah kat masjid & surau.. Suka buka rancangan agama di tv.. Lebih best pi konsert tak pon tengok jangan lupa lirik..chewahh.. Kalau menyebarkan ISLAM dengan cara menulis buku agama, berapa ramai yang suka baca kitab2 agama.. Lebih best baca ujang, gila-gila, pendekar laut, mutiara naga, wanita, remaja, urtv dan sebagainya..

Jadi bagi aku, kita bebas menggunakan apa jua jalan untuk menyebarkan ISLAM.. Kalau aku, aku memilih blog sebagai jalanku.. Ingatlah, ALLAH tak pernah soal apa hasil dari jalan dakwah kita.. Akan tetapi ALLAH akan mempersoalkan apa yang kita buat untuk ISLAM.. Banyak orang tersilap, dengan mengatakan orang yang tukang sebarkan ISLAM hanyalah ustaz dan ustazah.. ha, itu silap besar..............

Terpulanglah kepada kalian untuk menggunakan jalan yang bagaimana.. Mungkin ada sesetengah menggunakan jalan berceramah di masjid , surau , tv, radio, suratkhabar dan sebagainya..Pon bagus. Dan kalau kalian peniaga, kalian boleh berdakwah dengan jalan kejujuran di dalam perniagaan, ini akan menunjukkan bahawa ISLAM itu tidak menipu akan tetapi mengajar sifat amanah..

Kalau kalian sebagai guru boleh berdakwah dengan menunjukkan akhlaq yang baik dihadapan pelajar.. Kalau kalian ada kawan yang bukan muslim, kalau boleh pakailah pakaian yang menutup aurat, sambil tu terangkan kepada yang bukan muslim tu kepentingan menutup yang dianjurkan dalam ISLAM..

Nah, berbagai cara yang boleh kita pakai untuk berdakwah yakni menyebarkan ISLAM.. Hanya terpulang kepada kita untuk melakukannya atau tidak.. Jadi, mulakan dari sekarang... InsyALLAH, ALLAH akan menolong kita dalam menegakkan agamanya..

Akhir kalam, berpikirlah wahai insan yang mempunyai akal..
Wassalam...

Sabtu, 2 Ogos 2008

Kecantikan dimata manusia...

Assalamualaikum, harap-harap semuanya sihat hendaknya.. Erm, kali ni aku nak sembang pasal cantik or lawa, kalau ikut budak-budak sekarang nie (cun) la..hik2

Baru-baru nie, aku ada berjumpa seorang gadis saja je jumpa..hehe jangan pikir bukan-bukan na.. Sebenarnya dia nak luahkan masalah peribadinya disamping tu bertanya tentang soalan2 agama... lagi pon aku nie bukannya pandai sangat bab agama nie... Aku pun dengar jela lah...

Tiba-tiba hatiku mula t'sentuh mendengar luahan ceritanya.. Sampailah disatu tahap ceritanya membuat aku menghargai nikmat kurniaan Ilahi.. Dia berkata ' saya bersyukur sesangat kerna ALLAH tak jadikan saya lawa (cun) sesangat.. Kalau tak mesti saya dah jadi bohsia ke tak pon kalau lawa mesti ada pakwe and then _ _ _ _ _,
( erm kalian boleh pikir la sendirikan..) tak pon kalau dah lawa sangat nanti boleh jadi kes rogol pulak, betul tak..

Dari apa yang dikatakan itu, ia benar-benar membuka fikiranku... betul tak?? kalau dah lawa sangat mesti ramai orang suka, kalau tak pon, boleh jadi bohsia yang 'market' muka...
Sama juga kalau laki2 yg hensem, boleh 'market' muka silap-silap jadi gay boy ke..huhu
tak pon jadi 'gigolo' ke.... Nauzubillah...

Jadi walau bagaimana pun rupa kita, bersyukurlah dengan apa yang ada... tak kisah la bagaimana rupa kita... Ingatlah "sesungguhnya semulia-mulia dikalangan kamu adalah orang yang bertaqwa disisi ALLAH S.W.T"... (al-Hujurat 13)... tapi memang sunahtullah setiap manusia inginkan kecantikan, betul tak?? Ingat!! ALLAH tak pandang hensem, macho, kacak, jelita, cun, lawa, manis, ayu, comel dan sebagainya, tapi ALLAH menilai ketaqwaan disisiNYa..

Akhir kalam, berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal...
Wassalam.. 'p

Jumaat, 1 Ogos 2008

Betul Juga 2 : Bola sepak...

Assalamualaikum semua, apa koba? Ceh2 cakap negori la pulak..hik2 Erm, hari nie aku nak bincang pasal bola.. Yela kan, baru- baru nie ada perlawanan antara Chelsea vs Malaysia.. Er, pabila menyebut pasal bola, perkataan yang tak boleh ditinggalkan adalah 'gol' betul tak..hik2

Sebenarnya pada pandangan akulah kan, bola ni adalah salah satu sukan yang bagus, ini kerana cuba kita lihat ek, dengan bola kita boleh menyihatkan badan kita yakni mengeluarkan peluh dan otak akan menjadi cergas seperti yang disebutkan 'mukmin yang kuat itu lebih dikasihi ALLAH dari mukmin yang lemah'..

Kemudian dengan bola juga, kita akan mendapat kenalan menjalinkan ukhwah silaturahim dengan bermain bola bersama-sama ataupun boleh merapatkan hubungan kekeluargaan dengan menonton bola sepak di rumah melalui tv, kemudian apabila ada perlawanan bola sepak, ramai juga para peniaga yang berniaga, ini secara tak langsung boleh menaikkan ekonomi dan bermacam-macam lagilah kebaikkan yang boleh diperolehi dari permainan bola sepak...

Akan tetapi, sedar tak kita terdapat banyak implikasi dari permainan dan perlawanan bola sepak itu sendiri.. Cuba kita perhalusi satu persatu, hebatnya 'orang kafir' nak suruh orang Islam (melayu) tak yah solat, mereka campak sebijik bola ke stadium beribu orang tak solat Maghrib, betul tak??? Ada juga yang solat di surau yang disediakan, tapi semua la kan... Ini kerana, apabila perlawanan bermula pada 8.45pm, maka seawal jam 7.00pm orang ramai sudah mula membanjiri stadium untuk mendapatkan tempat duduk.. Lihatlah apa yang terjadi di Shah Alam baru-baru ini.. Pada 29/7 yang lepas, perlawanan diantara Chelsea vs Malaysia, Shah Alam mengalami jem yang teruk seawal jam 5.00pm - 11.00pm, kesian kat abang-abang Polis tu, kena jaga jalan sampai malam.. Ini semua gara-gara bola sepak.... ;p

Kemudian, cuba lihat dengan perlawanan bola sepak wujud segelintir dikalangan penonton yang bertaruh (berjudi), sedang judi haram disisi Islam... dengan bola sepak juga secara tak sengaja boleh memutuskan silaturahim, misalnya kalau berlainan minat terhadap pasukan masing-masing, ini boleh meyebabkan perkelahian.. Tapi tak semua la.. hik hik ;p

Bola sepak juga didapati boleh mendatangkan dosa yakni dengan membuka aurat.. Tapi ada juga pemain yang memakai seluar panjang tak pun ada juga yang melebihkan stokinnya untuk menutup aurat, itu lebih bagus.. Dan paling hebatnya bola sepak ini, orang yang bukan kaki tahajud pun boleh bangun pada pukul 3am untuk menonton bola sepak, hebatkan!!!
Apapun, di dalam permainan / perlawanan bola sepak itu ada pro dan kontranya, terpulanglah kepada kita untuk menghukumnya....

Akhir kalam, aku mintak maap na, kalau pemikiran aku ni kalian tak setuju... Adat manusia berlainan pendapat, kalian bebas berfikir melalui daya pemikiran kalian...
Berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal.....
Wassalam.... ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails